merah lagi dah di hantar ke nursery

Pagi tadi terfikir, esok si tecik ni dah keluar..habis je cuti bersalin, mesti dia akan ku hantar ke nursery, tak pun kepada pengasuh...huhuhu sayu pulak hati bila terfikirkan hal tu...tapi bukan mummy sengaja sayang, mummy and daddy kena kerja..nanti lepas kerja cepat-cepat mummy balik ambil sayang tau..

Hubby pun penah cakap, nanti mesti die sedih tangok muka si tecik kena tinggal kat nursery..adeh...tu la kekangan parents zaman sekarang ni kan...Nak pilih tempat asuhan tu pun satu hal...Nak kena survey dulu tempat tu macam mana, rasanya kena jugak buat spotcheck kadang-kadang pi jenguk sekejap..Tak yah la nak bagi cadangan mintak mak jaga, sebab dua-dua mama & mak mertua aku kerja, lagipun bagi aku tak yah la, masa kite kecik-kecik diorang dah jaga kite, ni dah tua nak jaga cucu pulak, bagi peluang kat diorang buat apa yang diorang suka, pegi mana diorang nak pegi.. Unless kalau ade certain keadaan terdesak mungkin nak mintak tolong jaga kejap tu may be la kot..

Selalu dengar macam-macam kes, tersedak susu la, dera la, rogol la, pengasuh bagi ubat tidur la, ishhh nauzubillahminzalik...harap-harap kes-kes macam tu dijauhkan la...Yang aku nampak sekarang ni big possibility nya baby kami akan dihantar ke nursery dalam politeknik..So if anything happen senang, aku pun kerja dalam tu..Tapi tak tau la kalau aku berpindah nanti poli lain tu ade kemudahan taska/nursery macam kat sini, hopefully ade la kan, persatuan kakitangan diorang mesti buat punye..

Kadang-kadang kita boleh nampak beza juga tau, kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan dengan kanak-kanak yang di jaga kat umah oleh pengasuh, and pengasuh tu jaga budak tu sorang je, tak pun yang hire bibik kat umah tu...budak yang dah biasa bercampur dengan kanak-kanak lain ni kat nursery ni, dia pandai bergaul..takde segan-segan, lagipun ada sesi pengajaran juga kat  nursery ni, ajar lepas makan kena hantar pinggan ke dapur, bacaan doa-doa asas..so anak-anak kita ni terdidik la dari segi adab dan pergaulan..Tapi tu la kite kene pantau la, tak semua nursery macam tu, ade yang sekadar jaga nak dapat duit je...Tapi kalau anak-anak yang di hantar ke rumah pengasuh ni, asyik la nak berkepit dengan pengasuh, tak pun berkepit je dengan bibik, tambah-tambah kalau dah memang mewarisi sifat pendiam mak ayahnya, and tak pandai bergaul tu, memang bila nak hantar masuk tadika nanti, mula la payah, kena bertunggu...Tapi ade juga pengasuh yang bagus, familynya pun bagus..ok la considerable juga hantar ke pengasuh kan..

Hmm, tetibe pulak pagi-pagi ni terfikir hal ni kan...Harapnya nanti bila sampai masa, semuanya dipermudahkan...Amin...

1 Response to "merah lagi dah di hantar ke nursery"

  1. moga2...aminnnn....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme