aku yang dulu bukan engkau yang sekarang

Dulu aku pergi sekolah seawal pukul 6.30 pagi. Sampaikan cikgu bagi amanah pada murid 10 tahun ni untuk pegang kunci kelas, sebab cikgu datang lambat, takut nanti murid lain ternanti-nanti. 

Sekarang engkau datang kelas 30 minit lepas cikgu dekat depan ni dah mula mula mengajar. Itupun 30 min lewat tu kira lewat yang boleh di kaw-tim katanya..

Dulu aku takut nak ketuk pintu bilik lecturer, sampaikan testing ayat 2 3 kali, takut tersalah sebut atau tersalah tanya.

Sekarang engkau jangankan ucapan salam, meluru je masuk terjenguk-jenguk macam zirafah. Bila ditanya, 'cari siapa' Buat bodoh, terus beredar. Hamboih...mana adab mu anak bangsa???!!!!

Dulu aku mengusung laptop 3 kilo ke sana sini dengan rasa bangga. Pembelian ibu ayah dengan harapan anaknya berjaya. 

Sekarang engkau, ultrabook sekilo tu pun engkau kata berat. Sanggup ulang alik, datang lewat ke kelas semata nak ambil menda alah tu. Otak letak kat mana???

Dulu mula semester aku berambat ke bookstore nak cari buku, walaupun bayang baucer buku untuk pelajar mungkin belum di drafkan lagi pemberiannya. 3 4 harga ratus buku, PTPTN kan ado..

Sekarang engkau PTPTN ado, baucer buku 150 hengget, tapi test-pad sehelai pun mintak kawan sebelah. Tak diberi, mungkin nanti dikondem, serba salah kawan dibuatnya. Apa kau ingat mak ayah die bagi duit belanja untuk 1 kelas ke???Baucer buku kau pegi mana????

Dulu aku pegi library kalau nak cari buku, mane mampu nak beli semua buku. Sambil-sambil boleh juga guna internet di library. 

Sekarang engkau, wi fi bersepah, handphone tak kurang 1, tinggal bijak nak guna atau tak je..Itu pun otak masih lembab tak nak pikir..

Dulu aku walau masih mentah, perintah wajib dari Yang Atas tak pernah di lalaikan.

Sekarang engkau, terang-terang mengaku dah lama tak sujud.

Aku malas dah nak taip panjang-panjang, pikirlah wahai anak bangsa. Pendidikmu ini risaukan kalian..

Risaukan untung nasib agama & negara kita. Kalau kalian tak sedar sekarang, bila lagi???? 

Dalam senyum aku terfikir, manakan tau, kot esok-esok terkait jadi sedara. Jadi cepat-cepatlah berubah, dunia kita bukan makin muda, manusia akhir zaman gelaran untuk kita jangan dilupa.

0 Response to "aku yang dulu bukan engkau yang sekarang"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme