5 years of???

1 august 2007 - 1 august 2012

Semalam genap 5 tahun aku berkhidmat di PSAS. Orang kata, once u've enter into a government instituition, sampai pencen kita akan berkhidmat dengan gov, especially kaum wanita macam aku ni, tak de aku rasa nak tukar kerja, selesa dah rasanya dengan kerja ni..Tapi pendapat tu mungkin berbeza bagi orang lain, ye lah 'lain padang lain belalang, lain orang lain pendapatnya'.

Teringat masa 1st day aku datang lapor diri, pukul 6 pagi aku dah bertolak dari Ipoh, masa tu pakai kereta arwah bapak, Iswara Hijau (ade lagi kat umah kete tu), berkebaya hijau (baju tu pun aku dah x muat, maklumla pewot dah membesar sekarang ni), muda remaja lagi masa tu, hahaha..

Semangat aku nak lapor diri sebab dapat kerja gov, pas ni aku tak yah pening nak cari kerja lain, sebab memang aku set dalam mind, lepas habis belajar, aku nak kerja gov, aku mesti usaha dapatkan jugak, hehehe sebab aku ni jenis malas dah nak cari-cari kerja lain, and aku bukan jenis suka lompat-lompat kerja (before ni aku kerja dengan private college).

Bila teringat-ingat balik, dengan kerja ni la, aku dapat beli keperluan hidup macam kereta, rumah and barang-barang lain yang aku rasa nak beli..Lepas la nak bagi mak aku merasa duit gaji aku tiap-tiap bulan, nak makan apa yang aku rasa aku nak makan, Alhamdulillah...Berjalan pun rasanya dah puas aku jalan-jalan cuti-cuti, cuma aku belum sempat nak gi berjalan-jalan oversea je lagi. Dulu masa zaman-zaman single kawan-kawan ajak, aku pulak ade je halnye, tak pe la, nanti ade la rezeki tu kan..(hah sudah baby ngidam nak gi oversea la pulak en suami, kui3). 

5 tahun kerja ni, macam-macam jugak aku dah hadap, suka duka, pengarah pun dah bertukar 3 orang, ketua jabatan pun 2 orang aku dah merasa, di bawah pimpinan diorang..and dah pernah dapat APC kira ok la kan, hehehe..

Dalam 5 tahun ni jugak aku tak pernah fail balik setiap minggu ke Ipoh, wohhhh, kalau kira duit dah tabur atas jalan berapa dah agaknye ye..Bukan nak berkira sangat pasal duit tu, cuma family bonding tu yang penting kan..Tu la aku harap-harap biar la tengah muda, and tengah larat ni aku bersusah-susah dulu, jangan la bila dah tua-tua sok dihantarnya aku berkhidmat kat tempat yang jauh dari family..Tak sanggup aku nak bayangkan diri aku drive jauh-jauh macam ade staf-staf yang dah berusia yang dipindahkan ke sini, macam x-pengarah aku tu, huhuhu kesian (bila anak-anak dah besar and suami/isteri pun ade kerjaya sendiri confirm diorang pun ade je kekangan nak ikut kite bertugas kat tempat baru, so terpaksa la berulang jauh). Harapnya bila aku dah tua nanti, aku senang pergi kerja, anak-anak pun tak terabai, tak de la anak-anak memberontak, sebab kurang kasih sayang... 

Aku tak tau ape akan jadi di masa akan datang, tapi 5 tahun yang aku dah lalui kat sini, sedikit sebanyak, tapi rasanya banyak jugak kot, rasa sayang aku kat institusi ni...Tapi entahla, mungkin ni tahun terakhir aku kat sini, next year berpindah mengikut suami pulak, Insyaallah, aminnnn..

2 Response to "5 years of???"

  1. owh...oversea yer...nnti kita pergi penang yer...hehehe...

    (^_-)V says:

    naik ferry, seberang jambatan pun kire oversea la jugak..buat lepas teringin..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme