Aidiladha 2015

Aidiladha yang paling dinantikan oleh anak-anak & diri sendiri. Dua bulan tak jumpa suami weh, paling lama la ni...tak pernah selama ni tak jumpa encik suami.

Si kakak siap cakap "isya dah lupa daddy tak balik.." ayat dia macam caca merba, tapi paham kot makna dia..kesian kakak, dia la paling terasa sekali, adik tak paham lagi.

Tahun ni turn beraya bersama mertua, hehe turn beraya kami senang je, kalau aidilfitri dengan mertua, aidiladha pun dengan mertua, hehe

Lepas solat raya, kami pun terus pulang ke kampung wan, sebab janji dengan emak jumpa kat sana.

Dapat la alisya melepas rindu jumpa opah, atok, mak su. Kakak baru nak kenal tok nek, dia baru pandai nak sebut, dulu dia tak reti & tak amik kisah lagi.

Tu je kisah beraya korban kami, yang seronoknya dapat bersama dengan ahli keluarga walaupun sekejap. Esok lusa nak balik ke tempat bekerja semula 😭😭😭 cuti bersalin dah habis..

posted from Bloggeroid

0 Response to "Aidiladha 2015"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme