Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Dugaan Ramadan (ver 2)-payung sebelum hujan

Assalam readers,
Sempena penghujung Ramadan ini, aku memohon mana-mana readers yang membaca post ku kali ini agar kiranya dapatlah meluangkan sedikit masa mendoakan kesihatan adikku dari penyakit SLE nya.
Dalam masa 3 minggu di hospital, SLEnya telah menyerang buah pinggang(bocor), limpa(bernanah), jantung(berair), paru-paru(diserang kuman, sehingga 3 hari di ICU), dan kini beliau seperti berhalusinasi dan berdelusi (doktor sedang memantau bahagian kepalanya, risau jika SLE menyerang otak, semalam kepalanya telah discan), kami harap biarlah SLE nya inactive, huhu
Di kesempatan ini juga aku ingin berpesan, jika anda mampu bahagikanlah sedikit wang pendapatan anda untuk insurans kesihatan diri anda. Bagi kes adikku, seawal dia mula bekerja dahulu aku telah berpesan padanya, ambillah insurans. Biarlah ibu bapa kita dulu tidak menyediakannya untuk kita, jadi bila kita dah bekerja, bahagikan sedikit pendapatan untuk itu. Mungkin pesanku ini di ambil enteng, tapi siapa yang boleh mengjakakan apa yang bakal berlaku di masa hadapan.
Kami suami isteri selalu beringat, tak mengapalah tak pergi bercuti ke luar negara, tak mampu pakai kereta mewah, asalkan bekalan untuk diri sendiri dan anak-anak ada disediakan.


Screenshot kisah kawanku yang suamibya juga penghidap SLE, pada awal suaminya diserang SLE, kawanku ini tidak tahu memandu. Hikmah dari kejadian itu, dia kini telah pandai memandu kereta. Sebab itu pesanku, sentiasalah beringat dan bersedia.


0 Response to "Dugaan Ramadan (ver 2)-payung sebelum hujan"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme