weekday routines
Lepas je habis cuti bersalin it means that, my life routine would be totally change..sekarang dah ada 1 lagi tanggungjawab, iaitu menjaga amanah mendidik insan kecil yang di panggil anak.
So saje-saje la lepas dah hampir 10 bulan melahirkan Alisya, aku nak clarify skit aktiviti harian ku during hari bekerja (jauh dari suami, jauh dari keluarga)
Isnin 5 pagi paling lewat, mesti dah bangun, siap-siap bekpes apa adenye bersama suami, tukar pampers si kecik. Masukkan barang ke kereta, lepas solat subuh, bertebarlah kami keluar mencari rezeki (around 6 am +-). Sepabjang perjalanan melalui highway PLUS tu, pernah 1 hari aku nak ke toilet sangat, tak boleh nak tahan dah, aku tinggalkan Alisya kejap (die tido),kunci kereta, cepat2 lepaskan hajat-Allah je lah yang melindungi kami. Pernah jugak Alisya melepaskan hajat, ape lagi die bising la tak selesa, mintak di cuci. Berhentilah jugak kat RnR mencuci hasil die tu.
Sampai around 7.40, hantar Alisya ke taska, then shoot terus ke office.
Lunch hour balik rumah (hantar barang(pampers, susu, ubat2) ke rumah). Kemas rumah, vacuum, cuci toilet. Pukul 2 masuk office balik.
Masa awal-awal dulu lagi teruk, buat stok susu, kene la pump susu, tiap-tiap hari balik time lunch. Memang kering aku jadinya, semua orang tegur kata aku kurus & cengkung (nampak penat).
Sekarang ok la lepas 8 bulan Alisya dah tak mo bf, mungkin die pun kesian kat mummy die ni, df pun die tak mo.
Pukul 5 pm terus balik amik anak, naik lagi rumah di kayangan tingkat 4 tu, melayan tuan puteri ku main-main kejap. Luckily Alisya dah siap mandi kat taska. Kalau housemate dah balik awal, mintak tolong die tgkkan kejap Alisya, sementara aku mandi. Pernah jugak aku angkut skali Alisya mandi dengan aku bile housemate tak de, no choice kan, dari di biarkan die sorang-sorang kat luar.
Dinner selalunya minum esp + roti je..kalau terasa boring aku beli la lauk, tinggal nak masak nasi je..tapi jarang sangat, sebab penat dah rase nak makan.
Kalau kene hari cuci kain (selalunya aku basuh kain 2 kali seminggu) mesin basuh manual pulak tu, kene tukar2 air, leceh gak. Tapi tu pun Alhamdulillah, x-housemate tinggalkan hehehe..dah basuh, sidai kain bersama Alisya la, die pun nak join tolong sidai kain.
Alisya tido paling lewat kul 10.30 pm. Time die tido tu la aku nak iron baju ke buat ape yang patut, tu pun kalau larat, kalau tak aku tido jugak la.
Hari-hari lain, bangun seawal 6 am, dengan harapan Alisya tak bangun lagi..penah jugak beberapa kali die bangun awal..Takkan aku nak panggil housemate aku tengokkan Alisya pagi2 subuh tu, so aku pun lekakan die dengan tengok kartun upin ipin ke ape2 la, tapi tetap tak tenangnye die, mane boleh die tak nampak maknye, mencari la die..ape lagi mandi koboi la aku, kui3..nasib toilet dalam bilik.
Macam tu la life aku Isnin sampai Jumaat. Jumaat petang amik Alisya dari taska, terus shoot balik Ipoh. Ada masa Alisya bad mood die tak nak duk dalam car seat, kerap la aku berhenti kat lorong kecemasan tu. Pernah gak die melepas hajat, terpaksa la cari RnR, nak cuci hasil die..
Macam tu lah rutin harian ku bersama anak kesayangan ni. Memang tak gemuk la aku dengan rutin yang macam ni, hehe Bile dikenang-kenang, memang pengalaman yang sangat berharga..Kalau pun dikurniakan anak lain nanti, pengalaman aku dengan Alisya ni memang special sket la (memang la kan, pengalaman dengan setiap anak adalah berbeza). Kadang-kadang bile die tido, sayu je tengok, kecik-kecik dah angkut merata-rata.
Ok lah, sok nak pulang, tido awal..nite2 peeps..
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 Response to "weekday routines"
Post a Comment