Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

cuti-cuti Alisya & embah



Hari ni mummy Alisya bercuti rehat smpai la ke hari Isnin depan..masyukkk hehe, dok opis pun ramai yang amik cuti gi holiday bawak anak-anak, sekarangkan cuti sekolah..kalau keje time takde orang ni tambah lagi kalau tengah banyak keje, memang jadi hot stuff la kan..so better kite cuti sekali haha ringan sket kepala otak..
Jalan-jalan kat tasik Proton City

3 hari lepas bawak embah & paman Alisya ikut sekali ke Behrang..embahnye yang excited nak jaga cucu, mummy Alisya sepatutnya kene gi kursus 28-29 hb tu tapi tak jadi, dah pesan kat embahnya jangan apply cuti dulu, tapi bese la embah Alisya tu, katenya malas duk Ipoh nak cuti jaga cucu, haha ape2 je la..
So sepanjang 3 hari lepas seronok la Alisya tak pegi taska, duk umah je main dengan embah & paman..Embah yang kurus jaga die, heheh nasib la kan, nak sangat merasa jaga cucu..

Iftar malam terakhir di Behrang


Published with Blogger-droid v2.0.10

goodies for Alisya

Almost 2 months ++ Alisya di taska, dalam masa tu dah beberapa kali dapat goodies dari kawan-kawan taska die yang sambut birthday. 

Semalam dapat 1 goodies bag,
as usual la, Alisya mana boleh makan lagi kan..
Mummy la tolong makan hehehe,
petang-petang ni sedap mengunyap jajan-jajan ni..

Sebelum ni dapat cupcakes, dah 2 kali jugak dapat.. 
kenyang mummy..Alhamdulillah :)

Rindu Anak 16052013


Rindu la kat budak tecik ni..semalam die sibuk nak blaja pegang bottle susu die..tengok la tu berlemoih, hehe
Owh, nak wish jugak selamat hari guru untuk semua guru-guru di seluruh dunia..
Published with Blogger-droid v2.0.10

bekas NASI GORENG Amira



Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah, makan bersama-sama kawannya Amira (bukan nama sebenar) di kantin sekolah. Anak saya selalunya akan bawa nasi goreng dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping yang dibungkus dalam plastik. Roti itu dia akan cicah dengan air sirap yang dia bawa dari rumah.

Itulah rutin bekalan harian yang di bawa oleh Amira setiap hari. Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng ler coz itu memang peberet dia.. Amira memang suka sangat makan nasi goreng tu dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi tu..dia memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu..Mungkin Amira dah jemu agaknya coz hari2 bawak roti kosong jer cicah air sirap...

Suatu hari..anak saya bersuara kepada Amira..Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..ko asyik bawak roti jer..apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak.. Nanti kita makan tukar-tukar kat kantin..

Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.. Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedap lah..ko mesti tak nak makan nanti..Alahhh..ko bawak jer..ko belum bawak, ko dah kata nasi goreng ko tak sedap..ko bawak je lah..mesti sedap punya..

Ok lah..ko punya pasal..esok aku bawak ya..aku bawak nasi goreng special utk ko..Yeeaaahhh..anak saya suka sangat coz Amira setuju nak bawak nasi goreng esok..

Sampai di rumah..malam hari sebelum tidor..Amira cakap kat mak dia yang esok dia nak bawak bekal nasi goreng..dia tak mahu bawak roti kosong 2 keping tu.. Makkk..boleh tak esok Mira nak bawak bekal nasi goreng..?? Mak Mira terkejut..apa sayang..?? Esok Mira nak bawak nasi goreng..? Kenapa? Esok Mira ada jamuan ker..??

Nasi goreng apa yang mak nak buat? Tak ada rencah untuk mak buat nasi goreng esok..Mira bawak roti je lah..Alahh..mak..boleh lah..tak payah bubuh rencah pun tak apa..mak taruk telur je pun dah ok..

Ya lah..baik lah..esok mak buat nasi goreng untuk Mira ya..telur pun tinggal sebijik jer tau..dah malam-malam buta ni mana nak carik telur..bawang pun dah habis tu..tak per lah..mana yang ada je lah..

Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya tanya Mira..Mira ko bawak nasik goreng tak..? Aku bawak ni..Mira senyum..

Ko bawak tak Mira..? Bawak ler...aku bawak..kan semalam dah janji..

Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii..

Kul 10.00 pagi loceng rehat bunyi..mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng..
Sampai di kantin..Mira ko nak air tak? Hari ni aku belanja ko air..ko nak air apa? Aku belikan..

Alah..tak kisah..air apa-apa pun tak apa..aku minum jer..

Alahhh..Mira..kenapa ko tak buka bekal lagi ni..ko duk diam jer kat situ apasal? ya lah..aku tunggu ko datang bawak air ler..kita buka bekal sama-sama..

ooo..ya ker..jom jom kita buka bekal..

Amira pun keluarkan 'bekas' nasi goreng dia dari dalam beg plastik..Mata anak saya tidak berkelip..

Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..? Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..

Tuan/Puan nak tau..? Nasi Goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion pencuci pinggan cap Lemon..warna kuning bekas tu..

Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni..? Mak ko tak marah ker..? Tak rasa sabun ke nanti..?

Tak lah..mak yang bubuh dalam bekas tu..kat rumah aku mana ada tupperware macam ko..memang kami pakai balik bekas sabun tu...standard lah..kami memang dah biasa macam ni..

Air mata anak saya mula bergenang..tunggu masa untuk tumpah..

Mira..kenapa ko tak cakap yang ko tak der bekas untuk bawak nasi ni..aku boleh bagi ko bekas..kenapa ko tak cerita dengan aku Mira..ko ni kan..

Mira tunduk..tolong jangan nangis boleh tak..? Semalam ko yang cakap ko nak makan sangat nasi goreng aku kan? Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak..?? Makan je lah..

Mira..aku rasa bersalah sangat coz menyusahkan ko..tak pe lah Mira jom kita makan..ko makan nasik goreng aku ya..aku nak rasa nasi goreng ko..


Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..nasi goreng aku tak sedap..bubuh dalam bekas sabun plak tu..

Mira..jgn ckp mcm tu..bak sini aku rasa nasi goreng ko..ya..lah..rasa sesudu jer..kompom tak sedap tu..

Anak saya pun makan rasa sesudu..memang betul pun..tak sedap..nasi goreng Amira putih meleset..tak der rencah..tak der rasa pun..tawar jer..tapi anak saya tak kisah..dia tak komplen pun..

Cuma masa Mira suap nasi goreng tu..air mata dia plak berlinang..anak saya tanya knp ko nangis..dia cakap tak ada aper..tak per lah..kita makan je lah..

Semasa anak saya cerita kisah ini kepada saya..saya menangis..tapi saya tidak menagis semasa itu..saya tidak mahu menangis di depan anak saya..Saya kuatkan semangat untuk mendengar cerita dia sampai habis..

Selesai anak saya bercerita..saya cakap kat anak saya..esok bawak bekas tupperware kat dapur tu..bagi kat Amira ya..cakap kat Amira bekas ni hadiah dari keluarga kita..

Then saya bangun terus keluar tengok-tengok kereta..sebenarnya bukan saya tengok kereta..saya menangis semahunya kat tepi keta tu..tak sangka sangat..di zaman moden ni..masih ada lagi anak-anak kita yang hidup menderita..sedih dan sayu hati ni..

Kepada orang kaya di luar sana..ingatlah..dalam kemewahan yang kamu kecapi sekarang ni..ada saudara kita yang hidup dalam keadaan memilukan..

Saya berdoa kepada Allah..agar semua orang yang tidak berkemampuan ini di murahkan rezeki oleh Allah dan ditabahkan hati mereka dalam menghadapi segala dugaan..Aminnn..

Semoga kisah ini boleh celik kan mata kita..

Terima kasih..

Admin : Sama-samalah kita menolong mereka yang berada dalam kesusahan. Sesiapa yang mengenali kanak-kanak yang senasib seperti Amira, bantulah mereka. Hulurkanlah tangan kasih sayang biarpun bantuan kita itu tidak mampu menghilangkan beban mereka. Sekurang-kurangnya.. dengan sedikit perhatian yang kita berikan itu, mereka kan lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan, bersungguh dalam pelajaran seterusnya keluar dari kepompong kefakiran.



Sedihnya baca cerita kat atas ni, tapi ade jugak kisah-kisah lucu bila teringat. Dulu kalau bawak bekal, mama akan bagi aku guna bekas jenama Tupperware, tapi biasalah budak-budak, kadang-kadang aku tertinggal bekas tu lupa nak bawak balik, hahaha bising la mak aku, berkali-kali pesan jangan lupa bawak balik bekas makanan.

Alisya & Formula Milk

Si Gebu mummy


Assalam, hati tengah berkira-kira nak pegi tengok anak ke tak lunch hour nanti, sebab kadang-kadang segan jugak kalau dah kerap sangat pegi tengok (macam kite tak percaya kat nursery je), melawat anak tu membantu kalau sekali sekala, tapi kalau dah kerap sangat aku takut mengganggu pihak nursery pulak kan.

Alisya bermula minggu lepas diserang diaper rash, mula-mula tak teruk sangat, tapi tak sembuh-sembuh, then Jumaat lepas naik pulak rashes ke bahagian perut. Aku syak adakah kerana aku bagi dia susu baru (Frisolac Gold) menyebabkan keadaan rashes naik teruk. Alisya minum susu Frisolac Gold 4 hari (Selasa-Jumaat), hari Jumaat bahagian perut dia naik rashes.

Pakaikan Cloth Diaper, dalam usaha nak menghilangkan rashes.


Dalam entri lepas, aku ada bagitau yang aku nak cuba tukar susu ke Lactose Free kan sebab Alisya kerap buang air besar. So sampai je di Ipoh, malam tu kami pegi beli susu LF, jenama SIMILAC.

Mulanya Alisya ok je, siang malam dia ok je main elok-elok , tido nenyak. Tapi malam hari Ahad tu may be dia panas, naik pulak rashes di bahgian dahi & kaki die. Dan sampai lah ke pagi tido die tak nenyak, kejap-kejap merengek, kami as mak ayah nya lagi lah tak boleh tido dibuatnya.

Terpaksa la kami EL, tak sanggup nak drive jauh dalam keadaan ngantuk...Pagi tu baru la die boleh tido, and kami pun qada tido kejap sementara nak menunggu klinik bukak pukul 9pg.

Bawak pegi klinik, doc check, suspect mungkin Alisya ni alah susu lembu, sebab selsema lama sangat tak baik, ni rashes pulak, kerap buang air besar..Lagipun bagi susu LF pun sama je kan, so mungkin kalau betul die alah susu lembu, dia kene minum susu soy based pulak..tapi dia tak nak buat assumption terlalu cepat doc tu nak tengok Sabtu ni macam mana..Doc bagi krim sapu and ubat allergic, Sabtu ni kene follow up balik..

Huhu, apa-apa je lah, pening memikirkannya, aku harap Alisya sembuh dari sebarang penyakit dan membesar dengan sihat & sempurna..


 Rahes yang dah mula memenuhi bahagian perut

Gi klinik la jawabnye..



Artikel:

1. Alah Protein Susu Lembu - Utusan
2. Alah Susu Lembu - http://sudippanas.blogspot.com
3. Bayi Warisi Alahan Susu - Harian Metro

sudah tukar la




Assalam readers, 
Hari ni aku & suami terpaksa EL sebab sikecil kami kurang sihat, tapi nanti la aku cerita kat entri lain..
Dalam duk kalut-kalut x leh tido malam tu, sempat lagi suami aku bikin surprise, hehehe 
Ni yang untung kalau suami techno geek ni, mintak gajet je dapat..hehe 
Al-kisah aku sebelum ni pakai tab, memang la benda tu x la besar sangat and muat je nak masuk dalam handbag. 
Tapi sejak si kecil ni dah pandai bertango (video call) dengan daddy die, mummy alisya ni jadi tukang pegang tab tu la(oleh membina muscle tau kalau pegang tab tu lama-lama)
So aku pun hantar la proposal kat encik suami, hahaha verbal proposal je, aku cakap tab tu berat la, penat nak pegang, hahaha bile lagi kan nak bermanja dengan encik suami, lagipun aku x harap pun saje nak bergurau senda,x kisah pun kalau xdapat..saje cucuk jarum kot dapat, hehehe
Tengok-tengok semalam dapat pulak present Hari Ibu dari encik suami..
TAAAAADAAAA dari beso suda tukar jadi kecik..
Thanks suamiku...:)


Published with Blogger-droid v2.0.10

Alisya & Lactose Intolerance

Alisya ni bila dah semakin meningkat usia ni, dia nak minum makin banyak, tapi mummy Alisya ni tak mampu nak supply susu yang banyak, so Alisya dah bercampur brestmilk & formula milk. Tapi sejak-sejak die makin kerap nak minum susu, pengambilan formula milk makin bertambah dan makin kerap pulak die buang air besar (BAB). Aku perasan dari last week lagi, tapi memang kami naif, ingat tu perkara biasa.

Tapi hari Selasa lepas, babysitter taska tu dah bagitau yang Alisya BAB 2 kali kat taska, diorang kate may be susu Alisya tu tak sesuai, so aku ni sebagai ibu yang tak de pengalaman, aku ikut je la nasihat diorang suh tukar susu lain (sekarang Alisya minum susu ANMUM), masa lunch hour tu jugak aku bergegas ke pasaraya gi cari susu, aku teringat Sazzy Falak buat iklan dengan twins die susu Friso Gold, so aku pun terus beli Friso Gold yang tin kecik (nak cuba dulu), mahal sikit la Friso Gold ni, tapi demi anak, pejam mata je lah. 

Aku bekalkan separuh tin Friso Gold tu kat taska dan separuh lagi tinggal kat umah. Hasilnya sama jugak, dah 4 hari ni Alisya tetap kerap BAB, semalam paling worst die BAB 4 kali kat taska, huhu kesian anak mummy tapi die macam biasa, aktif, minum susu pun ok.
Bukan aku tak nak bawak Alisya terus ke klinik, hati ibu ni risau sangat, mase die tido aku tengok je ape la taunye die, umur baru 4 bulan. Tapi ye lah, dengan kawasan aku duduk sekarang ni, kalau nak kata, aku lebih percaya Klinik Kerajaan dari klinik swasta yang ada kat sekeliling tu, macam nak untung je, tapi servis ntah ape-ape, klinik pakar memang tak de langsung kat sini, so aku bersabar je la dulu, menunggu balik Ipoh. Aku buat kajian sendiri dulu, sekarang ni aku tengah giat mencari punca Alisya kerap sangat BAB, aku baca-baca kat internet, artikel, forum. Melalui hasil bacaan aku, dan pengalan ibu-ibu kat dalam forum tu aku dapati yang Alisya ni mungkin lactose intolerance (alah pada laktosa). 

So nampaknya aku kena cuba bagi die susu free lactose pulak. Weekend ni nak kene cuba bagi susu baru.  
mungkin nak cuba SIMILAC LF 

Alahan Laktosa (Lactose intolerance)

Apakah laktosa?

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.

Apakah alahan laktosa?

Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?

Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Jenis-jenis alahan lactosa

Alahan laktosa mungkin kekal (primary)

  1. Congenital (sejak lahir)
    • Jarang berlaku
    • Berlaku semasa lahir
  2. Lewat (bagi dewasa)
    • Biasa berlaku di kalangan orang asia
    • Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
Alahan Laktosa Sementara (secondary)
Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
  • Penyakit usus seperti Coeliac Disease
  • Pembedahan usus

Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?

  • 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
  • Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
  • Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
  • Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat

    dewasa.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:

  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung

Diagnosa

Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?

Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat

Bagaimanakah cara merawat masalah ini?

Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
Alahan laktosa yang kekal :
  • Tidak dapat diubati.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

geng RPS

Assalamualaikum wbt, pagi ni keje tinggal sikit je nak settle, hal-hal exam sume dah disiapkan so kite save la sikit keje jangan buat cepat-cepat sangat nanti tak de tujuan pulak datang office, hehehe so kite menulis kejap...
Pagi ni nak cerita pasal kisah terserempak dengan kawan sekolah masa cuti mengundi ari tu..Betullah orang kata, time mengundi and time cuti raya, possibility untuk terjumpa balik kawan sekolah adalah tinggi..:) Aku pun mula-mula tak nampak die, die yang tegur aku, kebetulan sama-sama baru nak makan kat foodcourt AEON tu.
Untuk makluman dulu form 1 -3 aku bersekolah dimana semua pelajarnya perempuan. Kawan yang aku jumpe ni memang kiranya geng la masa kat RPS tu, sebenarnya since sekolah rendah lagi kitorang 1 sekolah tapi kat sekolah menengah baru jadi geng..
Memang dah lama lost contact dengan die, walaupun no phone tu ade je, tapi bese la, facebook je yang selalu merapatkan insan, tapi die ni pulak dah tak main facebook.

sempat juge snap gambar mase terserempak ari tu,
me & Alisya bersama Hani & anaknye Miqdad.. :)


Lepas dah jumpe tu mulelah aku teringat kisah-kisah mase sekolah dulu, and teringat kat kawan-kawan yang lain. Kejap je masa berlalu, sume pun dah kawin and ade yang dah mengendong anak termasuk la aku..hahaha padahal dulu time sekolah tak terfikir yang kita akan jadi macam hari ni..:) 

geng kami, hahaha muke innocent tak bley blah..;p
me, Dayana (cikgu), Nusrah (R&D staff kat kilang MSP), Mastura (lecturer cum phd students), Hani (engineer JKR)

 gambar class masa form 3 di RPS..rindu masa tu, masing-masing dah ada kehidupan sendiri dan kerjaya masing-masing. Ada yang jadi doc, engineer, lecturer, pharmacist, stewardess, cikgu dan macam-macam la, yang dah bermastautin kat oversea pun ade..haihhh rindunye...

gambar zaman-zaman bujang, masa ni sorang lagi tak dapat join, Dayana..Yang dalam gambar tu Mastura, Hani & Nusrah..Bile time cuti panjang, sume balik Ipoh, selalu la lepak dengan diorang ni, tengok muvie, makan-makan, update kisah masing-masing..Sekarang masing-masing pun dah busy..

Mastura ahli geng yang 1st kahwin, pandai minah ni, sekarang tengah sambung phd, memang dari sekolah dulu dah pandai..hehehe kami yang lain ni relaks brader, brade rileks je..kui3.. 
3 anak dara kat gambar bawah tu dah jadi mak orang hahaha 

Alisya Si Manja

Last week rasanya puas bercuti selama 5 + 1 hari, hehehe sebab extra 1 day tu aku EL, kui3, angkara tunggu punya tunggu kot2 la ade announcement bgtau cuti, last-last aku buat cuti sendiri..;p


Sepanjang cuti tu aku dah plan boleh la kot nak tido lama sikit, tapi ntah kenapa sejak makin besar Alisya ni makin bijak pulak die meraih kasih sayang. Pantang letak, die nak berdukung je. Kalau ditinggalkan sorang-sorang mulelah merengek, tapi mummy daddy Alisya kan tak sampai hati, dukung la jugak anak kesayangan ni walaupun tengah-tengah malam. Time cuti-cuti ni biaselah die lebih nak bermanja dengan daddy die Alisya ni, pantang nampak daddy mulelah die, panas bontot nak mintak dukung, hehehe





Tengok gambar-gambar anak aku ni kesian aku tengok..anak-anak sekarang ni, kurang kasih sayang kan, mak ayah kene kerja, kalau tak kerja macam mana nak menyara kehidupan, hmmm..Tambah kesian kalau anak PJJ, lagi la double triple kesian, sabo je la...Hujung minggu or hari cuti baru dapat bersama nak meraih kasih sayang..

dapur oh dapur

Al-kisah dapur ku,
Konon-konon nak bergaya and nak senang, tak mau dah pakai gas cooker, so aku pun beli la induction cooker since belum kawin lagi, dah niat nanti kalau aku pindah rumah, at least aku dah ade dapur sendiri..Lagipun agak praktikal untuk guna induction cooker di rumah aku yang sememangnya selalu ditinggal-tinggal, sebab jarang masak kan...Tapi selepas 7 bulan digunakan, permukaan kaca induction cooker tu dah retak, may be sebab aku belasah je kan, periuk basah, kuali basah sume aku guna je induction cooker (aku baru terbaca rupenya induction cooker ni more preferable untuk dry kitchen)


Last 2 weeks encik hubby dah belikan dapur yang baru, gas cooker, hehehe tempat pun dah berpindah..Last week seronok aku memasak sebab cuti panjang hehehe (lepas labour day terus aku sambung cuti sampai ke hari mengundi).

Tinggal oven aku tu tak de tempat nak letak. Kalau la tak pindah tahun depan memang aku dah besarkan dapur ni, salah satu impian aku nak ade dapur yang lengkap, hehehe walaupun tak rajin masak, tapi aku suke masak and suke tengok benda tu kemas. Nak buat buat pintu tutup bawah cabinet tu pun kena tunda memandangkan ntah sampai bile nak duk kat umah ni. 

Aku teringin nak ade dapur yang macam dalam rancangan memasak, complete sume ade, nak ape, blender, mixer, oven, microwave, pakai je, tak yah nak simpan-simpan dalam cabinet, lepas tu ade bar tempat suami and anak-anak lepak sambil menyembang masa aku memasak, wahh bestnye, macam gambar kat bawah ni..

source : IKEA

9 tahun pemergiannya..


Al-Fatihah untuk bapak ku, semoga dirimu tenang disana...anakmu ini sangat merinduimu..
p/s : spelling mistake pada batu nisan tu, sepatutnya nama atukku Rothman..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme