Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

2014 flashback

Lagi berapa jam 2014 nak meninggalkan kita..tahun ni banyak suka duka, yang melanda aku..tapi semua tu mengajar aku menjadi lebih kuat dalam menempuh hidup.

1st quarter (jan-mar)
Kehidupan macam biasa, dengan alisya yang baru setahun lebih. Adakala terpaksa EL, sebab dia demam dan tak sihat. Alisya masa baby memang kerap demam, selsema, huhu sian kakak alisya. Sebab tu cuti aku sampai hujung tahun ni tinggal 0 hari..takpela kan nak buat macam mana, asalkan anak terjaga.

Aku interview kenaikan gred masa bulan 3, Alhamdulilah, everything went well.

Owh lupa pulak, atap rumah kitorang jatuh, menimpa kereta masa hujan lebat, berderai cermin kereta and kemek sket bahagian bonet kereta..dugaan wang dan harta benda..

2nd quarter (apr-jun)
April macam biasa-biasa je..tapi May, encik suami dah kena berpindah. Bermulalah episod pjj kami yang hanya berjumpa sebulan sekali..hukhuk

bulan 6 apply pindah tak berjaya, siap turun naik HQ, tapi tetap tak berjaya. Aku pasrah, stress jugak menjaga anak sorang.

3rd quarter (july-sept)
Bulan July, dikala Ramadan, result interview kenaikan pangkat keluar, Alhamdulillah berjaya, dan kena berpindah. Aku sorang je tercampak ke selatan, mungkin sebab aku apply nak pindah tak berjaya, so aku dihantar ke selatan mengikut apa yang aku minta, walaupun tempat yg aku ditempatkan kini aku tak mintak..So terima je lah, dah kira baik, dapat duduk dekat sikit dengan encik suami.

Raya kami pun kelam kabut, sebab aku kena berpindah ASAP, kalau tak effect tarikh lapor diri, sabor je la dengan sandiwara dunia ni. Raya ke-6 dah berpindah 3 beranak, angkut barang yang penting je dulu. Merasa la 3 hari duduk di hotel, macam orang nomad, sebelum urusan permohonan api air di quarters selesai. Area tempat baru ni memang bukan mudah nak dapat rumah sewa, mujur quarters ada lagi kosong.

Ogos ditempat baru, banyak yang kurang disini, walaupun fasilitinya serba baru. Ramai yang masih baru dalam sistem dan kurang pengalaman. Banyak perlu dibantu.

Full quarter (okt - dec)
Semakin terasa bebanan kerja bertambah. Diri makin rasa rindu dengan tempat lama. Di tempat lama, ramai yang berpengalaman, jadi kita senang. Di sini, kita yang berpengalaman, agak penat rasanya. Tapi apa nak buat, SYMP. Seronok juga bila difikirkan, tempat lama belum tentu orang kenal kita. Tapi ditempat baru, semua saling mengenali sebab tak ramai, tapi sebab tak ramai la kerja balik-balik orang yang sama kena buat huhu

Nov family datang menjenguk, seronok juga rasanya sesekali jadi anak perantau ada keluarga yang datang bertandang.

Dec, bekerja lah kita sekueknyo..haha cuti seminggu balik kampung, menjenguk rumah, menjenguk keluarga. Dan sepulang dari cuti, kembali dihambat kerja yang menimbum, uwaaaa..Tak terasa seperti esok dah bertukar tahun..

Selamat tinggal 2014

posted from Bloggeroid

3 hari, 3 hadiah

Meriah hari jadi Alisya tahun ni, sepanjang 3 hari dari mula hari jadi tu daddy bagi hadiah..kekeke pandai betul dia mem"pau" daddy dia..
Mula2 daddy belikan kasut ala2 kasut crocs..ade gambar frozen, Alisya panggil let it go,kui3..
Hari kedua, gi jalan2 billlion, dapat pulak sepasang kasut lagi, kasut gegirl untuk jalan-jalan..
Hari ketiga, tengah orang duk makan (sambut birthday paman dia) dia mengaruk tak nak duduk diam, ajak daddy dia berjalan (memang pe'el anak aku tu, kalau bawak gi makan, sibuk nak ajak berjalan, tak mau duk lama-lama). Tau-tau balik jalan-jalan, dah pakai sling bag panda..hahaha
Nasib la daddy kan, melayan anak gegirl kesayangan awak tu..hehe

posted from Bloggeroid

Tahun baru, Taska baru


Masuk office pagi ni, dapat berita gembira bila nampak surat ni atas meja..Alhamdulillah, permohonan nak masukkan Alisya ke taska dalam poli ni berjaya.

Dari awal berpindah lagi, dah isi borang, tapi sebab kekangan kekurangan guru, taska hadkan pengambilan. So kena tunggu que la.

Seminggu sebelum cuti hari tu, orang lain dah tau result ni, aku je yang kecewa, sebab diorang kata tak jumpa borang yang aku hantar (wakil yang hantar borang aku tu dia direct hantar ke pejabat, orang lain hantar ke taska). So aku pun isi la semula borang, dengan hati yang pasrah, takpalah kalau kena tunggu que lagi sekali..sedih sangat, sebab isi borang kemain awal..

Tapi dengan adanya surat ni pagi ni, aku terasa happy sangat..hopefully Alisya akan serasi juga dengan taska baru ni nanti. Hati ibu tu risau juga, sebab biasalah nak hantar ke taska baru, dia tak biasa lagi kan..

Walaupun dia dah selesa dengan taska sekarang, tapi apapun semua ni untuk kebaikan dia dan kami sekeluarga. Dah berada dalam kawasan senang sikit kalau apa-apa urusan nanti kan..aminnn

posted from Bloggeroid

Alisya & mascots


Alisya ni kalau jumpa mascot, jaga-jaga la..sanggup dia ikut mascot tu keliling..haha kalau mascot tu menari, dia ikut menari, kalau mascot tu hulur tangan salam, laju je die nak salam..tak takut langsung..

Dua kali dah dia dapat bermesra dengan mascot..first masa karnival kat sekolah adik aku, ada panggil mascot BSN.

Tadi petang dengan mascot sempena Christmas, macam rupa rusa je aku tengok mascot tu, bayang la dia ikut mascot tu keliling AEON Station 18 tu, kalau tak dukung bawak jauh, aku rasa dia ikut skali kerja sama dengan mascot tu..

Dia ada terbuka 1 video youtube mascot mickey mouse and friends kat disneyland, mana dia jumpa pun aku tak tau video tu..dia tunjuk aku, dengan excited nye..aku tanya, "ica nak gi jumpa mickey mouse?"..dia jawab, "nak.." haha masa tu daddy dia ada skali, aku kata " tunggu daddy bawak kite.." keke ayat pancing baik punya, kot2 en suami ade rezeki lebih nak bawak gi USS pun jadi la kan..haha nak disneyland jauh sangat..

posted from Bloggeroid

Alisya's birthday celebration

Semalam genap 2 tahun usia anak sulungku. Tak terasa masa 2 tahun tu, rasa sekejap je, Alisya dah pandai bercakap macam-macam..boleh la nak ajak bersembang..

Kami tak plan apa pun, cuma plan nak sambut kecil-kecilan je bagi Alisya seronok, ingatkan petang baru nak keluar, sebab Alisya lahirnye petang, hehe

Mak aku ajak main bowling sebab ari tu dia main dengan kawan-kawan dia tak puas katanya..So kami pun dah bosan duk umah, dua hari hujan turun tak berenti, kami on je..Ajak mak mertua aku sekali, dengan family adik aku, pendek kata family dekat yang ada kat Ipoh la kitorang ajak..

Kami gi Mydin Mall Meru, Alisya kalau kat situ apa lagi, nampak Restoran Upin Ipin, kesitu la die tuju..encik husband kata, takpe la makan je kat situ, kesian Alisya si birthday girl..Tu yang jadi sambut birthday kat dalam kedai Upin Ipin tu..curlass kau anak..😁😁

Aku nampak ade kedai roti & kek, aku pun beli je la kek apa yang nampak macam ok, and tak besar sangat..kakak kecik ni, nampak kek, kemain seronok die nak potong(agaknye nampak kawan-kawan kat taska yang celebrate birthday buat macam tu kot)

Lepas dah makan, baru la kitorang main bowling..haha seronok gak, semua main kecuali aku jadi pom pom girl, kui3..risau gak nak lasak-lasak tengah buyung ni kan..Alisya & sepupu dia pun main, daddy dia bagi merasa, dah budak-budak kecik tu menempek je kat tempat bola bowling tu, kesian nengoknye..hehe

Macam tu lah kisah sambutan birthday anak sulung mummy daddy yang ke-2 tahun..esok lusa dah nak balik..wuwuwu, bosan sungguh memikirkan nak balik, rasa nak mintak tukar balik kerja negeri sendiri..kui3




posted from Bloggeroid

K.rogers shortbread kembali aktif

Awal-awal puasa dulu aku jual biskut, konon-konon nak membusykan diri nak lupakan masalah permohonan pindah aku tak berjaya..Untung tak banyak pun, kui3 tapi macam aku kata, aku jual sebab nak membusykan diri kan..
Tapi setelah berpindah ketempat baru, aku stop jual dah biskut tu..tak sangka ade pulak yang nak repeat order..kui3, so nak tak nak aku rasa macam kesian la pulak, so aku pun amik stok baru, dok riki line amik order kat office baru jugak, haha Alhamdulillah ade jugak sambutan...sapa yang berminat boleh la pm aku ye..😀😀




posted from Bloggeroid

Balik kampung

Yeayy, hari yang ditunggu dah tiba..semoga kami selamat sampai ke kampung halaman (walaupun hakikatnya tempat keje aku sekarang ni lagi kampung dari tempat asal kami, hehe) tapi bila sebut balik kampung tu lagi feel lebih kan, rasa macam nak nyanyi lagu sudirman "balik kampung"..hehe

berenti sekejap, bagi chance encik driver aka encik suami tercinta berehat..mak buyung bersama anak sulung kesayangan ape lagi posing la tangkap gambo,ish3 malas nak tangkap gambo time pregnant kali ni, dengan hidung jadi kembangnye, muka naik jerawat kecik-kecik, nasib badan x kembang, cuma baju tu membuatkan aku nampak kembang, kui3..baby bump dah nampak, kene la tukar uniform pregnant awal kali ni, compare dengan masa alisya dulu, nak masuk 7bulan pun aku relaks lagi x tukar uniform..

posted from Bloggeroid

Dinner treat untuk anak

Memandangkan minggu ni aku agak busy, dan memandangkan pagi tadi aku cek up pregnant,nafsu nak makan tu jadi meningkat (ntah setiap kali lepas cek up mesti aku rasa macam nak celebrate)..hikhik..so aku plan dating dengan Alisya berdua petang tadi..

Kesian anak aku, pagi gi taska, balik taska terus balik umah..so hari ni bawak la die gi makan kat luar..dah la musim2 cuti sekolah ni tak ramai yg hantar anak ke taska, so alisya agak bosan jugak ke taska tu, ye lah, ade 2 3 orang budak je yg tinggal..penah sehari tu pengasuh jaga die sorang je, haha

Amik dia dari taska terus bawak gi makan ke marrybrown..suke la die kan..ade tempat duduk buaian..😃😃 aku amik kids meal utk dia, dapat free gift chicken balloon..kemain sayang dengan chicken tu..siap disuap fries, disua straw air minuman kat chicken tu..kui3..

Aku sebenarnye tak suke sangat marrybrown, haha bagi aku tak sedap, sebab tu jarang pegi..so aku pun tak tau nak makan ape, aku amik bubur ayam je..

Lepas dah siap makan, alisya punya portion macam biasa la mane habis..so aku bungkus bawak balik je la..balik Dah tak payah pk nak masak apa, nak siapkan basuh kain baju, lipat kain baju..
nanti cuti panjang nak balik kampung, yihaaa..😆😆

posted from Bloggeroid

Newbie in this field

I'm still a newbie, with 3 courses to be taught, so there are 3 different notes, 3 different assessments, 3 different classes, and all other things of differences..wuwuwu

Inilah yang orang kata, bukan mudah kembali ke pangkal jalan, bila dah tinggal lama sangat jalan tu..haha In terms of bila kita dah berada di zon selesa, changes are really pain, bak kata orang putih..Semua bahan nak mengajar aku kena sediakan from zero, dan aku Kena belajar balik..

Memang ada notes, assessments dari kawan-kawan..tapi aku kena modified ikut kesesuaian dan pemahaman, dan ikut kehendak silibus terkini..

Solusinya..inilah dia, have to bawak kerja balik rumah, which is aku dah lama sangat tak buat keje tak sihat macam ni..ye lah, campur adukkan keje opis dengan keje rumahkan perkara yang tak sepatutnya berlaku bagi orang yang nak menjadi pekerja cemerlang macam aku ni, haha pegangan hidup aku kerja 8-5 sahaja, tapi untuk permulaan ni aku kena derhaka la dengan pegangan hidup tu, nanti bila aku dah ade pengalaman, relaks la skit kan, harapannya..huhuhu

Letih banyak rasanya untuk permulaan ni, dugaan untuk aku yang tengah pregnant ni, bersama seorang anak yang tengah aktif nak bermain dan mengexplore, bertabahlah la ye anak-anak mummy..


posted from Bloggeroid

Untung nasib..

Sehari dua ni viral kisah pasal pilot wanita air asia tu kan..especially dalam laman sosial macam dalam fb, sampaikan dalam whatsapp pun diorang duk mengatakan hal tu..

Sebenarnya secara tak langsung, aku kenal dengan pilot tu, sebab dulu dia 1 batch matriks dengan aku, dan yang membuatkan aku kenal dia sebab roommate aku masa kat matriks tu macam ade berkawan dengan kawan dia..aku pun ingat-ingat lupa ye lah, kisah 12thn lepas..

Kalau tak silap aku, ada kawan pernah cerita yang dia memang masuk akademi latihan pilot tu..tapi tak de la sampai jadi viral cerita tu macam yang terjadi hari ni..kui3..

Ada anak didik aku yang berangan kononnya si pilot tu adalah "tulang rusuknya"..padahal umur jauh beza kot, tapi kalau dah jodoh che ta & zain pun bersatu jua kan..hehe tak pe berangan la anak-anak didik aku tu sementara boleh..

Cuma yang aku nak cerita dalam entri ni, macam kisah pilot ni..dia dah kerja since 2006, lebih kurang 8 tahun dia menjalani kehidupan dia macam biasa, tapi siapa sangka tetibe di penghujung tahun 2014 ni kisah dia jadi viral, satu Malaysia duk cerita pasal dia..Bila orang duk cerita pasal benda bagus, lagi la kita suke kan..

Itu la semua tu orang kata untung nasib..hari ni mungkin kita rakyat marhaen yang menjalani kehidupan seharian kita secara biasa..tapi esok lusa siapa tahu, satu Malaysia kenal kita..semua tu untung nasib kan..😃😃

posted from Bloggeroid

IPOH "art of oldtown"

Last balik Ipoh masa cuti raya haji ari tu, dapat la cuti seminggu..memang kami dah set kalau nak balik Ipoh at least seminggu, baru berbaloi dengan 8jam perjalanan..kalau tak memang tak berbaloi balik kejap-kejap..plus ade anak kecik kan, kejap-kejap anak nak riba, kejap anak susu, kejap nak ajak main..sampai Ipoh boleh jadi ala-ala jet lag, mabuk tido seharian..

Kami tak pegi mana pun sepanjang di Ipoh, kemas-kemas rumah yang ditinggalkan(tu pun ade lagi barang-barang hadiah kahwin..balik lagi sekali kena pk nak letak mana barang-barang tu)..kami banyak spend time dengan family je, pegi umah mak sendiri, pegi umah mak mertua..

Tapi last day before balik ke tempat baru ni, kami plan nak round pekan Ipoh..aku sebenarnye teruja tengok kawan-kawan dok post gambar wallarts disekitar bandar Ipoh ni..Encik husband pun nampak semangat..so kami pun pegi la park kereta kat 1 tempat kat pekan Ipoh tu, then kami jalan kaki..perghhh pecah peluh weh, plus gilir-gilir mendukung si Alisya..

Mula-mula aku macam dah penat, nak cari semua wallart tu..tapi en hubby bersemangat, kami pun jadi bersemangat la jugak..hehe dapat la jumpa semua wallart tu di setiap pelosok bangunan-bangunan lama di Ipoh ni..

Kalau korang berminat, boleh la cari wallart tu, kalau tak, tak payah la, buat basah baju je..kui3..tapi bila dapat tengok semua rasa memang berbaloi jalan sampai jumpa semua 😀😀

Lepas dah penat tengok semua wallart tu, kami en hubby pusing stereng ke Ipoh Parade..memang dah lama tak gi, since ari tu ade buat major renovation..Alang-alang dah ada kat situ, kami lunch disitu je..Dalam Ipoh parade tu pun ade juga diorang buat wallart & floorart..sambil-sambil tu kami mengimbau kenangan zaman-zaman dating dulu, kui3..

















posted from Bloggeroid

Darah??!!

Seriously I'm panicked last Sunday, when encounter ada blood keluar..tapi tak banyak, 2 titik je mcm tu..Cepat2 keluar jap dari office, gi klinik..
Hajat nak gi klinik swasta je yg aku tau kt situ ade perkhidmatan scan, tapi hampeh betul tempat ni, klinik tutup sesuka hati..so I've no choice, aku gi klinik kesihatan..mak aih, ramainye orang, dengan baby cek kuningnye, dengan ibu-ibu mengandungnye..sah lambat la turn aku ni..
Aku gi kaunter bagitau yg aku bukan dtg nak buat monthly cek up, tapi sebab ade bleeding skit tadi..so nurse kat kaunter tu suh aku buat urine test, hantar kat makmal..
Tak lama tu result keluar, terus tunggu turn utk jumpa doc, lama tak lama, dekat 45 min jugak la aku menuggu turn nak consult dgn doc..nasib tak da class..masuk bilik, doc tanya darah keluar banyak mana..aku cakap macam 2-3titik mcm tu, tapi td masa buat urine test aku tgk dah xde darah..
Doc scan perut aku, tengok baby semua ok, rahim pun nampak ok..cuma dia kata may be implantation bleeding sbb dia kata awal-awal ni baby masih belum sempurna menempel (so aku terima je la apa yang die cakap tu).
Die cuma kata, jangan buat keje berat..Aku kata, bab dukung anak x leh nak elak la, naik turun umah tingkat 2, anak saya ada mood die nak berdukung je..doc tu senyum je..Ye lah aku pun bukan tak beringat, tapi kalau dah keadaan mendesak, takkan tak dukung langsung anak tu kan, budak kecik baru nak masuk 2 tahun, ape lah yang die nak paham, mummy die ni pregnant..
Moga-moga baby ni terus kuat, membesar dengan sihat & sempurna, kesian baby..sabar la ye sayang..anak no 2, walau tak seexcited anak pertama, tapi mummy tetap sayang baby sama macam kakak..😘😘

posted from Bloggeroid

New semester, new place, new courses!!!


Wahhh neves rasanye nak start new semester kali ni..rasa macam masa mula-mula kerja dulu je..

Sebabnya, 7 tahun yang lepas aku ditempatkan di department yang memerlukan aku mengajar subjek diluar bidang aku..setelah 7 tahun aku bermain dengan subjek tersebut, kini aku ditempatkan semula ke dalam bidang sebenar aku..

Lepas 7 tahun, bayangkanlah, lama dah aku tinggal bidang IT ni..setakat nak terangkan apa itu computer memang la takde masalah..tapi technology ni 3 bulan pun dah berubah, inikan 7 tahun..segala jenis programming language aku kena bukak kitab balik, segala jenis database aku kena up to date dengan yang latest..hohoho tu belum masuk silibus yang kerap bertukar, sebab teknologi berubah..

Tapi bak kata orang, bila kita niat nak mengajar orang/berkongsi ilmu..Insyaallah cepat la kita paham dengan subjek tu..sebab tu orang kata jangan kedekut ilmu..😁😁

So semalam dah start sem baru, ada certain class yang aku dah masuk..So far ok la..

Semoga aku terus success dalam bidang IT yang dah tertulis untuk aku ni (dulu aku x pilih pun course ni, aku ni students lelong nak amik course yang berkaitan biology/medic tak dapat, rata-rata coursemates aku semua kena lelong, kui3)

Tapi tu lah, macam yang aku kata, bidang ni dah tertulis untuk aku, by hook or by crook, aku kena teruskan jugak la..nak sambung belajar plak niatnya (Insyaallah..tengah amik mood ni, fuhhhh) doakan la, umur berapa tu tak kisah, asalkan dapat sambung belajar and semangat tu ada..hihihi

posted from Bloggeroid

Jam Reward Diri


Tadaaa!!

Ni lah jam sebagai reward kepada diri sendiri..cewahhh

Aku anggap pembelian jam ni sebagai reward lepas aku dapat kenaikan gred, 3 bulan lepas (ye lah elaun baru, pun baru dapat walaupun dah 3 bulan naik gred, so dah dapat elaun baru, baru la celebratekan..) baru dapat elaun je ye, sebab masih lagi dikira memangku, belum betul-betul sah naik gred, kena memangku at least setahun..hoho kena lah keje kuat, performance kene mantopp..sapa kata keje gomen senang, meh nak babab skit mulut tu..

Plus en husband pun naikkan gaji aku (nafkah la tu maksudnya), haha jadi aku beli la jam, ada duit lebih skit bulan ni..Lepas dah tak tahan dengan bau tali jam lama aku tu kan..

posted from Bloggeroid

Jalan-jalan JPO

Semalam bawak family gi jenjalan ke JPO, aku pun first time jejak kaki ke sane..Mula-mula takde plan nak beli apa pun, cuma nak cuci mata je..tapi memang tengah sale kat JPO tu..

Kami sampai dalam kul 10.30, terus ke food court sebab aku rasa perut dah lapar (sejak pregnant ni, 2 jam sekali kena makan)..So kami makan pagi, makanan yang berat terus..aku tengok subway mula la teringin, so aku beli subway..

Dah makan, kami pun mula jalan-jalan..Masuk sembonia, mak aku berkenan satu beg, so lepas dah puas belek, dia pun sambar la beg tu..

Pas tu, masuk butik baju-baju budak, sebab dari luar Alisya dah nampak mickey mouse, doraemon, etc, die seronok nak menengok kartun-kartun tu je..tak beli apa pun, sebab aku baru belikan Alisya baju, next time la ye anak..

Yang die nak cuma buku upin&ipin, masa kami singgah masuk ke kedai coklat..Daddy die melayan kerambangan mata dia masa dalam kedai tu..kejap nak beli pensil upin ipin kejap nak beli pencil case upin ipin, sudahnya pegang buku warna upin ipin..selamat la duit, buku warna tu baru RM3.90, kui3..

Nampak butik guess, aku pun riki-riki la kot ade design baru and kot ade handbag after discount yang cantik-cantik..Tapi tak de pun yang berkenan. Encik husband hasut beli jam baru..memandangkan jam aku kan dah rosak, yang tinggal jam tali busuk tu..So aku riki-riki jam ade plak yang berkenan..lepas dah belek-belek, pembayaran pun dibuat..

Encik husband beli seluar utk cycling..so sorang 1 dapat habuan, cuma adik aku yang berdua tu takdr yang berkenan depa nak beli, tak pa la depa boleh gi shopping sendiri bila-bila..Dah jom kite balik..😁😁





posted from Bloggeroid

Embah datang melawat cucu

Minggu ni memang heaven untuk alisya..petang isnin embah datang amik kat skool, dia dah tergamam, tengok embah ade..siang malam berkepit je dengan paman (adik aku)
Al-kisah mak aku datang menjenguk kami di tempat baru..Datang dengan adik aku 2 org yg last tu..Saje diorang cuti-cuti, memandangkan tahun ni family kami tak de cuti-cuti Malaysia macam tahun lepas gi Penang, sebab adik aku yg no 2, wifenye bersalin, so family diorang kene berpantang berjalan, hehe next year kite plan gi jalan2 ye (hujung tahun adik alisya dah 6 bulan ok la kot hehe, Insyaallah)
Mak ade kat umah kan, lunch memang seronok la balik umah makan..hehe, minggu depan sunyi la umah tinggal kami 3 beranak je..



Petang balik keje aku bwk jenjalan area sini, bawak gi makan tempat-tempat special orang sini..Esok plannya Insyaallah kita gi jalan jauh sikit ok..😀😀

posted from Bloggeroid

Botol susu baru

Yeay botol susu baru untuk kakak dan sekaligus merangkap untuk bakal adik sekali..sebabnya ade 6 botol, so 2 utk kakak, lagi 4 mummy reserved untuk adik..
Kalau beli satu-satu tak dapat harga murah, so kena la beli banyak terus..hehe dapat la jimat dalam 50ringgit jugak..
Excited beno mummynye..padahal beli botol susu je pun, haha..


posted from Bloggeroid

alahan tali jam


Tali jam pun menjadi masalah pada aku sekarang ni..busuk betul baunya sejak-sejak pregnant ni..dulu elok je aku pakai masa tak pregnant..deria bau aku jadi amat sensitif..jam ni aku tanggalkan bila nak buat keje kat opis simpan jauh-jauh, sebab terbau-bau kebusukan tali jam tu..huhu
Benda lain pun ade jugak yang aku jadi sensitif bau sekarang ni, cuma jam ni yang paling kronik sebab aku kena pakai..Jam ni je yang tinggal dalam koleksi, jam lain dah rosak, dan aku belum ada mood nak beli jam baru sebab last jam aku yg rosak alisya hentak ke lantai, cerminnya pecah, sabo aje le....sob3 kesiankan..😭😭

Buku merah vol 2

Dah selamat buka buku merah untuk baby baru..semua ok, hb ok, xde masalah apa, so maintain je lah kesihatan sampai selamat melahirkan..
Baby pun dok sonok je membesar tadi tengok masa scan..moga semuanya selamat..😊 walaupun anak no 2,masih excited tengok anak duk dalam perut..

posted from Bloggeroid

Kakak's Taska Day

Last friday we're attended kakak's taska day, actually the event were combined with the tadika convo day..so tak de la apa sangat pun event tu untuk anak-anak taska, saje semangat kami as a parents nak attend lagipun depa sewa dewan politeknik..dalam kawasan je kan, cuti-cuti tak de buat apa ni boleh la attend..

Tema eventnya, "pahlawan melayu", kami pakai je baju kurung & baju melayu, hehe nanti kalau alisya yang amik sijil umur 6 tahun boleh la nak beriyerkan..Ni datang saje nak memeriahkan majlis je pun..

Alisya sepanjang majlis, jumpa kawan dia, seronok la die main, anak aku, mane reti main jauh dari mak ayah, main keliling kerusi je, kui3..

Dah penghujung majlis, ada anugerah untuk ibu bapa, haha tak sangka pulak dapat Anugerah Ibubapa Komited..kui3..Terima kasih taska, yang penting Alisya selamat & gembira stay di taska ni..


Posted via Blogaway

Tempat Baru

Kalau ada la pembaca blog (diulangi kalau ade pembaca la kan, hehe) yang tertanya dalam entri lepas kenapa alisya masuk taska baru. Jawapannya, kami sekeluarga dah berpindah ke tempat baru, atas tuntutan kerja.

Dah 3 bulan lebih kami berpindah dan kehidupan semakin baik di sini. Tapi tempat baru ni, shopping complex pun tak de, apatah lagi segala jenis restoran yang best-best nak ada di sini. Di sini cuma ada, kfc, marry brown, phd delivery (masa first time nak pegi makan, kami ingat pizza hut restoran, rupenya phd sahaja, aiseh kalau tau, call je hantar ke rumah kan), dan banyak seafood retaurants lah, sebab kawasan tepi laut.

Tapi jangan tertipu walaupun kawasan terpencil, tapi harga barang tetap mahal, sebab ini kawasan pelancongan, nak cari rumah sewa pun belum tentu jumpa, ramai yang prefer buat homestay.

Kalau nak amalkan pemakanan hasil laut yang segar, disinilah tempatnya. Dan ramai yang berkata, orang kawasan ni subur, sebab makan ikan fresh..haha aku datang sini baru 2 bulan dah pregnant, betul la tu kot andaian yang dibuatnya..faktor pemakanan memang menyumbang kepada faktor kesihatan kan..

Aku memang ditakdirkan agaknya untuk bekerja di kawasan yang damai, jauh dari kesesakan..tapi harga barang tetap mahal, dulu duk behrang pun macam tu..

Dah 3 bulan menetap di sini, apa yang aku boleh buat hanyalah beri tumpuan pada kerja di hari kerja, dan pada keluarga setiap hari lah of course..wiken aku tak de tempat nak pergi selain dari duk rumah spend time dengan suami & anak, tempat riadah kami adalah di tepi pantai..sihat betul cara hidup masyarakat kat sini..

Bayangkan aku yang 7 tahun hidup ulang alik, lari dari kedamaian kawasan tempat kerja untuk bersama keluarga di bandar Ipoh, tapi sekarang aku berada di bawah bumbung yang sama dari ahad sampai sabtu..hoho agak pelik pada mulanya..

Mungkin ini pendorong untuk aku sambung belajar kot (cuti belajar)..lari dari tempat ni, tapi nak cuti bersalin pulak nanti..haha Tak pe, cuba nasib jelah dulu bila iklan bukak nanto, tulis proposal aduhh,chaiyokk..

Nak kata aku ni urban x pun, cumanya aku rasa aku perlu juga menghadirkan diri ke shopping complex, cuci mata, makan lain dari makanan dirumah..bak kata suami, nanti kita nak beli baju kat mana??hahaha suami ohh suami..sebab dari kecik dah terbiasa agaknya (bak kata mak aku, dari kecik hari-hari pegi super kinta, (dulu super kinta ni shopping complex gah di Ipoh) sebab mak ayah aku beli barang mentah kat pasar Ipoh untuk meniaga.

Kesimpulannya, tempat baru ni best, cumanya jiwaku bukan di sini. Masih perlukan sesuatu untuk mengisi aktiviti di sini. En suami awal-awal dah ada geng cycling dia..Aku plan nak belajar membaking bagi sampai tahap master, tapi sejak alahan ni, mixer pun aku terbantut nak beli (maklumlah dulu pinjam mak punye je)...


Posted via Blogaway

Kakak Alisya progress on 1y10mo

Kakak alisya yang semakin bijak, semakin petah, macam-macam benda lah yang dia nak cuba and buat..

Anak mummy yang banyak lalui dugaan demi kelangsungan hidup..kadang-kadang aku kesian jugak kat anak-anak ni, mak bapak kena pindah, anak pun kena pindah, dah seronok dengan taska lama, kena pulak masuk taska baru, suasana baru, rutin baru, kawan baru..

Awal-awal pindah dulu alisya amik masa 3 hari je untuk tak nangis bila di hantar..cumanya cikgu dia kata, memang dia senyap je la tak bersuara, main dengan kawan, tapi suara tak keluar..dah 2 bulan baru la dah kuat suaranya..dah senyum-senyum pegi skolah..lega hati mummy..

Kesiankan anak-anak huhu, bermain dengan emosi sejak dari kecik lagi..aku dulu kecik-kecik tak merasa ada pengasuh sebab mak aku tak kerja, jadi aku tak bermain dengan emosi susah hati, sedih nak pegi taska,huhu, dah anak 3 baru mak aku dapat rezeki kerja, plus arwah ayahkan meniaga malam, so siang arwah ayah jaga, duk umah la, xde la kami duk umah orang..

Kadang-kadang aku rasa macam tak nak kerja je..tapi tak kerja pun bukan senang..setiap pilihan ada pros and cons..so bertabahlah aku, think +ve yang aku diperlukan dalam bidang aku, so aku kena kerja, dan perlu jadi isteri, ibu, perkerja, anak dalam masa yang sama..

Dah melalut kemana aku pun tak tau..haha ok lah back to kakak alisya, paling geli hati bile dia cakap "emm edapnye...",bila aku hidang masakan atas meja..haha sejuk perut mummy ko ni dengar nak oii..ade jugak anak nak puji masakan kan..walaupun mummynye ni tak de la pandai masak..kikiki moga kakak membesar menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia & akhirat, amin..


Posted via Blogaway

sedangkan lidah lagi tergigit

Ada yang bertanya "Ko tak pernah gaduh ke dengan Isteri ngko?"
Bohonglah kalau saya kata Tak
* * * * * * * * * * *
Bulan 3 baru-baru ni, Isteri ajak saya ke Mid Valley. Ada Baby Fair katanya. Saya yang takda apa-apa kerja hujung minggu tu, ikut aje.
Siap berkemas kami bertolak.
Dalam pukul 10.00 pagi, kami sampai kat sana. Awal. Namun, kelihatan sudah banyak kereta yang beratur untuk memenuhi parking. Alhamdulillah, nasib kami baik. Kami dapat parking betul-betul berhampiran lif.
Saya keluarkan stroller kakak, ambil gambar nombor parking dan terus naik ke atas.
Sampai di atas, orang ramai telahpun membanjiri tapak festival. Saya ni jenis yang tak suka berada di tempat yang ramai orang. Lebih-lebih lagi yang crowded macam ni. Tapi, bila mengenangkan Isteri yang dah 7 bulan memboyot ni, saya hanya butakan mata dan pekakkan telinga. Lautan manusia saya redah jua.
10 minit berlalu dan saya masih di situ. Bertahan, memilih baju untuk anak yang bakal dilahirkan, bersama Isteri tercinta.
Tapi bila masuk minit yang seterusnya, saya surrender. Dengan kakak yang dah boring duduk dalam stroller, saya volunteerkan diri untuk menjaganya.
Saya bawa kakak pusing-pusing di ruang legar aras berkenaan. Kakak yang suka explore ni meronta-ronta ingin keluar dari strollernya. Ok fine.
"Didi buka belt kakak. Tapi janji, kakak kena behave ok.."
"K.." Jawabnya mengambil suku kata belakang
Budak-budak, mana diorang kisah tentang janji. 'Bebas' je, ke hulu ke hilir dia lari. Apa yang boleh saya buat hanyalah bersabar dan kejar. Aduhaiii.....
Dari minit ke-11 saya tinggalkan Isteri membawa kepada 1 jam. Namun, bilangan pengunjung yang datang tidak menunjukkan sebarang tanda diorang bakal berkurang.
"Dah lama sangat ni. Jom kakak. Kita pergi kat Ummi" kata saya menarik kakak
Saya dukung kakak yang masih nak berlari. Sebelah tangan lagi saya gunakan untuk menolak stroller. Beg dia yang tergantung di handle stroller, membuatkan perjalanannya tidak lurus. Sungguh mencabar.
Sekali lagi, berasakkan dengan pengunjung lain, saya gagahkan diri, membelah masuk untuk berjumpa Isteri.
"Dah ke Sayang..?" Soal saya sebaik berjumpanya
"Yang ni je Abang..''
Tunjuk dia pada saya akan beberapa pasang baju yang berjaya dia pilih.
"Pampers new born belum beli lagi ni. Cane ye Abang..?" Sambungnya lagi
Saya yang dah mula boring, cepat-cepat ingin beredar dari situ.
"Kita cari kat lain je lah. Sini ramai orang sangatla. Kakak pulak taknak duduk diam. Penat dah Abang kejar.." Lapor saya meminta simpati
"Ok lah. Jap ye. Sayang nak bayar.."
Dalam masa menunggu tu, kakak nampak budak-budak dapat belon free pulak. Berhempas pulas la saya mencari kat mana nak dapatkan belon tu. Hmm.. Takpelah. Asal awak duk diam sudah.
Selesai Isteri membuat pembayaran, saya terus nak tolak stroller straight ke pintu keluar. Tapi Isteri mengajak saya tawaf dulu, melawat booth-booth dalam sebelum keluar.
"Dengan ribuan orang yang membanjiri, awak nak redah masuk dalam jugak..? Tak payahlah.."
"Tapi bang, alang-alang kita dah sampai, kita masuk je la kejap. Pastu, kita balik lah nanti.."
Saya diam.
Membisu.
Tak kata apa-apa.
Selang beberapa saat, sambil memegang kening, saya menghela nafas. Panjang..
"Hmmmmmmmhhhhhhhh.."
Dia faham dan tahu yang saya sudah takda mood.
"Abang selalu macam ni. Dah la. Jom la balik.."
Helaan saya membantutkan kemahuannya. Dia bertindak spontan. Menarik handle stroller lalu ditolak tanpa menghiraukan saya. Dia keluar. Saya pun keluar. Dia bengang. Saya lagi bengang.
Keadaan itu membuatkan saya panas. Rimas dan nak marah. Tapi semua tu saya tahan. Saya hanya membontotinya dari belakang. Saya biarkan dia menolak stroller sendirian.
Dengan keadaannya yang sarat mengandung, dia memimpin tangan kakak. Barang-barang baby, handbag gadjetnya dan beg anak diletakkan dalam stroller.
Kesian. Memang kesian.
Tapi kipas syaitan terlebih dahulu menyemarakkan api kemarahan saya daripada memberikan belas kasihan terhadapnya. Astargfirullah.. Menyesal sangat bila dikenang kembali. Huuu..
Dia berjalan menuju lif. Ditekannya button down dan kami ke AEON.
Setibanya di AEON, saya tinggalkan mereka di sana. Tanpa memberitahu ke mana saya ingin tuju, saya berlalu begitu sahaja. Ketika itulah, bisikan syaitan galak bersuara dalam hati saya. Katanya..
"Jika dia masih berkeras, kau tinggalkan aje dia. Biarkan dia balik naik teksi. Padan muka..!!"
Saya pergi. Tapi tidak jauh dari situ pun. Saya ke surau. Bertenang di bangku luarnya sambil kepala bersandar di dinding. Saya dongakkan kepala. Pejamkan mata. Dan mulut mula melafazkan kata-kata istighfar, memohon ampun dan bantuan dari-Nya.
"Astarghfirullah.. Astarghfirullah.. Astarghfirullah.."
Perlahan-lahan air mata saya mengalir dari alur tepi keduanya. Sedih. Sayu. Pilu. Hati saya begitu tersentuh.. Mengenangkan Isteri sukar memahami saya.
Pada masa tu, entah kenapa, tiba-tiba terlintas di fikiran saya kisah Mahatma Gandhi yang menghukum dirinya sendiri dek kerana anaknya tidak menepati janji. Dia merasakan dirinya adalah seorang ayah yang gagal apabila anaknya tidak menjadi manusia sejati.
Allah..!! Kisah itu terpalit pada diri saya. Sayalah yang bertanggungjawab menjadikan Isteri saya sebegitu. Mungkin cara saya mentarbiahnya belum sempurna. Semua itu tadi adalah salah saya bukan silap dia.
Sejenak selepas itu, saya berfikir untuk mencari mereka. Tetapi ego lelaki ini belum bersedia untuk tunduk mengakui kekhilafan sendiri. Hmm..
Setelah sedikit tenang, saya keluar. Berjalan menghampiri dinding kaca yang di bawahnya terdapat escalator. Tatkala memerhati gelagat seorang demi seorang yang lalu lalang, perhatian saya tertumpu pada sepasang suami isteri yang mempunyai dua orang anak.
Si suami mendukung kakak yang telah lena di bahunya. Manakala si ibu memegang adik yang bulat pipinya.
Saya teringat kakak.
Tak semena selepas itu, saya terdengar satu suara memanggil kuat panggilan saya.
"Di.."
Saya menoleh ke belakang. Tapi kelibat kakak tidak kelihatan. Ya Allah.. Perasaan rindu terhadapnya terus menyelubungi diri disertakan rasa bersalah terhadap Isteri.
"Apa yang telah aku buat ni.." Rintih saya separuh menangis
Saya seluk saku seluar. Mencari iPhone untuk menghubungi Isteri.
"Ciss.. Masa ni pulak kau nak habis bateri.. Macam mana ni.."
Saya buntu.
Nafas sekali lagi saya tarik dalam-dalam.
Bertenang.
Akhirnya, saya membuat keputusan untuk menunggu mereka sekitar 5 minit lagi. Jika tiada, saya akan berlari berkejar menuju kereta.
Setiap mereka yang lalu di hadapan saya, saya scan. Saya fokuskan mata hanya kepada dua warna. Merah dan turqoise. Ya. Itulah warna baju yang dipakai kakak dan Isteri.
"Bukan. Bukan. Bukan. Tu pun bukan. Yang tu pun bukan. Hahhh.. Sana, bukan jugak.."
Melilau saya mencari keduanya. Namun semuanya hampa. Pabila saya ingin melangkah memulakan larian, seolah datang satu ilham, mengarahkan saya untuk menoleh ke belakang sekali lagi. Dan ketika itulah, saya ternampak susuk tubuh Isteri sedang termengah-mengah menolak stroller, bersama kakak yang sedang relaks di dalamnya. Allah.. Syukur sangat pada-Mu ya Allah..
Saya segera mendapatkan mereka. Perasaan ego tadi tu saya buang jauh-jauh, pergi bersama serpihan-serpihan masa yang berlalu.
Saya ambil stroller dari tangannya. Saya galas handbag yang tersandang di bahunya. Saya pegang barang-barang yang dibimbitnya. Lalu dia menyuakan straw air coffee latte ke mulut saya. Saya minum. Selepas itu, kami berjalan bersama-sama dengan tangannya memaut erat lengan saya, seolah tiada apa yang berlaku. Oh!! Bahagianya saya rasa..
Kami berjalan menuju ke bawah. Mencari kerusi untuk berehat dan ruang legar untuk kakak bermain. Di situ juga kami makan roti dan menghabiskan baki-baki air yang tersisa.
"Abang.. Jom balik.." Isteri saya bersuara.
Saya masih diam. Tetapi hanya menjawab melalui perbuatan. Saya dapatkan kakak dan letakkan dia kembali di stroller.
Saya tolak stroller menuju escalator. Isteri yang mengikut di belakang, menyangka saya akan ke mesin auto untuk membuat pembayaran. Tetapi ternyata, jangkaannya silap. Saya sebaliknya menolak stroller untuk naik ke atas kembali.
"Jom, kita cari pampers new born baby.."
Tengok. Perancangan Allah. Cantik Dia aturkan semuanya. Saya yang tadinya dah tak sabar-sabar nak balik, kini menjadi orang pertama nak beli pampers baby.
Saya redah masuk sekali lagi. Dan Alhamdulillah, kami dapat beli 2 beg pampers dengan dapat diskaun lagi. Keluar tu, saya nampak ada pertunjukkan Transfomers kat bawah. Saya bawa kakak ke sana. Dia happy. Saya happy. Dan Isteri pun happy.
Selesai semuanya, barulah kami pulang.
Dalam kereta, Isteri dan anak tertidur keletihan. Saya memandang sayu wajahnya. Dan dalam perlahan saya berkata..
"Maafkan Abang Sayang.. Maafkan Abang atas 'kekasaran' yang Abang lakukan tadi.."
Saya kucup tangannya.
Setelah traffic light bertukar hijau, laju saya membawa keduanya bersama bahagia menuju destinasi cinta.
** Pesanan buat suami : Belajarlah mengawal amarah terhadap isterimu. Lumrah isteri akalnya satu. Sekiranya amarah menguasai diri, bertenanglah. Carilah masa seketika untuk berfikir dan merungkai amarah itu.
Pesanan buat isteri : Belajarlah untuk memahami suami. Andai ada rasa tidak senang tersimpan di hati, bertuturlah dengan suara keibuan sejati.
Buat suami dan isteri : Andai berlakunya pertelingkahan, elakkan bermasam muka berjam-jam lamanya. Ambillah masa untuk menenangkan hati. Apabila sejuk kembali, sapalah pasangan dengan kemaafan dan anggaplah tiada apa yang berlaku sebelumnya.
kisah benar dari Karyawan Bisu



Dah baca kisah di atas???pernah terjadi dalam hidup korang????kalaupun bukan dalam situasi yang sama macam kisah kat atas ni, mesti pernah la berlaku perselisihan faham antara suami isteri kan...bagi aku senang je, kalau apa yang suami tak suka and benda tu tak merugikan kalau kita tak buat, so better aku tak yah buat..contoh macam shopping time ade ape2 fair ni, memang aku takkan pegi la, sebab aku tak suka bersesak-sesak and same goes to my hubby, tak suke bersesak..walaupun aku suke shopping tapi bukan suka bersesak..hatta nak shopping baju raya pun aku rela pegi awal puasa, tak pun shopping on line je, tak pun pegi tempat yang tak de org nak pegi..
so nasihatnya disini, pandai-pandai la kita ambil hati pasangan..bila kita memberi Insyaallah kita akan menerima, janganlah hanya mengharap untuk menjadi penerima sahaja...Dalam rumahtangga buat apa pun semua kena ikhlas, cakap pun kena ikhlas, tegur/nasihat pun kena ikhlas sebab kita sayang pasangan kita..

Tips atasi morning sickness

1. Pastikan perut tak kosong, sentiasa sediakan makanan disamping anda (biskut la yang paling praktikal nak letak dlm handbag ke, dalam kereta ke, kat office ke)
2. Amalkan memakan madu di awal pagi (setengah jam sebelum breakfast) dan sebelum tido - ni aku jumpa dalam blog mana ntah, and cuba amalkan, so far ok la rasa lepas amalkan masa pregnant ni, kurang la sikit morning sickness
3. Elakkan makanan yang berminyak, bergoreng dan yang seangkatan dengannya (tapi rasanya nak tengok pun dah kembang tekak, apatah lagi nak makankan)
4. Jangan banyak makan benda berasid macam asam/jeruk, sebab perut orang morning sickness ni sedang banyak asid, rasa macam masuk angin kan perut tu, so makan lah makanan yang berkhasiat. (Kadang-kadang bila mulut rasa pahit aku kemam jugak la sikit asam masin tu, cuma pregnant kali ni aku tak gila makan asam pun, tengok jeruk asam boi yang tgh hot tu pun aku tak teringin)
5. Rehat secukupnya, jangan paksa diri macam sebelum pregnant..ada aku terbaca, jangan stress, nanti akan menambahkan morning sickness..So kalau dah rasa letih tu rehat la kejap..orang pregnant memang akan perlukan banyak rehat termasuk tido..

Rasanya 5 benda tulah yang aku praktikkan untuk kurangkan morning sickness yang melanda..walaupun tak de morning sickness tu hilang sepenuhnya, mabuk and muntah masih berlaku..tapi tak la seteruk awal-awal aku tau aku pregnant ke 2 ni..

Ada hikmah setiap yang jadi ni kan, so hadap je lah dengan kesabaran..Betullah orang kata pengalaman setiap kali pregnant tu tak sama.Anak pertama siap boleh travel everyweek, tak de alahan, rumah lama pun  lagi tinggi tingkat 4, dah 37weeks pun boleh jalan sepanjang ekspo pertanian kat maeps naik bukit turun bukit, relaks je..Tapi kali ni diduga dengan keadaan macam ni, so aku harus kuat, chaiyok!! 😀


Posted via Blogaway

Morning sickness

Pregnant kali ke2 ni betul-betul menduga diri, walaupun  tak de la aku muntah monggek 24 jam, tapi kalau aku tak jaga diri memang boleh muntah monggek je kejenya..Mana taknya awal-awal ari tu, pernah muntah je bila masuk makanan..semua jenis makanan tak lalu nak masuk tekak ni, lagi-lagi la kalau aku tgk makanan yg aku tau berminyak, bergoreng..urghhh dan-dan rase kembang je tekak aku..

Tekak aku sekarang boleh terima sup atau soto je, makan nasi dengan sup, segalanya sup je la..Tapi 1 benda tetap selera, iaitu nasi lemak..haha pelik betul..So aku sekarang memang makan sekadar makan memikirkan baby dalam perut, huhu, teruk betul rasanya..

Bila hari keje Alhamdulillah diberi kekuatan, aku doa banyak-banyak agar aku boleh bekerja, tak susahkan orang..huhu tak semua orang  boleh faham masalah alahan ni kan, so aku malas nak jadikan alahan ni sebagai alasan dengan org luar, sebab tu aku doa biar la aku kuat nak kerja..

Tapi bila hari cuti memang aku dok mengelepet je la, kesian en husband & alisya..tapi aku gagahkan jua diri buat kerja rumah apa yang patut mana yang larat, en husband pun banyak membantu..Terima kasih sangat sebab memahami keadaan isterinya yang lain macam pregnant kali ni..

Moga habis trimester pertama ni, morning sickness pun berakhir..Seorang yang suka makan macam aku ni, bila Allah tarik nikmat makan, memang betul-betul terasa sedih..


Posted via Blogaway

Ngidam breastpump

Ahaa..pregnant kali ni, setelah berpengalaman dan barang keperluan pun banyak dah cukup, mana barang kakaknya yg masih boleh pakai, kita akan guna semula je, carseat, stroller, besen mandi, etc..
Tapi ada 1 benda yang dah lama aku ngidam nak ada..that is medela freestyle breastpump..sebab masa anak sulung dulu beli yang jenama biasa je pureen electric breastpump yang memang tak sedap dan hasil tak berapa nak memberangsangkan..
Paham-paham je la kan harga medela freestyle tu untuk rakyat marhaen macam aku ni, nak beli memang la mampu, tapi lepas bayar tu, makan pasir je la kot..so kali ni aku berazam nak menyimpan sikit-sikit supaya dapat la memiliki benda alah tu sebagai motivasi untuk aku breastfeed, kui3..tunggu je la berjaya ke tak aku membelinya..haha adoi, awal2 ni je semangat lebih, tapi memang aku nak bf lama skit plannya (alisya dulu 8 bulan je) sebab hidup sekarang dah stabil sikit kan, dah tak perlu nak travel macam masa Alisya baby dulu..so harapnya berjaya la, Insyaallah..

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

heir of us no 2

Alhamdulillah diberikan amanah ini untuk kali yang ke-2. Doakan agar saya diberi kesihatan yang baik hingga ke akhir proses kehamilan dan selamat melahirkan zuriat yang sempurna fizikal, akal dan akhlaknya..
Yang ke-2 ni agak mencabar sikit, morning sickness yg melampau, mengelepet je..doakan saya sihat supaya boleh bekerja dan mengurus rumah tangga dengan baik..huhuhu 😭😭
Si kakak baby pun macam tau2 die nak beradik, perangai menguji kesabaran..
Nampaknya akan kembali berblog setelah memikir macam tak adil pulak kalau kakaknya je kite tulis journey masa pregnant kan..


Posted via Blogaway

K.Roger's Shortbread & Butter Cookies

Assalam&Good Day jika ada yang berminat untuk membeli K.Roger's 
shortbread, terdapat 4 pilihan perasa :



-Almond&Cocoa Chip
-Raspberry&Almond Chip
-Blueberry
-Cornflake&cereal



Boleh menempahnya dengan saya

Biskut yang memang sedap & berkualiti..!!


Do PM/comment for best price.. :)

COD pun boleh,
Ipoh, Tanjong Malim, Behrang, Damansara.

Moving To Tumblr

Like what I said before..
I didn't have passion in writing (lack of idea & time to update) so I've made a decision, no more blogging on this site..

I'm moving to 




see u there :)

Jalan-jalan damansara

Al-kisah sabtu lepas kami berjalan-jalan menjenguk adik aku (cia) yang tinggal di damansara..
Encik suami dah izinkan aku & alisya ikut, memandangkan nanti kami tinggal berdua je pulak bila adik aku (edi) bawak mak aku ke sana. Aku kalau ikutkan x kisah pun lagi syok rehat-rehat di rumah, tapi kesian pulak mak aku nanti susah hati tinggalkan aku berdua je dengan alisya, tak tenang pulak dia nak berjalan..
Bertolak dari ipoh pun dah petang sebab paginya sume bersekolah ganti, maklumlah edi, isterinya n mak aku golongan cikgu cikgi.
Dalam kereta kemain lagi deme mengekek gelak ketawa, kedepan kebelakang..
tak padan dengan kecik dua2 ni..

Sampai di damansara dalam pukul 6 and kami pun terus bergilir bersiap, sebab cia dah plan nak bawak kami dinner.

Alisya kemain seronok la dapat berjalan, hehe sian anak aku..nasib ade gak orang nak bawak kami berjalan..kekeke


Kami dinner di Tappers, The Curve. So far aku boleh bagi 4 stars out of 5 untuk food di situ. Macam-macam menu ada dari masakan melayu sampai ke western. Portion setiap menu pun banyak, makan la sampai sengkak perut. Selesai makan, ape lagi balik umah tido la, penat suda..

Pagi ahadnya, edi sefamili nak balik klang jenguk mertuanya. Kami stay je kat umah cia and dia plan nak bawak mak aku jalan-jalan ke ikea, aku ikut saje la.

Petang ahad baru kami bertolak balik ke Ipoh..hari ni aku sambung cuti, esokkan cuti lagi..so alang-alang rabu je la baru start keroje balik..huhu



thelifestoryteller were Posted via Blogaway

doakan sinar untuk kami

Pertengahan tahun yang tidak menggembirakan buatku..permohonan pindah ku tidak berjaya...huhuhu sedih rasanya...memang la banyak mulut yang akan berkata, banyak tangan yang akan menaip, ayat-ayat yang cuba menyabarkan ku..tapi yang menghadap kehidupan ni..tak lain tak bukan aku...yang berulang alik bawak anak ni aku..yang jaga anak seorang ini aku..yang nak menghadapi perbelanjaan kehidupan macam ni aku..yang penat badan ini aku...

Dalam masa sama kesian jugak dekat encik suami..nak menanggung perasaan rindu pada isteri & anak (aku pernah tinggalkan alisya dengan daddynya, dan aku cuba hidup sendiri, ternyata aku lebih rela penat jaga anak dari menanggung rindu pada anak, berat perasaan menanggung rindu, padah pada diri, tidur ku jadi tak lena, makan tak lalu, at least kalau penat jaga anak, boleh tidur lena dan makan masih berselera)..dia nak berulang alik perjalan yang semakin jauh untuk bertemu kami lagi...huhuhu

Sekarang aku hanya tunggu keputusan proses rayuan, harap ada sinar untuk kami sekeluarga..cukuplah 7 tahun berulang-alik dengan keluarga, 3 tahun ber pjj dengan suami..penat dah rasanya...Lagipun untuk kali ni pjj tu bukan untuk satu jangka masa sekadar setahun atau masa yang singkat, ia adalah jangka masa yang sampai pencen..Jadi pengorbanan harus dibuat...Alisya pun makin meningkat usia memerlukan perhatian kami, semalam dia nak ajak aku main, tapi aku dah penat, haaa mule la rase nak nangis je, nak marah anak kecik lagi, bukan dia paham pun..huhuhu Lepas tu takkan kami tak nak mengembangkan keluarga, Alisya pun nak adik juge, so sampai bila nak tinggal berjauhan kan...

Mungkin sampai masanya jika sinar yang di nanti tak kunjung tiba...penamatan perkhidmatan pula menjadi perancangannya..baik aku berhenti kerja, cari kerja lain dari duduk dalam zon begini yang amat sengsara rasanya..Baik aku tukar kerja walaupun gaji kecik at least kami semua bawah 1 bumbung...bila buat pemeriksaan kesihatan sampai aku di diagnosis ada masalah insomnia..hohoho horror membacanya..

Ok lah..sekurang-kurangnya bila luah pada blog ni, kurang sikit bebanan yang tertanggung di hati, wassalam..

throwback yesterday "Majlis Penyerahan Pesawat MAS ke Politeknik Banting"

Alkisah semalam punya cerita, ada "Majlis Penyerahan Pesawat MAS kepada Politeknik Banting", so kami pun dapat la jemputan untuk memeriahkan majlis.

gambar kenangan/bukti kehadiran... :p


Untuk makluman, Politeknik Banting ni ada course aviation aka penerbangan, so sapa-sapa yang berminat nak hantar anak belajar course ni dengan harga yuran yang sudah tentunya jauh lebih murah dari yuran belajar di akademi swasta, mari la mendaftar di politeknik.

Baru pertama kali menjejakkan kaki ke politeknik ni, mak aihhh memang jauh la nak sampai masuk ke politeknik ni (sebab dah terbiasa politeknik tempat aku ni tepi jalan ja). Tapi syok la politeknik baru, facilities memang baru-baru lagi semuanya.

Majlis tu dirasmikan oleh TPM kita, sebab tu la kot panggil semua adik-beradik politeknik seluruh Malaysia, meramaikan majlis. Ade jugak pelajar-pelajar sekolah berhampiran, IPT & organisasi kerajaan yang datang. Lepas TPM dah rasmi tu, dibuka peluang untuk naik ke pesawat, ramai la yang amik peluang beratur nak merasa tengok isi dalam pesawat MAS. Aku and the geng tak larat la nak beratur, ketiak dah basah, sebab duk dalam hangar tu dah berpeluh lecak, lagipun bagi can budak-budak sekolah yang nampak excited nak naik pesawat tu (masa ni aku nampak mencabar keje cikgu sekolah, kene teman anak murid naik pesawat, kene beratur sekali, fuhhh, masa ni aku rasa bersyukur dengan kerja aku sekarang, at least kalau students aku nak beratur aku x payah baratur sekali, jaga budak beso tak susah sangat, hehehe)

Usai majlis dalam pukul 4.30ptg, kami pun bertolak balik ke Perak. Sampai dalam pukul 9 malam, nasib baik Alisya ada dengan daddy dia, kalau tak terkejar-kejar la aku nak amik anak lagi.

16mo already

Alhamdulillah..anak dara saya dah 1 tahun 4 bulan semalam..nampak dah perkembangan minda dia, boleh dah fokus nak main blocks bina tower, ikut cara dia..

Makin pandai lari-lari bila nak ikatkan rambut, ajak pegi toilet nak mandi pun nak kene lari kejar dulu, pandai mengusik nak suh orang kejar die (macam la die lari tu laju sangat, kekeke)


 Pagi tadi hujan, nak pegi skool tu dia pun sibuk nak pegang payung (penangan tengok HI-5, episode budak-budak pakai payung time hujan)...
Layankan aje la..
Buat muka tak puas hati bila mummy kata, tutup payung nak masuk dalam kete..

Ipoh Kinta River Walk

1st time menjejakkan kaki berjalan-jalan kat area Kinta River Walk last week. Encik suami nak bawak anak daranya tengok-tengok lampu katenye. 

Area Kinta River Walk ni memang banyak pokok lampu-lampu ala-ala i-City. So warga Ipoh, dah tak payah ke Shah Alam pun boleh bergambar dengan pkok lampu-lampu..hahaha



Dulu area ni malam-malam sunyi je..dulu kat sini la kampung aku (umah opah belah mak aku), tapak rumah betul-betul sebelah sekolah poi lam, sampai zaman aku kat universiti jugaklah rasenye baru gomen amik balik tanah tu, dan opah aku pun dah berpindah. Malam-malam nak tido sunyi je, takut woo, dengar bunyi macam-macam terasa macam duk kat hutan (belakang umah opah aku masa tu memang ade semak samun kecik siap ada pokok durian, so memang boleh consider kampung dalam bandar la, hehehe)

Ok back to topic, al-kisah daddynye ajak gi situ sebab nak dinner, masing-masing baru sampaikan, maklumlah hari Jumaat, so dia kesian la kat wife dia ni nak masak-masak. So aku pun ok la, tak pernah pegi lagi kan, kira ON je la.. Kami sampai dalam pukul 8 malam, orang pun tak ramai lagi, tapi terasa happening la, warga Ipoh makin membanjiri tempat tu, ade yang datang nak makan, ade yang nak main beskal, ade yang setakat nak jalan-jalan tengok lampu.

Kami mencuba makan di Dubliner's Cafe, tengok menu, ntah blurr kejap nak order ape, aku cari perkataan "rice"..haha maklumlah anak aku suka makan nasi, so menu aku kene la ade nasi..Dah siap order kami pun tengok-tengok la kawasan, amik-amik gambo sementara menunggu makanan sampai..Puas hati gak la dengan food di situ, sebab dengan RM 16 (set nasi, ayam ala chicken chop, telur goreng, dan coleslaw + appetizer + dessert + air juice) kenyang kami makan, nasi tu memang banyak..

Antara kedai-kedai makan yang ada kat situ macam, 21 Grilled, Haagen Dasz(cafe ice cream,kalo ibu mengandung tingin nak makan eskrem haagen dasz, leh la encik suami rush datang ke sini, masa aku pregnant x penah lagi ngidam eskem-tetibe teringat cite projek memikat suami, peti ais dah penuh eskem, tapi si ema maembong nak eskem brand lain plak, lagi 1 cite hindustan ape ntah tajuk aku lupa yang pretty zinta pregnant nak eskem mahai,  saif ali khan siap bawak pi hotel makan eskem, kui3). Ade jugak Palong Tin Museum, buka sampai pukul 10 malam. Boleh jugak sewa beskal, ade yang boleh naik sorang,  2 org & 3 org, availble sampai pukul 11 malam.

Tu la rope basikal yang boleh disewa, siap ade bumbung lagi..:)


So kalau singgah ke Ipoh, boleh la berjalan-jalan area Kinta River Walk. :)

Bawal Far**da

Taknak terlepas mencuba sesuatu yang menarik dan bagus..hehehe tadi pagi cuba buat, lepas tengok officemate ramai yang mula menggayakan fesyen tudung ni..memang senang sangat..

Tudung-tudung bawal yang masih ada lagi dalam simpanan tu lepas ni tak kesunyian la duk dalam almari..hehehe

Cantikkan..lagipun dengan gaya ni, tudung pun dapat dilabuhkan.. :)

thelifestoryteller were Posted via Blogaway


thelifestoryteller were Posted via Blogaway

I'm the Director Of Operations

klik untuk tonton video

pekerjaan yang tak kenal erti penat,
pekerjaan yang tiada bayaran gaji,
pekerjaan yang tidak kira masa,
pekerjaan yang tiada cuti,


As for me, once I have being entitled to this job, that's it,
Whatever it is, I have to do the very best to them...

Semalam Alisya demam, nak hantar pi taska kesian, takut jangkit ke kawan-kawan, takkan nak cuti lagi, baru hari selasa..so nak tak nak, aku hangkut sekali dia ke office..

tu tengah seronok melayan HI-5..sampai menerap atas meja..layankan aje la, asalkan tak kacau mummy nak keje sudah..

Isnin malam tu, semalaman tak boleh tido sebab dia merengek, plus muntah-muntah..adoiii, sabo aje la..
Kali ni demam nak tumbuh gigi lagi..aiseh, kesiannya la hai, kalau nak tumbuh gigi je demam..gigi geraham may be sakit lebih skit la tu..

Dok kat office plak tu dia tak nak baring langsung, aku ni bawak la toto kot die nak landing kalau dah penat/ngantuk..langsung dia tak nak baring, aku acah-acah baring dia plak marah..sudahnye, tengah hari naik lagi rumah aku yang tinggi tu, bagi dia tido kat umah..adoi keje macam hape je rasa...dugaan...bak kata mak aku, nnt kene qada balik mana masa keje yang aku culas tu..bilelah nak menggantinye..huhu tunggu anak dah beso sket la kot..huhuhuhu 

Malam semalam ok dah tak demam, so pagi ni hantar gi taska je la, segan nak mengangkut ke office, takut mengganggu orang lain..Pesan kat pengasuh taska kalau demam or nampak dia cranky semacam, bagitau, boleh datang ambil dia bawak balik..

So far tadi pengasuh kata dia ok, cuma nak berkepit dengan pengasuh faveret die, mama nor die..hehe nasib la..Alisya memang gitu, picky sket dengan orang lain, orang yang dia tak suka, tak nak nye die..Camno la kalau pindah nanti anak oiii...jenuh la nak bagi bekenan kat pengasuh baru..

Berita terbaru aku dok berwhatsapp dengan pengasuh tadi, ramai yang kena chicken pox plak..adoiyaiii, dengan pengasuh2 sekali kena katanye..
Ya Allah peliharalah anakku, moga dia sehat-sehat aje hendaknya, aminnn...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme