Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label married life [love love love]. Show all posts
Showing posts with label married life [love love love]. Show all posts

Follow jamboree mtb lagi

Awal April ari tu lagi sekali kami follow en husband ke event kayuhan mtb. Kali ni di Ayer Hitam. Tahun lepas dah pernah join, tapi masa tu bertiga, hehe kali ni berempat.

Kali ni kami book hotel bajet je, lagipun hotel tu memang dekat sangat dengan tempat starting event tu, so mudah.
Sampai je dekat hotel, Alisya tanya, "kolamnye mana mummy?" hehehe dia ingat macam hotel kat Batu Pahat ari tu..😂

Aku dah plan sebenarnya, sampai Ayer Hitam ni nak beli karpet. Sebab memang kawasan ni, banyak jual barang-barang persiapan perkahwinan dan karpet.
kami sampai dah nak petang juga, then lepas cek in kami terus gi cari makan kudapan petang. Lepas dah makan, terus gi cuci mata kat kedai-kedai yang jual karpet.

Lepas dah tengok-tengok, bincang-bincang, dapat la sambar 1..Seriously, bab tawar menawar ni en husband yang pandai, hehe nak shopping tempat-tempat boleh tawar, ajak la dia..hehe

Ni la karpetnye..menggantikan playmat yang dah berlubang-lubang di korek Sofea. Risau sebab lepas dia korek, perca plastik tu dia masuk ke mulut, tu yang kena tukar jugak la kepada yang baru.

Lepas dah dapat karpet, en husband terus bentang kat bilik hotel tu, buat kami lepak-lepak. Malamnya, kami makan kat kedai dekat-dekat dengan hotel je.

Tengah tunggu order makan sampai..

singgah kedai nak beli makanan untuk lepak-lepak kat bilik, boleh pulak Alisya request nak beli sepit rambut..😂 gegirl sangat anak saye ni..😁

Esok pagi, event berlangsung..Macam biasa aku stay dengan anak-anak kat bilik, layan diorang landing main-main. Dalam jam 11 lebih daddy dah siap kayuh beskal dah dapat medal.


Dalam 12.30 kami cek out, huhu nama je hotel bajet, lewat cek out kene surcaj tau..😜 haha adoi, layankan je la..Ok tu je la kisah percutian singkat ke Ayer Hitam..
posted from Bloggeroid

Cuti-cuti & jamboree mtb

Fuhh lamanya tak menulis, ok lah nak nak rekod sikit kenangan kehidupan, takut lupa pulak nanti..

On 11th march ari tu, kami 1 famili follow encik husband gi jamboree mtb di batu pahat. Since bersalin Sofea Jun 2015 memang kami tak de gi cuti-cuti lagi..cuti balik kampung ade la 2 kali masa december 2015 & februari 2016. Aku pulak ade outstation masa januari ari tu ke Ipoh, tinggal anak-anak dengan en husband..masa outstation tu memang all out sbb pegi geng2 perempuan, siap berjacuzzi bagai semuanya..hihi

So macam kesian pulak kat anak-anak asyik duk umah, gi skolah je..aku pun decide cari la hotel yang ada swimming pool and best sikit, supaya anak-anak rasa seronok. Satu-satunya hotel kat batu pahat yang ada swimming pool ada Katerina Hotel. So aku pun booked je la dah niat kan nak stay hotel ade pool.

Kitorang sampai batu pahat dalam jam 1.30, en husband gi daftar dia punya jamboree beskal dia, then plan nak terus gi makan before cek in hotel. Nak cari asam pedas la kononnya, batu pahat kan femes dengan asam pedas. Tapi kedai yang di war-warkan kat dalam fb tu tutup la pulak. Dah tak tau nak gi mana, sudahnya kami makan fast food je..haha tu memang pilihan selamat bila gi mana-mana

Sudah makan, kami cek in hotel, budak berdua tu happy la tido hotel, kemain lagi..Sofea mula takut, asek nak berkepit je, tapi sudahnya merangkak serata ceruk bilik..hehe


Petang tu amik peluang bawak anak-anak gi mandi pool. Memang seronok sangat la anak-anak, especially si kecik, Sofea..ngelejat dia dalam pool. Alisya takut, berpeluk je dengan daddy tapi nak mandi pool..😁



Malam, blurrr lagi nak makan apa, haha sebab nak g makan mee racun [femes gak kat batu pahat] agak jauh dari hotel tu, rasa macam malas nak g jauh-jauh. Nak masuk mall tak leh tinggal basikal en husband duk atas kereta, risau gak, kene gi tempat yang parking dekat dengan kedai..hehe so kami pun round je nampak kedai, kami berhenti.


Sementara tunggu makanan sampai..dua beradik ni dok bergurau senda..☺

Ok..esok paginya en husband ke tempat jamboree.. aku stay dengan anak-anak kat bilik je..dua beradik, bangun awal, tapi si adik tido balik, letih la tu..bila dua2 dah bangun, aku umpan diorang mandi bathtub pulak..haha seronok la dua beradik tu..

Dah siap2 mandi, pakai baju semua..teringat ade breakfast..rasa rugi pulak kalau tak turun makan kan..so aku tawakal bawak budak berdua ni, rasa macam terjamin keselamatan sebab yang makan mesti orang2 yang stay kat hotel je..

Beriye kakak kalau keluar makan, asek nak suapkan mummy daddy je..

Dalam pukul 11.30, en husband habis jamboree, dia sampai hotel, kami pun siap2 cek out dalam 12.30..terima kasih banyak hotel sebab tak kenakan surcaj sebab cek out lewat, may be sebab dah bgtau awal kot..hehe

Tu la cerita percutian singkat kami ke batu pahat..☺
posted from Bloggeroid

Personalize calendar

Demam photobook sekarang ni dikalangan kawan-kawan office aku..hehehe aku pun dah terjebak.

Sempena new year ni kan, aku terjebak beli calendar kat photobook tu. Niat dalam hati, nak letak muka-muka kesayangan kat calendar 2016 ni, sekurang-kurangnya, sejuk sikit hati di kala busy bekerja tu kan..hehehe

Aku dah beli since 2 minggu lepas lagi, tapi aku tak siap-siap lagi design masukkan gambar, huhu busy sangat sekarang ni. Balik umah jangan harap la aku ngadap laptop bagai. So doakanlah, aku dapat realisasikan calendar tu, aku nak cuba design weekend ni, harapnya..hihu


Chaiyok datang lah kesempatan dan semangat.
posted from Bloggeroid

Taska Family Day

Before bercuti panjang, taska Alisya buat Family Day, siap parents di sponsor t-shirt, cuma adik-beradik kena tempah lain la, so memandangkan Alisya baru ada sorang adik, mummy pun tempahkan la jugak baju sama untuk si Sofea..hehe

Alisya seronok dapat bersukaneka dengan kawan-kawan dia..Mak Ayah ade jugak games, tapi selebihnya acara makan. Sebab buat bawak makan style pot luck..memang melambak makanan sampai ke tgh hari.

posted from Bloggeroid

jalan-jalan cari kerusi


photo caption [from left above to bottom] 
1. licin sudahhh
2. showing off his new 'epal kene kokak'  phone
3. Bismillahirahmanirahim, jemput makan
4. Alisya & susu tak dapat dipisahkan
5. showing off my new 'sluaq merah' [lama dah tak belit tudung..hehe]
6. Yakininku Bento [dagingnye sodapp]
7. Pilih-pilih menu

Our mission of outing for today is to find another car seat for Alisya 
[untung jadi anak pjj, car seat has become one of the most important thing must have, sebab nak bawak die travel all by myself kan, jadi safety first]

Her previous car seat are not suitable for her anymore [nak buckle seatbelt pun dah x boleh, alisya dah panjang] and also to find a high-chair for her[boleh la die join mummy daddy die time makan pas ni, kalau tak berdiri je kat tepi meja makan, sian die]

Got what we're searching for, and now its time for lunch. 'gantung kuali' for today, hehe Hubby suggested sushi king [tetibe je mood nak makan sushi plak en hubby ni] I ok je..last time I ate sushi on 2010, hahaha lame gile dah tak makan, because I'm not so into sushi..

Me had a set of Mixed Bento, and hubby had a set of Yakininku Bento [sebenarnye pilih meal yang ade nasi, lapo ko, makan tgh hari kan mesti nak yang ade nasi..hihi]

Sedap & kenyang that's all I can described for our lunch set today [1st time rasa makan sushi sedap, ke sebab lapo, hehe]


dinner di kerusi baru.. :)


lena bak hang tidoq kat kusi baghu ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10

2nd years anniversary

We are now in 2 years of marriage life..Everything was just went well, so nothing much to say other than Alhamdulillah to Allah swt for this blissful marriage, for a hubby that completed me, for a beautiful daughter, and many more good things to come, hopefully, Amiinnn :)

We didn't plan any celebration or vacation, because as everyone noticed, the date of 16th September is a Malaysia Day, and as 2 years pass by, this date falls on weekend and there will always a 'majlis kenduri kahwin' when it falls on weekend. As what happened last year, we attended hubby cousin's wedding, and for this year, we're attending my cousin's wedding [pegi wedding sedara mara lagi penting dari vacation kan, lagipun memenuhi jemputan tu kan wajib] May be next year we can plan for a vacation, because 16th Sept falls on Tuesday, In Sha Allah. :) [kene simpan duit nak gi honeymoon yang ke-3 tahun ni, hahaha]

As hubby got a cycling activity 'Ipoh City Fun Ride' on 16th Sept, so he treated me and Alisya a simple lunch together on 15th September [konon-konon macam pre-anniversary la kan] hehehe ..We try out the new pizza; Golden Crunch Pizza. [masa makan ni rasa macam biasa je, tapi last week makan dengan colleague sedap plak, so kesimpulannya kalau branch tak sama, rasa akan berbeza, walaupun menu yang sama]

cikenit ni mula-mula elok je tido..
pe'el baru, naik kete tido..

sampai je...hah..
kene layan la daddynye ye...;)

I want too!!!

MIL Birthday Celebration

Assalam to readers and happy Sunday :)

Huarghhhh (yawn)...Alisya woke me & her daddy at 5 AM, she want us to play with her..And now she is sleeping. 

Breakfast done, so sesi bermalasan starts now..hehe

Yesterday was my MIL birthday. Me & hubby just bought a cake for her. Chocolate Moist cake from King's Confectionery
Dap dap bak hang..hehehe

At night we had a simple birthday celebration for opah Alisya aka ibu mertuaku sayang, treated by atuk..hehehe time kasih my FIL. We tried out the not so new food place for others but this is the 1st time for us, the Restoran Shabu Shabu Ipoh. Haha it was suggested by me actually, since I love to try new food place, so hubby assigned me to find special place for this celebration. 

I did some search of food places that is HALAL, nice and affordable around Ipoh (boleh la nak jadi host jalan-jalan cari makan, hahaha). After selecting some places such as Sammer Restaurant Al-Arabi, Hadramawt Ipoh, Tandoori Grill Ipoh, Malika Saba, and Restoran Shabu Shabu. Hubby seems more into Restoran Shabu Shabu because the others were Arabic & Indian food (hubby is not a curry lover, hehe). 
birthday girl :)

We arrived during the peak hour for dinner so we just get the open air table (silap sebab tak book dulu). 

the foods..
they had the buffet style, so we can eat and drink whatever that been served

Alisya pun nakkkk...

Okay I'm done mummy :)

licin.....

 Thanks atuk...
Happy Birthday opah...
(^_^)V

18 Syawal 1434H

muka lepas kena sunat, air mata ade lagi kat hujung mata...~


Selamat dah Alisya dikhatankan,pada usia 8 bulan 2 hari. Sebenarnya dah lama dah nak khatankan die,tapi baru last week misi tu berjaya dilaksanakan. Sebelum ni ade je aktiviti lain yang lebih penting nak didahulukan.
Jenuh jugak sebab dia dah 8 bulan,dah kenal orang. Memang meraung la kawan tu bila kene baring,kena pegang dengan orang yang tak dikenali.
Ps:18 Syawal 1432H hari pernikahan kami..tak sangka sama tarikh pulak..:) 2 tahun sudah,moga terus bahagia bersama hingga ke syurga dan semoga kami sentiasa membangunkan diri dalam mewujudkan rumahtangga yang mawaddah wa rahmah, aminnnn..
Published with Blogger-droid v2.0.10

wordless wednesday 12032013


wallet;a gift from hubby

Last week merupakan weekend yang memanglah tersangat bosan, agaknya sebab cuti lama dari Khamis pegi cek up then masa cek up tu ade demam+flu sket, dah ibu mengandung kan, doc pun senang je la bagi MC, so ari Jumaat tu sambung cuti, bila dah cuti dari Khamis sampai ke Ahad memang jadi bosan la kalau tak dipenuhi dengan aktiviti, hubby pun tak boleh nak berkebun sebab sume die dah buat, dah tak tau ape nak dikebunkan hahaha..

Jumaat tu kami pegi beli persiapan barang baby skit-skit kat AEON lama, beli barang ape yang patutlahkan (ape yang patut konon, ape yang patut pun berabis banyak gak, kui3), tapi lupa pulak nak redeem voucher AEON, masa hubby beli perfume ari tu (siang malam ku berbau dunhill je skrg ni..hik3), voucher RM10 je pun, tapi ye lah dapat jugak la baju baby 1 kalau redeem tu kan (sape nak bagi RM10 free skrg ni).

Ahad tu kami pegi pulak ke AEON Station 18, sebab voucher tu valid until 30sept je..Tapi bila dah sampai AEON tu, mula la teringat wallet kite yang dah rabak ni, means dah koyak sane-sini compang-camping rupenye..kui3, cakap kat hubby "I nak tengok wallet la kot ade yang berkenan.." hubby pun sokong je, die pun ikut sama mencari mane yang berkenan..Wallet bagi I yang penting tahan lama, button tak tertanggal dari kulit wallet tu and kulit die tak mengelupas..Kalau dah dalam AEON tu jenama macam biasa yang dah ikat kontrak dengan AEON la kan, BUM, GIOSARDI, COLORIS, SEMBONIA, ALAIN DELON etc..Tapi memang wallet tengah tak de sale, huhu sume harga standard, memang cecah 200 la...Nak tak nak, tetap nak kene tukar jugak, dah barai dah wallet ni(bak kate budak-budak muda sekarang ni..) 

Akhirnya dapat 1 yang berkenan hasil pencarian hubby, berkenan sebab fully leather and designnye simple..Tapi harganya, mak aih, mahai sebab tak de sale kan..hubby kate ok la tu, so I pun diam je (dalam hati kata, "tak pe la sekali sekala untuk diri sendiri, lagipun backdated kenaikan gaji baru dapat" hahaha macam tak ikhlas je kan nak membayo nye)

Tapi bila sampai kat kaunter nak bayar, hubby hulur duit and kad AEON die..hehehehe senyum lebar la saye, ade orang tolong bayarkan, time kasih encik suamiku..:) (kalau i tau u nak belikan, I masuk butik GUESS je tau hahahaha), anyway thanks hubby, itu tetap wallet termahal saye penah ade (wallet ni I tak kisah sangat brand ape pun, sebab simpan dalam handbag..handbag la kene branded sket, nak  ciwi kat orang, hahaha orang perempuan jangan tipu la kalau tak de perasaan nak menciwi tu, sikit mesti ade punye kan3,mak-mak kite pun kalau pegi jalan/kenduri mesti nak tukar handbag baru tambah-tambah kalau yang branded asyik nak diusung je kan3, hehehehe woman nature biase la tu)

TADAAA..
ni lah wallet termahal ku..








happy 1st anniversary to us



Alhamdulillah and syukur for this blissful marriage..
 ♥ u hubby..

happy convo my dear

Congratulations & happy convocation to my dear hubby..
Your dear wifey ni sekadar sebagai supporter setia pada hari tersebut, tinggal tak bawak pom-pom je hahaha..
I'm proud of u sayang..tinggal lagi 1 tangga je, doaku semoga suamiku dapat menjejak tangga tersebut dan berjaya, amin..

bz bee weekend

What a busy weekend we had last week..hoho 
rasa macam tak cukup nafas, especially hubby la kot..kita ni duk sebelah je, die yang penat drive ke sana sini...Tapi walaupun duk je, terasa penat gak, sampaikan tido tersengguk-sengguk dalam kete..kui3, maklumlah mak buyung katakan, daya tahan badan tak sekuat masa slim melim dulu, eceh..;p

Jom kita recap ape la yang dibusykan sangat dua orang laki bini ni weekend yang lepas..

15 sept 2012 pagi : 
Bergegas ke Penang sebab nak pegi amik jubah konvo hubby, yeayyy Alhamdulillah hubby dah berjaya menamatkan pengajian Masterji nya..hehehe excited pulak tengok orang pakai jubah konvo, terasa nak pakai lagi sekali, tapi nanti la Insyaallah kalau ade kekuatan nak sambung belajar balik, kui3..
I just wish 1 day I could see my hubby pakai doctoral tam plak..hehehe diri sendiri ntah bile, tak pe la bagi support kat hubby..:)  

15 sept 2012 malam :
 Attending hubby's reunion dengan secondary schoolmates die..Die pulak tu yang organize, so kami kene sampai awal la kan di tempat kejadian, nak set up ape yang patut, kita ikut ni je, meneman je, hehehe Die la yang tak kenyang makan, ke sana ke sini, kita duduk makan je..Makanan banyak pulak tu, and sedap, memang dapat merasa la semua yang dihidang..Sape-sape yang duk area Ipoh, Tower Regency is one of the best place for food, 2 kali attended majlis kat hotel ni, memang dua-dua makanan sedap..So sape-sape nak organize majlis boleh la cuba buat kat Tower Regency..:) 


16 sept 2012 :
Balik dari event reunion tu around pukul 12 pagi..hoho terus solat n tido...pagi-pagi lepas subuh16 sept bergegas ke Kajang untuk attend wedding sepupu belah hubby, Ain..Mula-mula tu kitorang dah sesat barat ntah kemana, adoi, sebabnya ingatkan tak de la dapat kad jemputan (ye lah dalam kad kan ade peta senang la nak cari), tapi rupenya ade, my MIL pegang, kui3, hubby muka dah moody, I dah diam je tak nak sesakkan fikiran die nak cari jalan, lagipun I dah lapar, pinggang pun dah lenguh, baby pun dah tak reti duk diam dalam perut ni..Hubby moody  tu bukan ape sebab dah penat kan, ye lah kawan tu tido tak cukup, petang semalam lepas sampai dari Penang, melayan kawan-kawan dulu sebelum majlis reunion malam tu mula, tambah lagi cari jalan pulak tak jumpa-jumpa, memang moody la kawan tu, hehehe (tapi takpe i dah ngorat sket die, dah ok dah, tak moody dah..;)) I pulak semalam sampai je dari Penang, terus tido, so kira tak lah penat sangatkan hehehe...Tapi Alhamdulillah akhirnya sampai gak kat tempat majlis berlangsung, lepas dah makan-makan, stay kejap meramaikan majlis, petang around 5 pm baru sampai Ipoh..

17 sept 2012 :
Hari beristirehat....:) 

post-birthday entry

First of all I would to say thank you so much to all, especially my friends in facebook..I received sooooooo many beautiful birthday wishes on my birthday lastweek, muah3..sayang korang sume..

Umur pun dah meningkat, hidup mesti diteruskan..
Moga hidup mendatang akan lebih bermakna dan sentiasa diberkati hendaknya, amin..

And not to forget to this special man in my life..my hero, my boyfie, my bedmate, my kawan-gaduh, my kesayangan, tak lain tak bukan, suamiku tercinta..:) thanks so much for a simple but yet so meaningful birthday dinner, owh and for the card, sweet...♥ u so much big baby..


p/s : the foods were delicious..especially hubby punya menu tu, beef patty nye sangat juicy, rasa la kesedapan daging tu (sejak preggy ni memang suke sangat daging)..tapi biasa la kami perut Malaysia, mane lalu nak makan banyak, muakkk..My chocolate smoothies tu, uhhhhh, memang sedap bangetttt...memang a bit expensive, tapi sedap...kalau hari-hari makan kat sini, badan jadi tong drum la...


dating berdua sebelum bertiga

Lama dah tak dating rasanya..huhu memang la bila wiken kitorang jumpa, keluar sama-sama, tapi keluar sama-sama tu banyaknya atas macam-macam urusan, ye lah masa bulan puasa yang lepas nak jalan-jalan malas je rasa, jalan-jalan takat sebab nak shopping baju raya, lepas tu raya, dapat rumah pulak, memang dah almost 2 months la tak dating..hehehehe bagi kami kalau dating tu tenang-tenang je, tak yah pikir pasal hal-hal lain, jalan-jalan, tengok movie, makan-makan..hahaha tu lah istilah dating bagi kami...

Last week baru lah merasa dating balik...hehehe pagi-pagi tu encik hubby macam biasalah dengan hobby baru dia sekarang ni..berkebun, hihihi, "sorry b, nothing much yang i boleh tolong.."ye lah, aku ni, nak mencangkung pun dah tak larat, so aku tak lah banyak sangat membantu die membersihkan kawasan luar rumah kitorang tu, setakat tolong amikkan beg sampah, tolong sapu-sapu sikit-sikit je la yang mak buyung ni larat buat..;p
 hobby baru encik hubby..;p

Lepas dah penat berkebun, kitorang pun siap-siap nak gi dating..hik3..excitednye...pakai baju lawa-lawa macam zaman belum kawen dulu (tapi sekarang baju lawa style mak buyung la kan..adehh ;p), encik hubby pun pakai smart2..hik3..

AEON pun dah dekat dengan rumah sekarang ni, so situ je lah destinasi dating kami, hehehe and TGV pun dah buka, so nak rasmi jejak kaki, cuci mata la jugak ni...encik husbabnd kata expandables best, cite aksi..i like action movie kalau tengok kat wayang, sebab suka dengar sound system yang debom debom tu..lagi syok..so kite pun on je la..:)


Lepas dah beli tiket..ade lagi sejam lebih..gi soru la dulu, perut dah lapar...kali ni makan kat Old Town lama dah pun tak makan kat sini..hubby pilih nasi lemak ayam, and me, nasi lauk rendang..haha perut Melayu + Jawa mesti nak kena merasa nasi gak tengah hari ni, kui3..Senak gak nak menghabiskan nasi tu, tak macam makan KFC ari tu, sekejapan je abes, tapi kali ni..alahai, jenuh nak menghabiskan..


Then , dah kenyang, it's movie time!!!! Memang best cite Expandables 2 tu..hehehe tolong promote...

Best gak sekali-sekali dapat dating-dating, tak lama lagi nak dating bertiga plak..kui3..
mengusung si tecik ni..:)

eid mubarak 1433H

our first eid mubarak together.. 
hope this happiness will last forever amin..♥

Anda Lapar???!!

Semenjak dua menjak ni, respond badan bila rasa lapar tu sangat-sangat melampau, sampai boleh bawak ke pitam, huhu..

Konon-konon minggu lepas nak puasa (nak ganti puasa tinggal lagi sehari), sebab khamis negeri perak cutikan, jadi seperti biasa, sahur makan roti & minum susu..tapi nampaknya badan ni tak daya dengan sumber sahuran pagi tadi tu, tak mampu nak menahan kelaparan, tapi masih sabar, kenangkan sedang berpuasa kan, bila dah naik lemas seharian asyik rase lemah je, petang lepas asar tu gi la follow mama & adik p'puan ku ke tesco, dengan harapan, jalan-jalan sikit cuci mata, kot lah boleh lupa rasa lapar tu..

Bila dah abis round beli-beli barang, nak tunggu turn bayar kat counter tu aku dah mula rasa lain macam, berpeluh satu badan, aku dah mula mencangkung, dah tak heran orang lalu lalang, tapi tak boleh jadi ni, cepat-cepat aku cakap kat mama nak gi cari tempat duduk (kerusi rehat kat tesco selalunya kat area pintu masuk) so aku pun meluru ke area pintu masuk, Ya Allah rasa macam jauhnya nak ke pintu masuk tu, aku dah tak nampak orang lain, aku nampak kerusi tu je..dapat je duduk aku dah berpeluh, tangan menggeletar, rasa nak pengsan, aku duk mengucap, zikir semua ada la, still lagi konon-konon bertahan nak juga puasa tu, tapi....last2 aku tak mampu bila aku rasa badan aku ni nak terbaring kat kerusi panjang tu, cepat-cepat tangan aku seluk handbag, cari gula-gula, suap dalam mulut..huhuhu terbatal lah puasaku..

Dari jauh aku nampak mama and adikku menolak trolley, aku cakap kat diorang, dah bukak puasa, pas tu diorang bagi aku minum air and makan roti, then mak aku kata kene gi food court, aku kena makan nasi, aku makan la dengan tak rasa apa pun, aku rasa tawar je semua..sms suami (suami tak cuti kan, die kat penang) bgtau puasa dah terbatal, huhu sedih jugak sebenarnya.

Lepas dari kejadian tu, aku dah tak boleh tahan lapar, dan nampaknya lagi sehari ganti puasa tu aku kene postpone dulu ke masa bila aku dah kuat nanti, Insyaallah.

Disebabkan isteri yang tak tahan lapar sekarang ni, suami ku belikan bekalan SNICKERS dalam handbag, hehehe sebab tengok iklan kat tv tu la, sekarang ni, kemana je aku pegi, ada lah peneman aku ni, pagi tadi pun dah bukak, makan sikit, sebab lapar tu buat hal lagi, masa tengah drive nak gi keje..Nampaknye kene beli stok baru ni..

alhamdulillah


At the end of the day,i received this good news,
Alhamdullahirabbilalamin, first step settled..we can move in to our house soon..:)

Published with Blogger-droid v2.0.4

happy birthday sayang

Hubby's first birthday celebration after marriage, hopefully he enjoy it even though we did it one day earlier, konon-konon isteri planned for 2 celebrations on my family side and on in-law's side, sebab tu buat on my family side one day earlier.


But when the day come to celebrate with in-law, banyak pulak dugaan si birthday boy, dengan servis kereta yang dah berabis duit, and charger handphone pun dan-dan tu rosak, so plan for celebration on in-law's side hanyalah dengan makan maggi sambil tengok MANIA..hahaha 
hilang teringin nak rasa hubby masakkan maggi..ngeee 

birthday present for hubby




I decided to give him this laptop bag bcoz his old laptop bag is quite uzur, ade dah koyak sikit here and there plus that is also his school bag, he bring it everywhere he go, kononnya isteri yang understanding ni peka la kan dengan keperluan suami tu, i just bought it online sebab pikir time bila pulak nak mencelah nak beli hadiah, all the time we go out together.
After doing lots of survey for the best bag. I finally choose this bag, but when this bag arrived, alamak terbesar la pulak, kurang sesuai untuk dipakai setiap hari, may be one day bila hubby dah kerja boleh pakai kot, bila dah kerja ade office sendiri, tak de la nak usung beg merata kan, or tak pun buat beg baby, isi baju,diapers,segala peralatan baby,hahaha

Published with Blogger-droid v2.0.4

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme