sebak mh370


Sebak, sayu rasa hati melihat video temubual dengan ahli keluarga yang terlibat dengan tragedi MH370. Memang sedih sangat rasanya bila orang tersayang pergi meninggalkan kita. Lagi-lagi yang masih beranak kecil. Memang besar dugaan yang mereka hadapi.

Kami rindukan ayah, kata anak Wan Swaid Wan Ismail

"Papa pergi work, tapi kapal terbang papa rosak, papa tak balik," terang isteri Hazrin, Intan pada anak.



Aku faham sangat perasaan tu, macam mana kami jadi anak yatim, bila arwah bapak meninggal 10 tahun lepas. Rasa macam dalam mimpi, tapi bila tidur, bangun dengan harapan semua yang jadi hanyalah mimpi tapi mimpi tu masih lagi wujud.

Macam mana mama aku yang hanya bergaji kecil membesarkan kami 4 beradik. Memang sedih bila teringat balik. Masa tu barulah kita kenal mana satu saudara, mana satu kawan, mana satu musuh, mana satu duri. Sekarang bila kita dah berjaya, baru la si duri & musuh tu muncul kembali. Tapi biarlah tu semua pelakon-pelakon dunia yang hanya menyedapkan jalan cerita plot kehidupan kita.

Sampai sekarang aku mengaku aku tak boleh tengok gambar pertama kali kami berhari raya tanpa bapak, tak sanggup aku nak tengok album gambar lama, sebab aku tak nak bersedih.

Hargailah & sayangilah ahli keluarga kita selagi hayat mereka dikandung badan.

0 Response to "sebak mh370"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme