Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Alisya & Lactose Intolerance

Alisya ni bila dah semakin meningkat usia ni, dia nak minum makin banyak, tapi mummy Alisya ni tak mampu nak supply susu yang banyak, so Alisya dah bercampur brestmilk & formula milk. Tapi sejak-sejak die makin kerap nak minum susu, pengambilan formula milk makin bertambah dan makin kerap pulak die buang air besar (BAB). Aku perasan dari last week lagi, tapi memang kami naif, ingat tu perkara biasa.

Tapi hari Selasa lepas, babysitter taska tu dah bagitau yang Alisya BAB 2 kali kat taska, diorang kate may be susu Alisya tu tak sesuai, so aku ni sebagai ibu yang tak de pengalaman, aku ikut je la nasihat diorang suh tukar susu lain (sekarang Alisya minum susu ANMUM), masa lunch hour tu jugak aku bergegas ke pasaraya gi cari susu, aku teringat Sazzy Falak buat iklan dengan twins die susu Friso Gold, so aku pun terus beli Friso Gold yang tin kecik (nak cuba dulu), mahal sikit la Friso Gold ni, tapi demi anak, pejam mata je lah. 

Aku bekalkan separuh tin Friso Gold tu kat taska dan separuh lagi tinggal kat umah. Hasilnya sama jugak, dah 4 hari ni Alisya tetap kerap BAB, semalam paling worst die BAB 4 kali kat taska, huhu kesian anak mummy tapi die macam biasa, aktif, minum susu pun ok.
Bukan aku tak nak bawak Alisya terus ke klinik, hati ibu ni risau sangat, mase die tido aku tengok je ape la taunye die, umur baru 4 bulan. Tapi ye lah, dengan kawasan aku duduk sekarang ni, kalau nak kata, aku lebih percaya Klinik Kerajaan dari klinik swasta yang ada kat sekeliling tu, macam nak untung je, tapi servis ntah ape-ape, klinik pakar memang tak de langsung kat sini, so aku bersabar je la dulu, menunggu balik Ipoh. Aku buat kajian sendiri dulu, sekarang ni aku tengah giat mencari punca Alisya kerap sangat BAB, aku baca-baca kat internet, artikel, forum. Melalui hasil bacaan aku, dan pengalan ibu-ibu kat dalam forum tu aku dapati yang Alisya ni mungkin lactose intolerance (alah pada laktosa). 

So nampaknya aku kena cuba bagi die susu free lactose pulak. Weekend ni nak kene cuba bagi susu baru.  
mungkin nak cuba SIMILAC LF 

Alahan Laktosa (Lactose intolerance)

Apakah laktosa?

Susu dan hasil tenusu mengandungi gula susu yang perlu dipecahkan menjadi lebih kecil supaya dapat diserap ke aliran darah. Gula susu ini dipanggil laktosa. Ia dipecahkan oleh enzim lactase di dalam usus.

Apakah alahan laktosa?

Alahan laktosa adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa.

Bagaimanakah Alahan Laktosa Berlaku?

Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.

Jenis-jenis alahan lactosa

Alahan laktosa mungkin kekal (primary)

  1. Congenital (sejak lahir)
    • Jarang berlaku
    • Berlaku semasa lahir
  2. Lewat (bagi dewasa)
    • Biasa berlaku di kalangan orang asia
    • Berlaku dalam anggaran umur 20 tahun
Alahan Laktosa Sementara (secondary)
Alahan laktosa sementara berlaku disebabkan kerosakan/kecederaan pada usus yang disebabkan oleh:
  • Jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis)
  • Penyakit usus seperti Coeliac Disease
  • Pembedahan usus

Berapa kerapkah keadaan ini berlaku?

  • 2/3 daripada kebanyakan bayi mengalami gejala penyakit ini.
  • Secara am ianya adalah sementara dan tidak merbahaya.
  • Enzim lactase lazimnya akan berkurangan apabila kanak-kanak mula makan makanan pejal.
  • Kebanyakan orang akan terus menghasilkan enzim lactase dan sebahagian (kebanyakan orang asia) pula berhenti menghasilkan enzim lactase apabila meningkat

    dewasa.

Apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?

Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:

  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung

Diagnosa

Semua tanda-tanda di atas bukan saja berlaku bagi kes alahan lactosa tetapi juga berlaku kepada alahan makanan lain atau penyakit-penyakit lain. Oleh itu diagnosa ini hanya boleh dibuat selepas kes diperiksa oleh doktor.

Apakah masalah yang akan timbul akibat penyakit ini?

Alahan laktosa sementara tidak akan menyebabkan komplikasi kepada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, kes yang serius jika tidak dirawat boleh menyebabkan:
  • Kekurangan air dalam badan (Dehidrasi)
  • Kurang zat makanan
  • Pembesaran terencat

Bagaimanakah cara merawat masalah ini?

Kawalan pemakanan adalah cara utama merawat alahan lactosa. Cuba elakkan makan makanan yang mengandungi laktosa, di samping itu pastikan kanak-kanak tersebut mendapat makanan yang seimbang.
Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan sebarang rawatan.
Alahan laktosa yang kekal :
  • Tidak dapat diubati.
  • Elak semua makananyang mengandungi laktosa.
  • Bayi yang menyusu susu ibu atau susu formula perlu ditukarkan kepada susu yang tidak mengandungi lactosa. Susu tersebut mungkin dibuat dari susu lembu tanpa laktosa (lactose free) atau susu soya.
  • Pastikan makan makanan seimbang dan mempunyai cukup nutrient untuk pembesaran.
Alahan laktosa yang sementara:
  • Kurangkan makanan yang mengandungi lactosa.
  • Selang-selikan penyusuan susu ibu dan susu formula yang tidak mengandungi lactosa.
  • Mungkin perlu minum susu tanpa lactosa sahaja buat seketika.
  • Selepas tiada gejala dalam masa 2-4 minggu, boleh mulakan penyusuan susu formula biasa untuk bayi.

0 Response to "Alisya & Lactose Intolerance"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme