Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

sebak mh370


Sebak, sayu rasa hati melihat video temubual dengan ahli keluarga yang terlibat dengan tragedi MH370. Memang sedih sangat rasanya bila orang tersayang pergi meninggalkan kita. Lagi-lagi yang masih beranak kecil. Memang besar dugaan yang mereka hadapi.

Kami rindukan ayah, kata anak Wan Swaid Wan Ismail

"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," terang isteri Hazrin, Intan pada anak.



Aku faham sangat perasaan tu, macam mana kami jadi anak yatim, bila arwah bapak meninggal 10 tahun lepas. Rasa macam dalam mimpi, tapi bila tidur, bangun dengan harapan semua yang jadi hanyalah mimpi tapi mimpi tu masih lagi wujud.

Macam mana mama aku yang hanya bergaji kecil membesarkan kami 4 beradik. Memang sedih bila teringat balik. Masa tu barulah kita kenal mana satu saudara, mana satu kawan, mana satu musuh, mana satu duri. Sekarang bila kita dah berjaya, baru la si duri & musuh tu muncul kembali. Tapi biarlah tu semua pelakon-pelakon dunia yang hanya menyedapkan jalan cerita plot kehidupan kita.

Sampai sekarang aku mengaku aku tak boleh tengok gambar pertama kali kami berhari raya tanpa bapak, tak sanggup aku nak tengok album gambar lama, sebab aku tak nak bersedih.

Hargailah & sayangilah ahli keluarga kita selagi hayat mereka dikandung badan.

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM


1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS).

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA.

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA.

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA.

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA.

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA.

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA.

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA.

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA.

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA.

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA.

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA.

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA.

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH.

26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA.

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA.

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH.

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA.

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah kalau tak SHARE sebab hanya 1 peluang dakwah yang MUDAH. . . Jom share !!! Sebarkan...

No more SLS please

Setelah dah ada anak ni, minda aku lebih alert dengan bermacam-macam benda. Dapat tau je something yang merbahaya, cuba take action untuk hindari. Sama la kes macam SLS ni. Dulu aku tak tau pun pasal SLS ni, and kalau korang nak tau SLS tu apa benda secara lebih detail boleh google cari artikel yang berkaitan.
Setelah aku tau bahayanya SLS, and produk-produk harian yang mengandungi SLS terutama yang aku gunakan untuk Alisya. Sikit-sikit aku mula bertukar ke produk yang SLS free.
Memang tak dinafikan produk SLS free ni mahal sedikit. Tapi kalau untuk kesihatan & keselamatan apa salahnya melabur sedikit wang.
Tak sangka produk yang dah kita guna sejak dari kita kecik sampai sekarang pun ada kandungan SLS (tak payah la aku nak mention, korang boleh cari sendiri produk-produk ni then baca ingredients die)
Mula-mula dulu aku belikan sabun mandi jenama buds untuk Alisya. Tapi bese la mahalkan brand tu. So usaha mencari dan mensurvey diteruskan (sebab tu orang pompuan shopping lama) aku terjumpa shower gel upin ipin yang juga SLS free. Harga pun murah berbanding buds. So aku pun beli dengan gembiranya :)
Lepas ni nak tukar barangan peribadi pulak. Nak tukar semua, adeh mak tak mampu la nak tereban terus semua tu dalam tong sampah, pelan-pelan kayuh, huhu

Posted via Blogaway

kemarau & jerebu

pesanan penaja : musim panas ni, banyakkan minum air masak ok..

budak kecik ni pun menyahut seruan minum air masak... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme