Weekend di Gunung Lang

Al kisah taklah baru sangat pun, dah 2 minggu berlalu. Kebetulan semua adik beradik berkumpul, kecuali encik suami yang jauh diperantauan, sob3. So kami bercadang bawak anak-anak berkelah sambil makan breakfast kat Gunung Lang.

Last aku pegi rasanya masa photoshoot outdoor majlis kahwin rasanya, 4 tahun lepas, lama gila dah tu..hehe

Sampai je, ingat boleh bagi anak-anak main playground, tapi alat permainannya tak sesuai untuk peringkat umur diorang, agak bahaya, sebab slidenya tinggi, tangga pun takda, yang ada cuma tali-tali ala spider web untuk kanak-kanak panjat. Kalau budak sekolah rendah ok la kot.

Cari port berkelah yang ade bangku & meja, elok pulak sebelah tu ade buaian jati, jadila anak-anak duk main buaian tu je..hehe

Seronok sesekali berkelah ramai-ramai macam ni, tengok pemandangan luar. Haha biasa la orang cuti bersalin, terperap je kat umah, dapat keluar memang heaven lah..😃


posted from Bloggeroid

0 Response to "Weekend di Gunung Lang"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme