Majlis aqiqah untuk Nur Sofea & sambutan hari lahir Nur Alisya

Lama dah nak buat aqiqah untuk si Sofea, tapi baru minggu lepas tercapai hajat, sebabnya, almaklumlah, cuti bersalin hari tu memanglah lama, tapi dah berjauhan dengan daddy, 3 beranak kat Ipoh, daddy keje kat Johor, so paling ideal buat hujung tahun ni, alang-alang dah balik kampung ni kan.


Bergambar dengan kambing Nur Sofea, moga amalan ini diterima.

Jemputan macam biasa, ahli keluarga terdekat and kawan-kawan. Bajet dalam 80-100 orang, sebab kambing tu pun anggaran cukup untuk bilangan tu.
Seronok juga, sesekali berkumpul ramai-ramai, lama dah tak jumpa family sendiri. Kawan-kawan rapat pun ada yang datang, rasa seronok walaupun dapat berjumpa walau sekejap.
Buat majlis simple je, ade kambing, ade hidangan makanan untuk tetamu, ada kek untuk anak aku potong, dah.


Candy buffet ni adik aku yang nak hiaskan, maklumlah orang-orang seni ni lain sikit feel dia bila buat event..layankan..

Aku lemas sebenarnya kalau nak ikut adat ni, tapi kadang2 orang tua nak jugak marhaban la ape la, tu pun aku tegaskan anak-anak aku tak de nak buai2 bagai, budak pun dah pandai merangkak, nak buai mendanya..haha so buat simple-simple je, asalkan aqiqah tu dah buat.

Baju pun kalau tengok, kita recycle je baju raya ari tu, ko bukan retis bajet tamo pakai baju recycle kan..ade aku kesah, yang penting aku tak berhutang. Cuma baju Sofea aku buatkan baju baru, sebab masa raya dia baby lagi, mana muat dah baju tu..hehe


Princess wannabe bergambar dengan familynya, beserta opah & embah. Siap bercrown bagai anak aku tu sekarang, tak pa la kalau kaya macam dato' vida sok mummy tumpang happy..😜
posted from Bloggeroid

Yeayy balik kampung

Bak kata member skolah aku "aku kalau lebih 3 bulan x balik kampung, mula rasa gelabah semacam je.." haha gitu la perasaan aku bila hampir 3 bulan tak balik kampung jenguk family di Ipoh.
dari habis cuti raya haji ari tu, merangkap abes cuti bersalin.
Bukan tak nak balik, tapi paham-paham la sekali balik, punya la jauh, letih badan, alang-alang cari yang boleh cuti panjang terus, puas hati.

Sampai je Ipoh, si Sofea especially mula la nak menempek je, dah tu, bertapa lama sangat, tak kenai orang..hehehe
Si Alisya seronok la, jumpa sedara mara, melepas rindu main ngan sepupu.

baru 2 jam journey Sofea dah give up, tak larat nak duk dalam baby seat lama-lama..2 jam journey baru jumpa toll gate Ayer Hitam tau, punya la jauh tempat aku ni..Alisya kali ni je pecah rekod tak muntah sebab aku ingatkan dia janhan minum banyak sangat, cuma acah-acah nak muntah tapi aku sapu kan minyak angin x jadi dia muntah.
posted from Bloggeroid

Taska Family Day

Before bercuti panjang, taska Alisya buat Family Day, siap parents di sponsor t-shirt, cuma adik-beradik kena tempah lain la, so memandangkan Alisya baru ada sorang adik, mummy pun tempahkan la jugak baju sama untuk si Sofea..hehe

Alisya seronok dapat bersukaneka dengan kawan-kawan dia..Mak Ayah ade jugak games, tapi selebihnya acara makan. Sebab buat bawak makan style pot luck..memang melambak makanan sampai ke tgh hari.

posted from Bloggeroid

Belajar terapung

"Melentur buluh biar dari rebungnya" kata peribahasa. Jadinya sementara Sofea ni masih baby lagi, kami amik inisiatif ajar dia terapung. Banyak tengok video mat saleh ajar anak diorang berenang sejak dari baby, teruja la jugak jadinya, hehe.
Mulanya masa daddy letak dia terbaring dalam air, cuak juga aku. Sofea pun muka risau je. Tapi lama-lama dia macam dah biasa, cuma dia keras je, macam risau nak gerak banyak takut muka kena air kot..hehe


posted from Bloggeroid

Ber 'jazzebelle naelofar'


Teringin bak hang..dapat sambar satu, cuba try test macam sesuai dengan muka. Boleh la tambah koleksi lagi..hehehe
posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme