Gaya tido

Sepesen je anak-anak tido bila tak dibedung..hehe

posted from Bloggeroid

2 bulan untuk nur sofea

Hari ni genap 2 bulan Nur Sofea lahir ke dunia. Mummy mendoakan semoga sayang mummy ni menjadi anak solehah, anak baik, anak sihat, anak rajin, anak bijak, aminnn..Membesar dengan riang dan sempurna.

p/s:mummy sedang pelan-pelan kayuh mengganti puasa..heh cuti-cuti ni la nak pulun kan.

posted from Bloggeroid

Rindu nak main buai

Al-kisah ada budak rindu nak main buaian. Dah biasa daddy dia bawak main buai bila weekend and kat taska pun cikgu dia akan bawak ke playground depan taska untuk beriadah.

Ni dah almost 2 bulan bercuti, mana la dia tak rindu nak berbuai. Last dia main buai masa sehari sebelum mummy bersalin. Sempat daddy dia bawak gi Padang Polo.

So semalam, bawak la semua kaum kerabat yang ada kat rumah ke Padang Polo menyampaikan hajat si anak sulung ni, hehe.

Benda lain dia tak sibuk nak main pun, yang dia main lama memang buaian. Berkenan sungguh dengan buaian tu.

2 hari sebelum 2 bulan jadi kakak 😃


2 hari sebelum officially jadi kakak 😃

posted from Bloggeroid

Stroller vs trolley

Since anak dah 2, bila nak shopping kena pulak mood si kakak tido/tak mo jalan/tak mo duk kat trolley..so si adik la kena letak dalam trolley..
Nasib la adik pasrah je, tak kisah kan adik..😅
Dengan car seat skali mummy angkut adik, letak dalam trolley..stroller and car seat baby tu memang dulu beli yang travelling system, so memang match car seat tu boleh letak atas stroller, ok la tu pakai la korang turun temurun adik beradik nanti..hehe
Takkan nak berdukung je, baby tak selesa, kita pun letih kan, nak shopping cuci mata hati kena seronok..😃


posted from Bloggeroid

The most pengacau masa warded

Benda ni la yang paling aku rasa rimas masa kena warded bersalin. Memang betul dengan adanya benda ni yang dah dipasang siap-siap, jika ada any emergency happen, bantuan dapat diberikan dengan segera, nak masuk ubat yang berkaitan.
Aku pun terbaca penjelasan dari sorang pelajar medic ni , boleh baca kat sini http://thevocket.com/kekeliruan-prosidur-bersalin-di-hospital/

Tapi benda ni sakit tau kalau doc tak pandai pasang. Masa bersalinkan alisya dulu, doc tu pandai pasang, tak sakit pun. Tapi masa bersalin sofea, doc tu tak pandai pasang, adui rasa nak marah je bila tengok benda tu ada kat tangan, sakittt.

Bila jenguk-jenguk balik gambar ni, mula la aku tengok tangan aku, bekas jarum tu masih ada lagi. Then, mula la teringat kerimasan yang dirasai..😅 apapun, aku tak marah dengan prosedur tu cuma aku rasa rimas bila doc tak pandai pasang, benda tu akan menyakitkan pesakit. 😁


posted from Bloggeroid

Sofea vs Alisya

Adik fea ni rambut halus..hehe gambar kakak isya tu masa umur 8minggu, si sofea masa umur 6 minggu 😄

posted from Bloggeroid

Doakan embah

Satu-satu nya embah wedok (nenek) yang tinggal, moyang Alisya &Sofea untuk side aku. Side suami pun tinggal tok nek je.

Alkisah lepas raya, mungkin embah aku ni letih lepas seronok melayan anak cucu balik beraya.



Berita yang kami dapat minggu lepas dari mak cik aku.

Embah aku sekarang usianya anggaran 80an aku pun tak tau usia sebenarnya. Di rumahnya ade bersama mak cik aku tinggal disitu.

Dulu sebelum kahwin memang rutin aku tiap minggu bawak mak aku gi menjengah embah, dah kahwin jengah jugak tapi tak setiap minggu, komitmen lain pulak kan, dah pindah jauh ni lagilah jarang menjengah.

Last week pun aku gi jengah embah di rumahnya saje nak temankan dia bawak mak and anak-anak aku, buat ramai kat rumahnya, supaya dia tak teringat sangat penatnya tu. Lagipun dia memang suka, Alisya kan suka sembang, bising la sikit rumah bila ada budak kecik.

Petang semalam pakcik dan makcik aku bawak embah ke hospital untuk prosedur yang telah ditetapkan.







Besar keluarga embah aku ni, anak 10, cucu 30, cicit 13. So kami anak cucu cicit embah mendoakan embah sihat-sihat sahaja.

Dulu masa bujang pernah merasa jaga embah dihospital, sekarang maaf la tak dapat berbuat demikian, dengan komitmen yang sedia ada.


Gambar raya tahun ni dari group whatsapp keluarga kami. Tahun ni tak dapat berkumpul bersama sebab turn beraya bersama family suami. So harap tahun depan dapat berkumpul bersama dengan embah yang sihat dan semua.

posted from Bloggeroid

Nursing cover

First time pakai nursing cover bila bf in public. So lepas ni bila nak keluar kemana-mana senang la. Before this kalau nak ke mana-mana masa anak tengah baby ni susah je rasa, kalau shopping complex yang ada Baby Room macam Aeon tu senang la, tapi kalau tempat lain, aduyaii jenuh. Walaupun pakai baju nursing friendly tapi tetap tak selesa kan. So ade cover ni lebih selesa.


posted from Bloggeroid

Godaan mainan

Jenuh jugak kalau duk kat bandar ni, maklumlah nak pi beli barang, pi tesco, pi aeon, silap percaturan duit boleh habis macam air. Anak aku yang sulung tu nampak benda menan-menan ni dia tuntut la. Kat tempat tinggal sekarang mana nak ada shopping complex, haha

Yang gambar naik motor tu masa aku dalam pantang, dia gi dengan embah dia..Gambar naik kereta tu dia tuntut tadi masa bawak dia gi tesco. Aku kan dah habis pantang, sampai je tesco dia ingat dia naik motor ari tu, dia ajak pegi kat tempat tu, nak naik motor.

Sampai kat area sewa motor/kereta mainan tu, kebetulan motor yang dia naik dulu tu dah rosak, tinggal kereta je. Tu yang dia naik kereta tu.

Layankan, kesian pulak rasa, dah la jarang-jarang dapat keluar, kui3. Pas tu dalam tesco dia pau aku menan makeup. Aku belikan sebab dia duk main lipstick and compact powder aku. So aku belikan yaag menan ni, harap dia tak usik aku punya dah..kui3





posted from Bloggeroid

Kakak yang busy

Dok belek-belek henfon, tengok gambar raya. Tahun ni beraya pertama dengan family in law, happening sebab cucu dah makin ramai, macam-macam ragam, hehe

Tengok kakak Alisya dalam gambar tu 😆😆 gitu la perangai dia masa raya ari tu.

Cikgu taska dia dah la request nak tengok gambar dia sebab dah cuti lama kan, rindu la kekdahnya..jenuh mummy nak snap gambar dia sorang, tapi dia sebuk je nak menangkap gambar, sibuk main. Kalau panggil pun buat tak tau je, sabo je la.


Ni pun sama masa beraya ke umah tok nek, siap nak pakai bib adik..adoii


Orang nak wefie, die sebuk nak selfie

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme