Sofea first tooth

Sepanjang lahir, pernah sekali je Sofea kena selsema masa umur 5 bulan, pas tu dedar sikit je badannya. Kiranya kali ni memang betul-betul demam dia.
Air liur duk meleleh je, mummy dah agak ni mesti nak pecah gusi nak tumbuh gigi ni. Moga Sofea kuat, dan sihat sentiasa. Big girl dah anak mummy ni, Sofea yang kuat.

Menggigit aje la kejenya..ade tips kata simpan teether tu dalam fridge, bagi sejuk, bila baby gigit kurang la perasaan tak selesa baby tu, so mummy pun ikut je la tips tu.
posted from Bloggeroid

Personalize calendar

Demam photobook sekarang ni dikalangan kawan-kawan office aku..hehehe aku pun dah terjebak.

Sempena new year ni kan, aku terjebak beli calendar kat photobook tu. Niat dalam hati, nak letak muka-muka kesayangan kat calendar 2016 ni, sekurang-kurangnya, sejuk sikit hati di kala busy bekerja tu kan..hehehe

Aku dah beli since 2 minggu lepas lagi, tapi aku tak siap-siap lagi design masukkan gambar, huhu busy sangat sekarang ni. Balik umah jangan harap la aku ngadap laptop bagai. So doakanlah, aku dapat realisasikan calendar tu, aku nak cuba design weekend ni, harapnya..hihu


Chaiyok datang lah kesempatan dan semangat.
posted from Bloggeroid

Sofea meragam berubah tempat

Kalau korang tengok gambar last entri aku, gambar majlis aqiqah tu, kalau korang jenis yang perati la kan.. mesti korang tengok alahai sian si Sofea macam x bersiap je dia..hehe kesian anak aku tu..bukan tak dress up kan dia elok2, cuma dia meragam.

Kami sampai Ipoh hari Rabu petang, dari hari Rabu sampai ke Sabtu tu(majlis hari Sabtu), asek nak menempek je. Berubah tempat orang kata. Memang tak jadi keje la, aku pakaikan die headband pun die tarik, rimas kot.

Ye lah, dalam masa 3 bulan kehidupan dia, yang dia kenal adalah, mummy, daddy, kakak Alisya and cikgu taska dia..hehe mana die kenal, embah, opah, atok semua tu..

Baju jubah dia tu memang aku tempah special untuk dia, siap bertudung tau..hehe tapi tak kesampaian nak pakai dengan tudungnya masa majlis..


Gambar ni masa test jubah & tudung baru sampai..Masa ni comey la siap bertudung bagai..tapi masa majlis betul-betul sian dia..hehe nak wat macam mana kan..
posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme