Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers
Showing posts with label poli oh lali.... Show all posts
Showing posts with label poli oh lali.... Show all posts

Temuduga HLP

Assalam readers,
Kali ni rajin sikit nk menulis, sebab nak share pengalaman interview biasiswa Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Bukan apa, sebab masa aku nak prepare for inerview ni aku pun dok menggoogle apa yang diorang share, so terima kasih sangat pada yang rajin menulis pengalaman anda. Jadi aku pun nak share, supaya nnt orang lain pulak boleh baca mana-mana tips yang berguna.

Untuk temuduga ni,first of all,
1. Kena tunggu iklan la, di website kementerian masing-masing yang ada tawarkan biasiswa ni. Biasiswa ni untuk postgrad program master/phd
2. Isi borang online, then kena prepare proposal berkaitan bidang yang kita nak pursue study tu
3. Within 2 weeks, result panggilan interview pun keluar. Masa ni kami pun pelik sebab ade yanh tak di panggil, mungkin dah dibuat penilaian pemilihan untuk ke interview.
4. Prepare semua dokumen yang diminta seperti dalam surat panggilan.

Hari temuduga
1. Hadir awal di tempat temuduga, sebab nanti kena ambil no giliran untuk ditemuduga. Kalau macam aku, jenis yang suka settle awal, aku akan make sure aku jadi orang yang awal, supaya tak perlu nak menunggu lama penuh debaran. Menunggu tu rasa macam nak beranak..hahaha

2. Soalan yang ditanya oleh panel sepanjang sesi temuduga :
i. Brief description about yourself
ii. Did you aware of any bonding for this scholarship, can you jump to other institution.
iii. Current issues regarding your selected course.
iv. Why did you choose this course.
v. Your contribution to ministry & country after you've finish your study
vi. Tell a bit about PPPM PT, the relation between the plan and your job.

Haaahhh..tu lah antara soalan-soalan yang ditanya, aku dapat menjawab semuanya, betul ke salah, yang penting confident kena ada..haha tapi yang penting, bila panel soal in English, so kita kena converse back in English juga la ye.

Pakaian masa nak interview kena la kemas, formal, name tag pakai.

So lepas ni tunggu je la result berjaya ke tak kan..yang penting pengalaman tu. Moga yang memohon untuk sesi kali ni berjaya, amin..


posted from Bloggeroid

throwback yesterday "Majlis Penyerahan Pesawat MAS ke Politeknik Banting"

Alkisah semalam punya cerita, ada "Majlis Penyerahan Pesawat MAS kepada Politeknik Banting", so kami pun dapat la jemputan untuk memeriahkan majlis.

gambar kenangan/bukti kehadiran... :p


Untuk makluman, Politeknik Banting ni ada course aviation aka penerbangan, so sapa-sapa yang berminat nak hantar anak belajar course ni dengan harga yuran yang sudah tentunya jauh lebih murah dari yuran belajar di akademi swasta, mari la mendaftar di politeknik.

Baru pertama kali menjejakkan kaki ke politeknik ni, mak aihhh memang jauh la nak sampai masuk ke politeknik ni (sebab dah terbiasa politeknik tempat aku ni tepi jalan ja). Tapi syok la politeknik baru, facilities memang baru-baru lagi semuanya.

Majlis tu dirasmikan oleh TPM kita, sebab tu la kot panggil semua adik-beradik politeknik seluruh Malaysia, meramaikan majlis. Ade jugak pelajar-pelajar sekolah berhampiran, IPT & organisasi kerajaan yang datang. Lepas TPM dah rasmi tu, dibuka peluang untuk naik ke pesawat, ramai la yang amik peluang beratur nak merasa tengok isi dalam pesawat MAS. Aku and the geng tak larat la nak beratur, ketiak dah basah, sebab duk dalam hangar tu dah berpeluh lecak, lagipun bagi can budak-budak sekolah yang nampak excited nak naik pesawat tu (masa ni aku nampak mencabar keje cikgu sekolah, kene teman anak murid naik pesawat, kene beratur sekali, fuhhh, masa ni aku rasa bersyukur dengan kerja aku sekarang, at least kalau students aku nak beratur aku x payah baratur sekali, jaga budak beso tak susah sangat, hehehe)

Usai majlis dalam pukul 4.30ptg, kami pun bertolak balik ke Perak. Sampai dalam pukul 9 malam, nasib baik Alisya ada dengan daddy dia, kalau tak terkejar-kejar la aku nak amik anak lagi.

bile nak siap nih????


Bile la nak siap ni weh..huhuhuhu...
Baru bab 1 dari tahun lepas [stop kejap sebab cuti bersalin]
Ni baru dapat mood nak sambung balik..

I just wondering..
Bila dah banyak sangat buku dipasaran, selari dengan kecanggihan teknologi..
Ade lagi ke orang nak beli buku????
Atau sekadar terbit, tapi.......
projek gajah putih jugak pengakhirannya..
huhuhuhu..

p/s : jangan ghairah sangat nak terbit buku, kalau duk plagiat dari Internet/sumber lain..Bukan setakat salah disisi undang-undang, tapi keberkatan rezeki nak bagi family makan, nak jadi darah daging anak, cucu, cicit, piut-miut..Sekadar peringatan untuk diri sendiri & kawan-kawan..

Pak Cik Hebat Maths


5 years of???

1 august 2007 - 1 august 2012

Semalam genap 5 tahun aku berkhidmat di PSAS. Orang kata, once u've enter into a government instituition, sampai pencen kita akan berkhidmat dengan gov, especially kaum wanita macam aku ni, tak de aku rasa nak tukar kerja, selesa dah rasanya dengan kerja ni..Tapi pendapat tu mungkin berbeza bagi orang lain, ye lah 'lain padang lain belalang, lain orang lain pendapatnya'.

Teringat masa 1st day aku datang lapor diri, pukul 6 pagi aku dah bertolak dari Ipoh, masa tu pakai kereta arwah bapak, Iswara Hijau (ade lagi kat umah kete tu), berkebaya hijau (baju tu pun aku dah x muat, maklumla pewot dah membesar sekarang ni), muda remaja lagi masa tu, hahaha..

Semangat aku nak lapor diri sebab dapat kerja gov, pas ni aku tak yah pening nak cari kerja lain, sebab memang aku set dalam mind, lepas habis belajar, aku nak kerja gov, aku mesti usaha dapatkan jugak, hehehe sebab aku ni jenis malas dah nak cari-cari kerja lain, and aku bukan jenis suka lompat-lompat kerja (before ni aku kerja dengan private college).

Bila teringat-ingat balik, dengan kerja ni la, aku dapat beli keperluan hidup macam kereta, rumah and barang-barang lain yang aku rasa nak beli..Lepas la nak bagi mak aku merasa duit gaji aku tiap-tiap bulan, nak makan apa yang aku rasa aku nak makan, Alhamdulillah...Berjalan pun rasanya dah puas aku jalan-jalan cuti-cuti, cuma aku belum sempat nak gi berjalan-jalan oversea je lagi. Dulu masa zaman-zaman single kawan-kawan ajak, aku pulak ade je halnye, tak pe la, nanti ade la rezeki tu kan..(hah sudah baby ngidam nak gi oversea la pulak en suami, kui3). 

5 tahun kerja ni, macam-macam jugak aku dah hadap, suka duka, pengarah pun dah bertukar 3 orang, ketua jabatan pun 2 orang aku dah merasa, di bawah pimpinan diorang..and dah pernah dapat APC kira ok la kan, hehehe..

Dalam 5 tahun ni jugak aku tak pernah fail balik setiap minggu ke Ipoh, wohhhh, kalau kira duit dah tabur atas jalan berapa dah agaknye ye..Bukan nak berkira sangat pasal duit tu, cuma family bonding tu yang penting kan..Tu la aku harap-harap biar la tengah muda, and tengah larat ni aku bersusah-susah dulu, jangan la bila dah tua-tua sok dihantarnya aku berkhidmat kat tempat yang jauh dari family..Tak sanggup aku nak bayangkan diri aku drive jauh-jauh macam ade staf-staf yang dah berusia yang dipindahkan ke sini, macam x-pengarah aku tu, huhuhu kesian (bila anak-anak dah besar and suami/isteri pun ade kerjaya sendiri confirm diorang pun ade je kekangan nak ikut kite bertugas kat tempat baru, so terpaksa la berulang jauh). Harapnya bila aku dah tua nanti, aku senang pergi kerja, anak-anak pun tak terabai, tak de la anak-anak memberontak, sebab kurang kasih sayang... 

Aku tak tau ape akan jadi di masa akan datang, tapi 5 tahun yang aku dah lalui kat sini, sedikit sebanyak, tapi rasanya banyak jugak kot, rasa sayang aku kat institusi ni...Tapi entahla, mungkin ni tahun terakhir aku kat sini, next year berpindah mengikut suami pulak, Insyaallah, aminnnn..

mix update

New Semester
hohoho, lamanya tak update...super busy to the max!!!! this semester I dah resigned jadi SU department, I cakap I dah bosan kat boss, I nak pegang portfolio baru, then I dapat jadi jawatankuasa timetable, memang seronok, tapi pening, huhuhu tak tau mana satu yang lebih, seronok or pening, kui3..Seronok bila kita dapat arrange timetable kita sendiri, tapi pening bila have to deal dengan last minute changes...Class pulak baru start 2 hari, baru masuk 4 classes, so far budak-budak okay je, sengal-sengal ubi tu biasa la kan, hehehe layankan je la, selagi larat..Ade ke patut mak buyung perut dah tersembul ni di tanya dah kawin ke belum..haiyooo, kesian hubby I tau, u all ni tanya soalan macam tu, cuba la tengok orang dulu bila nak tanya soalan tu..

Life Progress
My life progress seperti biasa, cumanya sekarang ni jalan jauh sikit pun dah mengah-mengah, hehehe tanggung je la kan..Alhamdulillah no more alahan, semua dah seperti sedia kala, and hopefully it will last until I'm safely deliver, Amin, Insyaallah..Cumanya sekarang ni sejak budak tecik ni dah pandai kicking/ketuk-ketuk, kadang-kadang sakit jugak di buatnya kat bahagian bawah rusuk ni..Kelakar je bila dapat rasa die ketuk2 tu..Tapi kalau time sakit tu, nak duduk pun tak boleh, kalau dalam kereta pun kene turunkan seat, kene baring..huhuhu Mula-mula dulu risau jugak, kot ade penyakit lain ke, then bila tanya-tanya kawan and baca kat forum, it's normal rupenye sebab die dah grow up and space dah makin sempitkan kat dalam tu..hehehe

ok lah lenguh dah duk lama-lama, it's time to guling-guling plak, merehatkan badan..

aku malas nak buat..

semalam sedang aku menulis di whiteboard di depan class, aku terdengar perbualan ni..


student A : eh, ko dapat buat tak soalan yang dia(merujuk kepada aku la tu) bagi ari Isnin tu?
student B : aku tak buat pun, aku malas nak buat..

aku nak tanya korang, 

kalau korang berada di tempat aku, apa respond korang lepas dengar kenyataan macam tu?
A. terus pegi sepak budak tu.
B. buat-buat tanya, "sapa yang bercakap tu?!!!"
C. ambik barang-barang terus keluar class
D. buat tak tau je..
E. semua di atas

Jawapan aku ialah aku buat yang D..sebab aku cuba kawal emosi..

Huhuhu, tapi sebenarnya aku sedih sangat, hati aku terusik, kadang-kadang aku terfikir, adakah kerana aku sedang dalam 'keadaan' macam ni, so keadaan sekeliling banyak menduga kesabaran aku..
Tapi bila aku fikir balik, kejam kah aku, dengan memberi latihan supaya dia boleh refresh balik bila lepas class nanti, bukan aku suruh dia buat keje susah sampai nak terkeluar otak, 2 soalan yang takat 30 min pun boleh siap..

Ataupun, adakah kerana latihan yang aku beri tu tak de markah untuk carry marks, jadinya dia rasa tak penting..huhu jadi semua benda yang dia buat tu tak ikhlas la, pada hal kalau aku jahat, aku ni tak kesiankan diorang yang dah repeat buat kali kedua tu, aku biarkan je, aku setakat ajar pompang pompang bercakap dalam class then ko pandai-pandai la sendiri macam yang memang di apply di universiti..huhuhu

Pelajar-pelajar ni sedar tak yang diorang ni sangat beruntung, diadakan institusi separa profesional macam ni sebab nak bagi diorang tu peluang belajar, supaya diorang tu ada hala tuju, supaya diorang tak jadi macam remaja di negara lain yang belajar pun kena tanggung sendiri, sudahnya remaja negara tu jadi budak jalanan, berpeleseran. Diorang sedar tak yang budak sebaya diorang yang pandai-pandai dah pegi ke universiti, yang kurang bagus sikit resultnya, tapi berkemampuan pergi ke private universiti, so diorang yang tinggal ni golongan ke berapa??? ishhh tu pun masih nak senang-senang hati, patutnya kene susah hati, belajar betul-betul, peluang depan mata kot. Bila dah fail, kita siap bagi peluang, boleh ambil masa short sem dengan bayaran sebanyak, FREE!!, cuma bayar yuran asrama je, tu pun kalau ko nak stay kat asrama la..kalau kat universiti short sem kene bayar kot, ikut berapa subjek ko ambil.

Sebenarnya aku dah lupakan hal ni, tapi pagi ni aku jadi teringat balik, aku salurkan melalui penulisan kat blog ni sebab aku tak nak nanti fikiran dan perasaan aku terbawak-bawak ke dalam kelas dan bila aku tengok muka budak tu, aku jadi tak ikhlas mengajar, huhu jadi macam ibu yang marahkan anaknya, korang tau kan kalau mak marah kita, tak berkat hidup kita, aku tak suka jadi macam tu, aku cuba nak lupakan, sebab aku tau, kalau aku tak redha nanti budak tu susah nak dapat ilmu yang aku sampaikan..

Adab menuntut ilmu oleh Imam Al-Ghazali
1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan- ikut jantina
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru
5. Jangan menyangkal kata-kata guru
6. Jangan mengumpat pelajar lain
7. Jangan berbisik di hadapan guru
8. Jangan berpaling kiri dan kanan
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan
10. Berdiri apabila guru bangun
11 Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali
12 Rujuk guru dalam memilih ilmu
13 Jangan duduk tempat guru
14. Jangan berjalan dihadapan guru kecuali darurat
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya
17. Muliakan anak-anak guru
18. Selalu berhubung dengan guru
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.

All The Best

Ungkapan yang selalu kita dengar, seperti kata-kata semangat yang lain, sebenarnya aku prefer gunakan "All The Best" daripada "Good Luck" sebab terikut sorang cikgu masa zaman sekolah dulu, cikgu biasa la kan, dia adalah influence yang besar terhadap murid-murid, ada sorang cikgu English ni bagitau, ucapan "All The Best" tu lebih baik daripada "Good Luck" sebab cikgu tu cakap la kan, kalau orang ucap kat kita "Good Luck" seolah-olah kita hanya bersandar kepada "luck" atau tuah untuk perkara tu menjadi baik/sukses, tapi bila orang ucap kat kita "All The Best" bermaksud dia mendoakan kita buat yang terbaik, untuk dapat yang terbaik. 

Korang paham tak ape yang aku bebel panjang-panjang ni, hehehee so sejak dari hari tu, aku pun dah terikut, sampai la sekarang ni, kalau aku nak ucap kat orang aku prefer guna "All The Best". Tapi bukan itu isunya, isu yang utama untuk entri ni adalah Exam's Week yang akan menghantui semua penuntut IPT, termasuklah students ku. 

So aku dah bagi yang sebaiknya ilmu untuk semua pelajar, harap diorang buat lah yang sebaiknya. Kadang-kadang result final tu bukan lah penentu kehidupan kita pada masa akan datang. Korang pernah terfikir tak, bila kita tengok orang tu, masa zaman belajar dulu, bukannya scorer pun, tapi dia boleh success dalam hidup. Ada jugak yang dulu top scorer, tapi sekarang ni hidup dia so-so je. Bagi aku itu semua ketentuan dan macam mana kita dapatkan kejayaan tu. Aku selalu pesan pada students, 

"Memang dengan meniru, awak dapat full marks, awak rasa happy, tapi hidup awak tak berakhir dengan dapat full marks je, lepas ni ada banyak lagi yang awak kena tempuh, dan setiap apa yang awak bakal tempuh tu, semuanya ada kesan daripada apa yang kita buat pada masa ni. Esok walaupun awak scorer, tapi awak jangan terkejut, kalau awak apply universiti tak dapat, apply kerja tak dapat, tapi kawan awak yang dapat markah biasa-biasa tapi tak meniru tu senang je dapat, masa tu nanti barulah awak terfikir sebab apa??


So next week pun dah nak exam, jadi "All The Best" untuk semua yang bakal menduduki peperiksaan.

p/s: Alhamdulillah semester ni aku tak jadi ketua exam, kalau tak semput jugak la aku nak ulang-alik amik papers & hantar papers..

rehat sebentar



hari ni hari paling rajin,dari pagi sampai la ni dok siapkan kerja,pulun siapkan sebab esok nak cuti, next week ada pihak-pihak luar yg nak datang nak menjenguk cara kami bekerja, so kene la siapkan semua files, tapi petang-petang yang lemau ni jom la kita berehat sat,td lunch hour rehat kejap je pun,g makan pas tu sambung wat keje, so kira ni qada' balik la kan..hehehe

Published with Blogger-droid v2.0.4

hi-tea~

Venue: Hall
Time : 2.45 pm - 5.00 pm
Theme : 'suasana desa'

all the food pun ala-ala desa gitewww..

in lucky draw i dapat angpow..:) 
[pengarah did say something masa bagi tu, but i pretend macam dgr,sebenarnye x dgr,sengih je..kui3]


Published with Blogger-droid v2.0.4

shark x-calibur


Shark X-Calibur from Proton...
sekali tengok memang macam jerung kan, kui3, ntahla..tak sempat nak tengok dari dekat pun sebenarnye, tadi busy dok melayan pak menteri, oopppssss bukan layan tu ye, maksudnye melancarkan perjalanan majlis, tadi ade sambutan poli tu 10 tahun, 
so x sempat nak jenguk booths pameran..
kuciwa gak la, gambar ni pun ihsan budak-budak kat fb tu..

nak sabar macam mana lagi? (ver 2)



pagi-pagi lagi mail inbox received 

ni dari pegawai same level :
[kalau tengok masa tu dapat since semalam tapi sebab ke class so tak sempat nak baca] : 

saya reply : 

balasannya :

then, i received pulak dari pegawai atas sikit, gred sama tapi senior la 
[nampak tak kalau dia bagi kat kite je tak pe lagi, ni siap forward (tengok kat cc tu) ke bos besar tau, konon-konon nak mengingatkan@nak kata kite tak buat keje la tu]


 i replied [kena bersihkan nama, i forward jugak ke bos besar] :

tak nak kalah, reply lagi :


last-last i dah fed up, i call je terus :

me : saya dah call pelajar tu, apa lagi usaha yang saya ada kalau dah pelajar tu sendiri yang tak nak datang.
pegawai tu : ye ke, tak pe la cube la cakap lagi kat dia, cakap la kalau tak datang nanti tak layak dapat Diploma.
me : Dah, semua saya dah cakap...


 i know this things mesti jadi isu punya, ntah apa-apa semua nak suruh kita, kalau unit tu yang call budak tu sendiri kan senang, budak pun takut, ni nak suruh kita yang call banyak-banyak kali suruh datang, memang dia banyak alasan [analoginya sama macam mak ayah yang ada kuasa, tapi bila nak marah anak, suruh pengasuh/orang gaji yang tegur, confirm dia tak nak dengarnya]





nak sabar macam mana lagi?





apa lagi usaha yang kita tak buat?
tengok jam tu pun dah tau, it's over the working time, sms-sms tu?tu kalau boleh record calls tu dah record dah, bil tu macam mana?
bukan nak berkira, tapi bila kita dah bagitahu tak nak ikut...
lepas tu nanti kita jugak yang kena, nanti apa-apa diorang tanya kita, apsal budak ni tak daftar, mane bukti dah call bagitahu?
rasa frustrated sangat...habis tu nak macam mana lagi?????
ce citer..

p/s : kenapa masa kita belajar dulu, academic advisor kita langsung kite tak penah jumpe, penah la sekali je masa nak daftar subjek...
tapi selamat je kita gradkan?????kita pun bukan orang senang..so kat mana silapnya????? 

cik-puan


1st day of class

me : Assalamualaikum & Selamat Pagi..my name is...bla bla bla...already married, bla bla bla...
student : cik, tak nampak macam puan pun..
me : ?????? [blurr kejap]..ape maksud awak, seorang yang bergelar puan kena nampak macam mana???
student : cik [see they still use cik instead of puan, punyelah tak percaya tu] nampak muda je..
me : abes tu nak tunggu umur saya berapa tahun baru saya boleh kahwin?? 

dushhh..pening betul, macam-macam perangai..




baucer buku 1Malaysia

untungla...
dulu masa kite jadi student tak de pun dapat macam ni...


venue : dalam class

bukti : pencil case ku

ado malam...ade ke nak buat beli pencil case?!!haha 
memang la tak salah, tapi from that, kita dah boleh nampak mentality budak tu macam mana..ish3, kalau sebab tak bertukar pencil case bukan keperluan tu, namanya nafsu, bukannye tak de pencil case langsung..
buku-buku  belajar tu bukan main mahal lagi, baik la guna voucher tu pegi beli buku belajar, 
kalau tak pun, beli buku-buku yang boleh dipakai sepanjang hidup, contoh, buku-buku islamic knowledge ke, buku internet for dummies ke, dictionary ke, buku money management ke, buku macam mana nak kaya ke, haihhhh, ape la...

adobe captivate 4.0




 Alhamdulillah..
setelah berpenat lelah prepare handouts,
semalam & hari ni tiba harinya, 
everything run smoothly, and peserta pun semuanya cerdik, cepat je paham apa yang di ajar..
moga contents yang di ajar ni nanti boley la di apply untuk buat soalan2 interactive untuk students kan, xde la asyik guna kaedah convensional 'pen & papers' je.. 


my new project kononnye-lah

attended 3 days course of MS Project 2010 last week, for the exercise we have to create one simple project and apply all the plans on this apps...before this guna yang 2007 je kan, yang version 2010 ni agak terkial2 juga nak guna, kene prektis lagi.. 


my 'house warming' project 

macam ni lah konon-konon WBS nye bila nak buat house warming nanti..kui3



busy to the max!!

3 bundle of papers to be marked,total of all scripts is 118,huehuehue tido dgn paper,makan dgn paper,tgk tv pun dgn paper,tangan da lenguh,badan da penat,pinggang da sakit,hmmmph..sabar2..new year please come faster i nak apply cuti lama la,hihi..
Published with Blogger-droid v1.7.4

kisah budak zaman sekarang

baca tak harian metro hari ni???? "Rahsia Anak Dara"

nauzubillahiminzalik...
urut dahi baca kisah-kisah anak bangsa hari ni....
tu belum yang yang berlaku depan mata kita sehari-hari :

1. tak solat [tak malu nak mengaku dengan kita]
2. makan makanan yang disediakan untuk orang lain [tanpa rasa bersalah walaupun kita da cakap, awak makan hak orang lain, tau tak halal haramnya..]


macam mana nak solvekan perkara yang paling 'basic' ni ye???
masalah utama yang saya nampak, diorang ni tak takut pada Yang Atas tu...
kalau rosak anak bangsa ni, rosak la negara kita, rosak la masyarakat kita masa akan datang..=(

beringat

ingat kah lagi kamu wajah-wajah di hari pertama pendaftaran???
siapa yang menolong mengangkat segala beg, timba, bantal kamu????
dengan tidak merungut sikit pun,
malah gembira bercampur bangga anaknya dapat sambung belajar.
sanggup bersesak dengan orang ramai,
duduk di kaki-kaki lima menghilangkan lelah,
walau pun sanggup berpanas, tapi masih mampu tersenyum..
ingat lagi kamu pada pesan mereka???


masih ingat lagi kamu pada helaian AKU JANJI ini???


tapi kenapa bila belum pun habis satu semester kamu dah mula buat perangai???
Ingat....
kamu datang ketempat ilmu ni, bukan untuk bersuka-suka...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme