Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Alisya & Formula Milk

Si Gebu mummy


Assalam, hati tengah berkira-kira nak pegi tengok anak ke tak lunch hour nanti, sebab kadang-kadang segan jugak kalau dah kerap sangat pegi tengok (macam kite tak percaya kat nursery je), melawat anak tu membantu kalau sekali sekala, tapi kalau dah kerap sangat aku takut mengganggu pihak nursery pulak kan.

Alisya bermula minggu lepas diserang diaper rash, mula-mula tak teruk sangat, tapi tak sembuh-sembuh, then Jumaat lepas naik pulak rashes ke bahagian perut. Aku syak adakah kerana aku bagi dia susu baru (Frisolac Gold) menyebabkan keadaan rashes naik teruk. Alisya minum susu Frisolac Gold 4 hari (Selasa-Jumaat), hari Jumaat bahagian perut dia naik rashes.

Pakaikan Cloth Diaper, dalam usaha nak menghilangkan rashes.


Dalam entri lepas, aku ada bagitau yang aku nak cuba tukar susu ke Lactose Free kan sebab Alisya kerap buang air besar. So sampai je di Ipoh, malam tu kami pegi beli susu LF, jenama SIMILAC.

Mulanya Alisya ok je, siang malam dia ok je main elok-elok , tido nenyak. Tapi malam hari Ahad tu may be dia panas, naik pulak rashes di bahgian dahi & kaki die. Dan sampai lah ke pagi tido die tak nenyak, kejap-kejap merengek, kami as mak ayah nya lagi lah tak boleh tido dibuatnya.

Terpaksa la kami EL, tak sanggup nak drive jauh dalam keadaan ngantuk...Pagi tu baru la die boleh tido, and kami pun qada tido kejap sementara nak menunggu klinik bukak pukul 9pg.

Bawak pegi klinik, doc check, suspect mungkin Alisya ni alah susu lembu, sebab selsema lama sangat tak baik, ni rashes pulak, kerap buang air besar..Lagipun bagi susu LF pun sama je kan, so mungkin kalau betul die alah susu lembu, dia kene minum susu soy based pulak..tapi dia tak nak buat assumption terlalu cepat doc tu nak tengok Sabtu ni macam mana..Doc bagi krim sapu and ubat allergic, Sabtu ni kene follow up balik..

Huhu, apa-apa je lah, pening memikirkannya, aku harap Alisya sembuh dari sebarang penyakit dan membesar dengan sihat & sempurna..


 Rahes yang dah mula memenuhi bahagian perut

Gi klinik la jawabnye..



Artikel:

1. Alah Protein Susu Lembu - Utusan
2. Alah Susu Lembu - http://sudippanas.blogspot.com
3. Bayi Warisi Alahan Susu - Harian Metro

1 Response to "Alisya & Formula Milk"

  1. alahai sian dia..

    gatal2 tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme