Dugaan Ramadan
Ramadan 1438H kali ni keluarga kami diduga dengan kesihatan adikku. Sebelum majlis perkahwinannya hujung bulan 4 ari tu dia warded di Hospital Ampang, doktor suspek denggi sebab demam dan lemah badannya, tangannya naik bintik merah. Lama juga warded 9 hari. Hari-hari ambil darah untuk di uji.
Tapi kesihatan adik ku itu makin lama makin lemah..lepas majlis, jadi semula badannya menjadi lemah, dan kurus sangat. Keputusan darah, doktor suspek SLE, dan kesnya di hantar ke HKL.
Khamis lepas adik ku kembali warded di HKL kerana badannya memang betul-betul lemah dan kurus, aku yang tengok pun risau. Aku sekeluarga belum berpeluang menziarah kerana tau aje lah dengan anak-anak kecik ni. So duk je lah rumah dulu, doakan dari kejauhan.
Penyakit SLE ni melalui bacaan aku, paling banyak menyerang wanita yang dah akil baligh, 90% penghidapnya adalah wanita. Sebelum ni ada kawan-kawan yang menghidapnya, tak sangka kali ni adik sendiri yang kena. Doa ku moga adik ku sihat seperti sediakala dan kembali ceria.
Adeh, tak tahu berapa lama warded tu, moga segera sembuh hendaknya. Mak aku biasalah dah anak sakit kan, mesti dia pun terkesan, so untuk Ramadan kali ni kurang ceria untuk kami sekeluarga.
Ya Allah.. ye ke?? Maaf la along tak tahu. Along doakan semoga adik Sha dikurnikan kesembuhan seperti sedia kala.
Amin...thanks atas doa along..