Morning sickness
Pregnant kali ke2 ni betul-betul menduga diri, walaupun tak de la aku muntah monggek 24 jam, tapi kalau aku tak jaga diri memang boleh muntah monggek je kejenya..Mana taknya awal-awal ari tu, pernah muntah je bila masuk makanan..semua jenis makanan tak lalu nak masuk tekak ni, lagi-lagi la kalau aku tgk makanan yg aku tau berminyak, bergoreng..urghhh dan-dan rase kembang je tekak aku..
Tekak aku sekarang boleh terima sup atau soto je, makan nasi dengan sup, segalanya sup je la..Tapi 1 benda tetap selera, iaitu nasi lemak..haha pelik betul..So aku sekarang memang makan sekadar makan memikirkan baby dalam perut, huhu, teruk betul rasanya..
Bila hari keje Alhamdulillah diberi kekuatan, aku doa banyak-banyak agar aku boleh bekerja, tak susahkan orang..huhu tak semua orang boleh faham masalah alahan ni kan, so aku malas nak jadikan alahan ni sebagai alasan dengan org luar, sebab tu aku doa biar la aku kuat nak kerja..
Tapi bila hari cuti memang aku dok mengelepet je la, kesian en husband & alisya..tapi aku gagahkan jua diri buat kerja rumah apa yang patut mana yang larat, en husband pun banyak membantu..Terima kasih sangat sebab memahami keadaan isterinya yang lain macam pregnant kali ni..
Moga habis trimester pertama ni, morning sickness pun berakhir..Seorang yang suka makan macam aku ni, bila Allah tarik nikmat makan, memang betul-betul terasa sedih..
Posted via Blogaway
0 Response to "Morning sickness"
Post a Comment