Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label Nur Alisya. Show all posts
Showing posts with label Nur Alisya. Show all posts

pandai jugak kayuh

Akhirnya pandai jugak kakak Alisya kayuh beskal..setelah setahun beli..hehehe
Sebenarnya dia ade sejarah hitam masa awal-awal beli beskal ari tu, dia punya nak tunjuk dia bokeh kayuh pada mummy dia ni, sampai terjatuh, bercalar jugak la mulut, jatuh atas tar..huhu lepas dari tu memang dia semacam fobia dengan beskal..
Sampai la 2

Majlis aqiqah untuk Nur Sofea & sambutan hari lahir Nur Alisya

Lama dah nak buat aqiqah untuk si Sofea, tapi baru minggu lepas tercapai hajat, sebabnya, almaklumlah, cuti bersalin hari tu memanglah lama, tapi dah berjauhan dengan daddy, 3 beranak kat Ipoh, daddy keje kat Johor, so paling ideal buat hujung tahun ni, alang-alang dah balik kampung ni kan.


Bergambar dengan kambing Nur Sofea, moga amalan ini diterima.

Jemputan macam biasa, ahli keluarga terdekat and kawan-kawan. Bajet dalam 80-100 orang, sebab kambing tu pun anggaran cukup untuk bilangan tu.
Seronok juga, sesekali berkumpul ramai-ramai, lama dah tak jumpa family sendiri. Kawan-kawan rapat pun ada yang datang, rasa seronok walaupun dapat berjumpa walau sekejap.
Buat majlis simple je, ade kambing, ade hidangan makanan untuk tetamu, ada kek untuk anak aku potong, dah.


Candy buffet ni adik aku yang nak hiaskan, maklumlah orang-orang seni ni lain sikit feel dia bila buat event..layankan..

Aku lemas sebenarnya kalau nak ikut adat ni, tapi kadang2 orang tua nak jugak marhaban la ape la, tu pun aku tegaskan anak-anak aku tak de nak buai2 bagai, budak pun dah pandai merangkak, nak buai mendanya..haha so buat simple-simple je, asalkan aqiqah tu dah buat.

Baju pun kalau tengok, kita recycle je baju raya ari tu, ko bukan retis bajet tamo pakai baju recycle kan..ade aku kesah, yang penting aku tak berhutang. Cuma baju Sofea aku buatkan baju baru, sebab masa raya dia baby lagi, mana muat dah baju tu..hehe


Princess wannabe bergambar dengan familynya, beserta opah & embah. Siap bercrown bagai anak aku tu sekarang, tak pa la kalau kaya macam dato' vida sok mummy tumpang happy..😜
posted from Bloggeroid

Taska Family Day

Before bercuti panjang, taska Alisya buat Family Day, siap parents di sponsor t-shirt, cuma adik-beradik kena tempah lain la, so memandangkan Alisya baru ada sorang adik, mummy pun tempahkan la jugak baju sama untuk si Sofea..hehe

Alisya seronok dapat bersukaneka dengan kawan-kawan dia..Mak Ayah ade jugak games, tapi selebihnya acara makan. Sebab buat bawak makan style pot luck..memang melambak makanan sampai ke tgh hari.

posted from Bloggeroid

Rindu cuti

Almost 2 months kembali bekerja, haihh, rasa rindu pulak masa bercuti bersalin ari tu..
Tengok gambar-gambar dalam henfon ni, terasa rindu pulak spent time dengan mak aku..huhu cengeng eh, dah tua-tua rindu mak..haha suke hati la kan..

Gambar masa makan kat Orchid Bistro AEON St 18, pagi-pagi sampai tengah hari duk umah, jaga anak-anak buah. Petang
mak ayah die dah balik, so kami pun gi cuci-cuci mata, bawak anak-anak berjalan..hehe
posted from Bloggeroid

16mo already

Alhamdulillah..anak dara saya dah 1 tahun 4 bulan semalam..nampak dah perkembangan minda dia, boleh dah fokus nak main blocks bina tower, ikut cara dia..

Makin pandai lari-lari bila nak ikatkan rambut, ajak pegi toilet nak mandi pun nak kene lari kejar dulu, pandai mengusik nak suh orang kejar die (macam la die lari tu laju sangat, kekeke)


 Pagi tadi hujan, nak pegi skool tu dia pun sibuk nak pegang payung (penangan tengok HI-5, episode budak-budak pakai payung time hujan)...
Layankan aje la..
Buat muka tak puas hati bila mummy kata, tutup payung nak masuk dalam kete..

Pakai tudung

Semalam ape angin ntah budak kecik ni nak bertudung..kekeke Lepas aku ajak die solat terus seronok pulak die bertudung..
Lama jugak la die dok bertudung tu..hehe kelako aku tengok budak kecik ni, dah la makin banyak akal..ade je aktiviti die...haihh kalau xde die, gamaknye sunyi lah hidup aku..dok sensorang time pjj dengan daddynye..
Jangan la fokus sangat kat kesemakan rumah aku tu, umah pjj biase la macam umah bujang, barang memang pakai ape yg ade je, senang nak angkut bila pindah nanti..hihi
Biase la..dah jadi mak ni kene sabo, umah semak tu pejam mata je la dulu, asal anak selamat & bahagia..hehe
Alhamdulillah atas kurniaan insan ini ya Allah...

thelifestoryteller were Posted via Blogaway

kemarau & jerebu

pesanan penaja : musim panas ni, banyakkan minum air masak ok..

budak kecik ni pun menyahut seruan minum air masak... :)


14 months old already

Happy 14 months old my dear daughter..
Kejap je rase big girl dah Alisya mummy ni..
Milestonenya dah pandai sebut and faham few words..
Nak, tak nak (nanak), daddy, embah, duduk (dodok), nah, susu (cu), mummy (mi)..haha yang kelakarnye dialog dengan Alisya semalam,
Mummy : Alisya nak makan lagi tak?
Alisya : nanak (sambil geleng kepala)
Mummy : dah kenyang?
Alisya : (geleng kepala)
Haha semua pun dia geleng kepala, belum dapat beza angguk dengan geleng..

thelifestoryteller were posted via Blogaway

ears piercing for Alisya

Terjenguk blog Dr Halina tadi, pasal die piercekan telinga anak die yang kedua, Tasya. 
Kalau ikutkan Alisya and Tasya lebih kurang sama besar je, cuma beza Alisya lahir dalam Dec 2013, Tasya lahir Jan 2014, beza sebulan je diorang ni..hehehe 
Bila dah tengok blog tu aku mula berangan kalau Alisya yang kene pierce, hahaha Mesti nangis jugak lah anak aku ni kalau kena tindik, kui3..

Teringat zaman aku di tindik dulu, tapi aku bertindik pun dah lambat, dah besar umur 5 tahun kot, aku nangis lepas kena tindik, hehehe

Tapi for Alisya tak sesuai kot, biar la die tak berbarang kemas, agak bahaya sebab die kan duk kat taska, so tak berani nak bagi die pakai any barang kemas. 

Aku pun masa kecik mak aku cite pernah kene ragut kat shopping complex, masa tu pegi shopping, ade orang ragur rantai yang aku pakai, mak aku kata masa tu umur aku 2-3 tahun..huhuhu tapi aku pun tak ingat..

Takpe la nak, nanti dah besar sikit mummy daddy belikan Alisya barang kemas ye.. :)

first zoo experience

yeayy!!!! 
I'm so excited, mummy & daddy said they want to bring me to the zoo..!!!!
yihaaaa!!!!

The arrival of Sivaji  the boss Alisya at the zoo..hihi

Mummy is my assistant for today..
Nasib mak long bagi beg pink besar..
Dalam tu ada semua my belonging, susu, baju, pampers, makanan..hehehehe

After paying for the ticket, mummy said we will ride a tram..
so I have to queued up..
ramainye orang...

On the tram, I'm busy pointing to the animals..I saw giraffes, elephants, chimpanzee etc.. 

Ok turun dari tram, daddy said rehat kejap..but I want to have a walk...I saw a baby is crying..hahaha (Alisya memang pantang kalau nampak baby/budak nangis, mesti nak tengok je)

 Ok la lets get some rest..penat sudah...

Lepas ke zoo, kami pergi makan..

Ok la that's all for today..
next time Alisya tulis lagi ye.. :)


seronok berjalan-jalan

Milestone Nur Alisya mula pandai berjalan adalah pada usia dia 1 tahun 1 minggu. 
Mummy & daddy kalah la dengan Alisya..
Mengikut embah & opah Alisya kami pandai jalan umur 1 tahun 3 bulan..
So Alisya advance skit dari kami..hehehehe 


galakan minum air masak

Malas betul nak menulis, nampak sangat aku ni tak de jiwa dalam bab penulisan..
Nampaknye aku kene tukar ke platform tumblr ke, yang lebih ke arah photoblog..
Tengok la kalau rajin nanti..

Sekarang ni Alisya tengah kemaruk minum air masak..
Kalau tak sebelum ni jangan harap la...
Die kemaruk tu sebab guna sippy cup..
Lama dah aku beli sippy cup tu since umur die 6 bulan, tapi masa tu die tak pandai nak guna..

Sekarang dah pandai la die minum guna sippy cup tu, kemaruk la budak kecik ni, mengusung sippy cup nye ke hulu ke hilir..

Ade masa die buat gaya macam siram pokok bunga..Memang abes la basah umah aku..Sabokan aje la, anak tengah nak mengexplore kan..
Tu pasal aku isi air masak je dalam tu, so x de la melekit umah..hehehehe 


 Dalam kete pun nak minum air kononnye, abes baju lencun..

happy 1st birthday Nur Alisya



Alisya Year 1 VS Alisya Day 1
 

Yesterday was my dear Alisya first birthday. We organized a mini celebration for her at our home. Just invited close relatives & neighbours. Start with reciting yassiin, then ' upacara potong cake', and makan-makan.
Thanks guest for coming & also so many thanks for the present from atuk, opah, embah, paman, bibik. 

Published with Blogger-droid v2.0.10

puting botol susu berkerak

Kerap tak puting botol susu anak korang berkerak? Berkerak means, ade macam ketul2 susu melekat especially di celah tepi puting botol susu. Rasanye Alisya ni setiap 2 bulan kena tukar puting botol susu dia. Sebab dah 4 kali aku beli set puting botol dia ni sepanjang setahun ni. 
Aku mencari jugak tips nak bersihkan puting botol and make sure tahan lama puting botol ni. Macam-macam respond aku baca :

1. Ada yang kata kena bersihkan botol susu segera lepas habis anak kita minum susu. (ni memang aku ade apply kat umah, tapi kalau botol kat taska wallahualam la kan)

2. Ada yang kata jenis susu penyebab puting tu senang berkerak atau tak.(ni aku rase sama je..dulu awal2 alisya pakai susu Anmum, and now Dutchbaby, same je..)

3. Ada yang kata guna pembersih jenama pureen tu. (ni memang aku guna)


Puting botol Alisya tu paham-paham la, kalau nak beli, kena beli 2 terus, tak de jual satu, then 2 tu harganya RM 24.90 (standard price) kalau rajin cari la yang ade discount selalu boleh dapat RM19.90, tapi kalau masuk cost pos RM7.00 same gak kan, membazir lagi ada..Kalau nak jimat better beli 2 set, dengan harga RM19.90 & cost post RM7.00, dapat la jimat RM1.00..hahahaha nampak tak permainannya di situ. Nasib la Alisya, ko dapat mak lecturer maths + berjimat cermat ni..:P

ni baru sampai semalam..thanks to www.littlewhiz.com.. :)

Bukan tak cuba bagi Alisya botol yang guna puting susu biasa, tapi die tak mau..so mummy redha je la sayang...(T_T)

stand up


Alhamdulillah pandai dah berdiri sendiri at the age of 11months 3 days, lepas ni boleh practice jalan pulak ok sayang..tak kisah la cepat ke lambat ke, asalkan anak mummy membesar dengan sihat & sempurna..ameenn....
Published with Blogger-droid v2.0.10

pengemas sangat

Dapat whatsapp dari pengurus taska Alisya ari tu..  
hehehe mengemas beg kawan-kawan die pulak..nasib la asalkan ko bahagia nak..

p/s : sekarang Alisya dah mula bijak, pagi-pagi nak kene tinggal kat taska mula la nangis..
Adoi, kalau anak nangis, mula la hati tak syok nak keje...

happy 11months old Alisya


Alisya on 23112013

Happy 11months old my dear baby Nur Alisya..mummy & daddy love you so much..Grow up happily and we'll try our very best to be a good parent to you sayang..
Published with Blogger-droid v2.0.10

heavenly weekend


heaven little princess ni landing-landing, tido-tido, hehehe

status maknye di BITSTRIP pun terasa heaven melayan wiken yang heaven..


Perghhh...syok rasenye weekend yang lepas..bukan ape, al-kisah setelah melalui minggu-minggu yang tak syok, dengan aku demam la, keje yang menimbun la..weekend lepas memang betul-betul lepak..hehe kalau encik hubby ade lagi syok..
Tapi encik hubby aku kene berkursus pulak, jadi die kene korbankan hari minggu dengan travel ke tempat kursus..Alisya pulak, dah fobia kene tinggal, die macam sangat seronok dok kat umah dari pegi umah mak aku..sudahnye, aku lepak je dengan Alisya kat umah..
Tak payah nak masak untuk lunch..pagi-pagi aku dah buat bekpes nasi goreng + teh susu..perghhh, so masa lunch aku belasah je nasi goreng bekpes tadi..
Alisya pun tak berapa nak sihat, batuk & selsema..so die agak slow down skit la banyak baring, guling-guling, tido...
Aku tengok tv sampai lebam..lama betul aku x buat aktiviti macam tu, dulu time single selalu la melayan tv sampai lebam. 
Lepas dah puas layan tv, nak masuk asar dah pun..Alisya pun dah bangun mula aktiviti meligat die, ligat manjat sofa pulak sekarang ni..bile dah boring mule la die nak panjat aku pulak, main anak tudung aku la, aku tak layan, die mule merengek nak mintak dukung..
so aku pun calling2 mak aku tanye nak kuar jenjalan tak..sambil aku nak gi cari minyak angin untuk Alisya (yang ade tu dah hilang die buat main, mane ntah tak jumpe)..
Hari hujan pulak, ingat nak bagi Alisya men taman..last2 singgah tesco je la, men menan goyang2 masuk duit singgit..peh tu makan petang merangkap dinner..
Hujung minggu merehatkan badan memang heaven.....

Published with Blogger-droid v2.0.10

child emotion





Salam Jumuah..ketika aku menulis ni, Alisya sedang lena tido die sebelah..lama rasenye tak menulis, nak jenguk blog pun dah tak sempat..banyak sangat workload yang perlu diselesaikan..

Minggu ni pulak, macam-macam jadi pada aku dan Alisya..

Alkisahnya macam ni, dah lama bos aku maklumkan yang selasa 12/11 ni aku kena ke Putrajaya..so lepas dah discuss dengan hubby, kami fikir elok kiranya tinggalkan Alisya di Ipoh..sebab takut awal2 pagi aku dah nak gerak ke putrajaya dan balik pun pasti hari dah gelap..

So hari Isnin lepas aku pun tinggalkan Alisya di rumah ibuku...memang bukan mudah..rasenye 2 jam sekali mesti aku telefon nak bercakap dengan Alisya..malam tu pun aku buat video call nampak Alisya happy je..aku pun terubat sikit rindu, tapi ambil masa juga nak tido..maklumlah dari hati bersalinkan die, mana pernah berpisah..huhu

Selasa pagi, aku pun bergerak ke putrajaya..Selesai urusan di putrajaya, malam sekitar jam 7.30 aku smpi di rumah..Aku telefon Alisya...Tapi aku dengar suaranya menangis macam nak ceritakan sesuatu..Terus aku siap balik Ipoh malam tu jugak..Sampai di Ipoh around 9.30 malam, aku pegang badan Alisya dah panas..mak aku kata lepas aku called tu die nangis-nangis dan badannya mula panas..Malam tu aku tido di Ipoh, dan esok pagi bergegas balik semula ke Behrang, bersama Alisya..

Nampak mukanya suka, sebab aku bawak die sekali..Pagi tu terus aku hantar die ke taska, tengah hari pegi jenguk sekejap, rasa badannya masih panas..So aku pun kesian, ambil la die, aku bawak ke office..

Malam tu gembira je die bermain-main..Kesian aku tengok die..

Lepas ni aku akan fikir bukan setakat 2 3 kali kalau nak tinggalkan Alisya..malah beratus-ratus kali..asalkan die x berpisah tido dengan aku..huhu

Sampai ke hari ni, nampak die fobia lagi kalau aku pegi mana-mana walaupun ke dapur pun  mesti nak ikut...huhu kesian Alisya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

weekday routines





Lepas je habis cuti bersalin it means that, my life routine would be totally change..sekarang dah ada 1 lagi tanggungjawab, iaitu menjaga amanah mendidik insan kecil yang di panggil anak.
So saje-saje la lepas dah hampir 10 bulan melahirkan Alisya, aku nak clarify skit aktiviti harian ku during hari bekerja (jauh dari suami, jauh dari keluarga)

Isnin 5 pagi paling lewat, mesti dah bangun, siap-siap bekpes apa adenye bersama suami, tukar pampers si kecik. Masukkan barang ke kereta, lepas solat subuh, bertebarlah kami keluar mencari rezeki (around 6 am +-). Sepabjang perjalanan melalui highway PLUS tu, pernah 1 hari aku nak ke toilet sangat, tak boleh nak tahan dah, aku tinggalkan Alisya kejap (die tido),kunci kereta, cepat2 lepaskan hajat-Allah je lah yang melindungi kami. Pernah jugak Alisya melepaskan hajat, ape lagi die bising la tak selesa, mintak di cuci. Berhentilah jugak kat RnR mencuci hasil die tu.

Sampai around 7.40, hantar Alisya ke taska, then shoot terus ke office. 
Lunch hour balik rumah (hantar barang(pampers, susu, ubat2) ke rumah). Kemas rumah, vacuum, cuci toilet. Pukul 2 masuk office balik.


Masa awal-awal dulu lagi teruk, buat stok susu, kene la pump susu, tiap-tiap hari balik time lunch. Memang kering aku jadinya, semua orang tegur kata aku kurus & cengkung (nampak penat).
Sekarang ok la lepas 8 bulan Alisya dah tak mo bf, mungkin die pun kesian kat mummy die ni, df pun die tak mo.

Pukul 5 pm terus balik amik anak, naik lagi rumah di kayangan tingkat 4 tu, melayan tuan puteri ku main-main kejap. Luckily Alisya dah siap mandi kat taska. Kalau housemate dah balik awal, mintak tolong die tgkkan kejap Alisya, sementara aku mandi. Pernah jugak aku angkut skali Alisya mandi dengan aku bile housemate tak de, no choice kan, dari di biarkan die sorang-sorang kat luar.

Dinner selalunya minum esp + roti je..kalau terasa boring aku beli la lauk, tinggal nak masak nasi je..tapi jarang sangat, sebab penat dah rase nak makan.

Kalau kene hari cuci kain (selalunya aku basuh kain 2 kali seminggu) mesin basuh manual pulak tu, kene tukar2 air, leceh gak. Tapi tu pun Alhamdulillah, x-housemate tinggalkan hehehe..dah basuh, sidai kain bersama Alisya la, die pun nak join tolong sidai kain.

Alisya tido paling lewat kul 10.30 pm. Time die tido tu la aku nak iron baju ke buat ape yang patut, tu pun kalau larat, kalau tak aku tido jugak la.

Hari-hari lain, bangun seawal 6 am, dengan harapan Alisya tak bangun lagi..penah jugak beberapa kali die bangun awal..Takkan aku nak panggil housemate aku tengokkan Alisya pagi2 subuh tu, so aku pun lekakan die dengan tengok kartun upin ipin ke ape2 la, tapi tetap tak tenangnye die, mane boleh die tak nampak maknye, mencari la die..ape lagi mandi koboi la aku, kui3..nasib toilet dalam bilik.

Macam tu la life aku Isnin sampai Jumaat. Jumaat petang amik Alisya dari taska, terus shoot balik Ipoh. Ada masa Alisya bad mood die tak nak duk dalam car seat, kerap la aku berhenti kat lorong kecemasan tu. Pernah gak die melepas hajat, terpaksa la cari RnR, nak cuci hasil die..

Macam tu lah rutin harian ku bersama anak kesayangan ni. Memang tak gemuk la aku dengan rutin yang macam ni, hehe Bile dikenang-kenang, memang pengalaman yang sangat berharga..Kalau pun dikurniakan anak lain nanti, pengalaman aku dengan Alisya ni memang special sket la (memang la kan, pengalaman dengan setiap anak adalah berbeza). Kadang-kadang bile die tido, sayu je tengok, kecik-kecik dah angkut merata-rata.

Ok lah, sok nak pulang, tido awal..nite2 peeps..
Published with Blogger-droid v2.0.10

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme