Soalan Sensitif

Sangat allergic kalau aku dengar orang tanya,

"Bila nak kahwin?"

"Bila nak mengandung?"

Pernah tak orang yang bertanya tu terfikir yang soalan tu sama jugak macam tanya "Bila nak mati?" Ye lah, sebab ajal, maut, hidup, mati tu kan semua urusan Allah. So kalau korang tanya soalan bab jodoh, anak, tu bukan ke sama bab dengan mati, bukan kuasa kite la wehhh..

Lagi rase nak bagi tazkirah je bila ade orang cakap,

"Kahwin cepat, nak tunggu ape lagi.."

"Mengandunglah sekarang, nanti dah tua susah.."

HELLO!!!!! Korang yang bertanya tu Tuhan ke?boleh buat
kat kawan tu bagi die kahwin, lepas tu dah kahwin terus bunting pelamin, ish3..


Aku faham perasaan insan-insan yang masih mencari/menunggu jodohnya tiba & yang masih berusaha mendapatkan cahaya mata. Jadi kita masyarakat sekeliling ni janganlah menambah keresahan diorang dengan bertanya soalan-soalan yang sensitif. Kalau die tak kahwin pun, ade susahkan korang ke? ade ekonomi hidup korang jadi merosot??? Kalau die belum ade anak lagi, ade die pegi kacau anak korang, malam-malam ketuk pintu meracau cari korang???ade ke????Jadi, sudah-sudah la jaga tepi kain orang tak tentu pasal.



Last week aku tengok cerita "Artis Pun Bertuhan", cerita tu membuatkan aku terfikir, kadang-kadang orang kita ni terlalu sibukkan sangat dengan hal orang sampaikan die lupa yang die tu sebenarnya lagi teruk. Kite sibuk kata orang tu tak baik, orang ni salah, tapi cuba muhasabah diri kite tu, baik ke???diri kite tu betul ke???tetttttt!!!!

0 Response to "Soalan Sensitif"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme