Aidiladha 2015

Aidiladha yang paling dinantikan oleh anak-anak & diri sendiri. Dua bulan tak jumpa suami weh, paling lama la ni...tak pernah selama ni tak jumpa encik suami.

Si kakak siap cakap "isya dah lupa daddy tak balik.." ayat dia macam caca merba, tapi paham kot makna dia..kesian kakak, dia la paling terasa sekali, adik tak paham lagi.

Tahun ni turn beraya bersama mertua, hehe turn beraya kami senang je, kalau aidilfitri dengan mertua, aidiladha pun dengan mertua, hehe

Lepas solat raya, kami pun terus pulang ke kampung wan, sebab janji dengan emak jumpa kat sana.

Dapat la alisya melepas rindu jumpa opah, atok, mak su. Kakak baru nak kenal tok nek, dia baru pandai nak sebut, dulu dia tak reti & tak amik kisah lagi.

Tu je kisah beraya korban kami, yang seronoknya dapat bersama dengan ahli keluarga walaupun sekejap. Esok lusa nak balik ke tempat bekerja semula 😭😭😭 cuti bersalin dah habis..

posted from Bloggeroid

Kisah botol susu


Alkisah, sofea yang tak berkenan dengan 3 botol yang ditandakan dengan muka masam, sedih, fed up...
Akhirnya mummy mencuba botol keempat dari jenama pigeon, Alhamdulillah dia berkenan, sua kat mulut terus dia minum tak de main tolak-tolak dengan lidah.

posted from Bloggeroid

Happy Anniversary (4th years)

Alhamdulillah, 16 September lepas genap 4 tahun melayari bahtera perkahwinan, dikurniakan dua cahayamata, mendapat pelbagai nikmat kehidupan suka duka yang menjadikan ikatan perkahwinan semakin kuat. Moga tahun-tahun seterusnya kami sekeluarga sentiasa di dalam rahmat Yang Maha Esa, hidup dalam kebahagiaan keluarga sakinah mawaddah warahmah, amiin.


Tahun ni daddy tak dapat celebrate bersama sebab kerja, mummy cuti bersalin, nak balik kalau dekat tak pe la kan, tapi jauh, sob3..so sambut bertiga je la..Tak rancang pun nak beli kek bagai, tapi Alisya, biasa la dia tengok orang potong kek, tetiba request nak kek, padahal birthday dia lambat lagi, kui3.

posted from Bloggeroid

Instant shawl

Geram aku tengok orang duk pakai shawl..rindu gak zaman lilit melilit shawl..kui3 tapi tak sempat weh dengan nak melayan anak-anak.
Tapi sekarang kan trending instant shawl. So aku pun teringin gak weh nak merasa, cobaan pertama aku beli instant shawl dari naelofar..senang pakai sebab aku amik jenis kain denim je pun, aku nak buat pakai casual je. Ok la, aku bagi 5 bintang sebab sarung, lilit sekali, dah siap.l,tadaaa 😃


posted from Bloggeroid

Puasa Ganti

Sedang melunaskan hutang puasa, pelan-pelan kayuh. Saja aku ganti awal, sebab kita tak tau apa yang akan terjadi. So baik la ganti awal. Sementara tengah cuti lagi ni kan. Chaiyok..chaiyok..dugaannya cuma anak tengah fully breastfeed, jadi cepat lapar and dahaga la aku jadinya.


posted from Bloggeroid

Musim knotted headband


Tak mo ketinggalan anak aku pun nak melaram knotted headband macam anak che ta jugak..hehehe dah ada anak gegirl ni, ape lagi kasi depa melaram la 😁
Ni aku beli on line je, kat instagram, boleh search ig: aya.marhaa, macam-macam design and harga berpatutan.

posted from Bloggeroid

6 september

Alhamdulillah masih diberi peluang menjalani kehidupan di muka bumi ini, bertambah lagi usia.
Makin bertambah usia, sewajarnya menjadikan diri kita insan yang lebih baik dari sebelumnya, dan itulah harapannya juga.
Terima kasih diucapkan kepada semua kaum keluarga, guru-guru, sahabat handai, anak didik, dan kenalan yang memberikan ucapan selamat hari lahir.
Tiada sambutan yang istimewa, sekadar makan bersama ahli keluarga, menggembirakan insan-insan tersayang ☺.
Kepada rakan taulan yang turut menyambut hari kelahiran pada tarikh yang sama (ada 5 kenalan yang turut berkongsi tarikh yang sama) selamat hari lahir juga diucapkan. Moga kalian turut sukses sentiasa, amin.

posted from Bloggeroid

Bila emak bantu jaga anak

"Assalamualaikum, shad nak tak join kursus cpcm kat PUO?" tu la ayat dari officemate last 2 weeks. CPCM tu kursus wajib bagi skim perkhidmatan aku.

Mulanya aku menolak sebab memikirkan nanti kesian mak aku kena jaga 4 orang cucu sekaligus (bukan kerja mudah, umur cucu dah la kecik-kecik lagi 2y8m,2y,10m,2m, especially afia(10m) ada masalah jantung, memang kena bagi full attention gak sebab takut dia jatuh ke apa, dia tengah meligat nak berdiri, kesian mak aku). Mak aku dengar perbualan aku dengan officemate tu, terus dia suruh aku terima je kursus tu, tak pa dia jaga pelan-pelan, katanya.

So aku pun call semula officemate bagitau setuju terima, tapi dalam hati masih ada rasa kesian, bersalah, berat hati. Walaupun happy sebab nama dah terpilih, kalau nak tunggu turn ntah bila pulak nanti.

Alhamdulillah dah selamat berkursus 4 hari.

Kadang-kadang kita memang tak nak susahkan orang tua, tapi adakala keadaan membuatkan kita masih memerlukan bantuan mereka, huhu bertabahlah.

Alisya, Aimi, Afia & Sofea

posted from Bloggeroid

Weekend di Gunung Lang

Al kisah taklah baru sangat pun, dah 2 minggu berlalu. Kebetulan semua adik beradik berkumpul, kecuali encik suami yang jauh diperantauan, sob3. So kami bercadang bawak anak-anak berkelah sambil makan breakfast kat Gunung Lang.

Last aku pegi rasanya masa photoshoot outdoor majlis kahwin rasanya, 4 tahun lepas, lama gila dah tu..hehe

Sampai je, ingat boleh bagi anak-anak main playground, tapi alat permainannya tak sesuai untuk peringkat umur diorang, agak bahaya, sebab slidenya tinggi, tangga pun takda, yang ada cuma tali-tali ala spider web untuk kanak-kanak panjat. Kalau budak sekolah rendah ok la kot.

Cari port berkelah yang ade bangku & meja, elok pulak sebelah tu ade buaian jati, jadila anak-anak duk main buaian tu je..hehe

Seronok sesekali berkelah ramai-ramai macam ni, tengok pemandangan luar. Haha biasa la orang cuti bersalin, terperap je kat umah, dapat keluar memang heaven lah..😃


posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme