Warkah Buat Isteri;Dana Sinar Fauziah

Kasih sayang kita mungkin bukan yang paling sempurna, 
Rasa cinta kita mungkin bukan yang luar biasa,
Keselesaan hidup kita mungkin tidak kekal selamanya,
Ada insan yang lebih memerlukan...

Terharu, sedih, sebak, aku baca blog abil4fauziah.blogspot.com.
Nukilan si suami yang menghabiskan seharian hidupnya demi menjaga isteri tercinta.
Aku hanya mampu berdoa agar pasangan ini sentiasa dalam lindungan Allah swt,
Dan akan ada sinar harapan untuk mereka,
Amin Ya Rabbal Alamin..



sudah kena potong

Sob3..sudah kena potong la itu pinjaman perumahan..Starting from this month...huhuhuhu...Cepat pulak gomen buat keje skrg ni, kalau dulu aku dengar lambat diorang mula potong, opismate aku cite masuk umah dah setahun pun belum potong lagi, tapi susah jugak kalau macam tu, delayed lama sangat, kene bayar balik, berapa puluh ribu tu kalau dah setahun tangguh, mampus..!! So dalam kisah aku ni, tak pe la aku pikir positif je, cepat potong, sok cukup masa pinjaman, cepat la abes hutang aku tu, dah tua nanti tak de la aku sibuk kira hutang lagi..kan3..

Sekarang aku cuma harap, cepat la lawyer sengal aku tu settlekan urusan yang die patut uruskan and selesai segala2nya segera, aku dah tak sabar ni..Bukan apa, agenda hujung tahun ni banyak sangat, majlis kenduri adik ipar, aku pulak nanti dengan dah tak laratnya, hubby kene di posting ke mana pulak, takut tak de masa..Sementara hubby tengah ada masa senggang, and aku pun tengah larat bawak badan ni boleh la jugak tolong-tolong mana yang patut, harap-harap la boleh masuk rumah dengan kadar segera..Nanti ade pulak hubby aku kena cat umah time pose-pose ni, kui3..nasib la ye sayang..;)

simple poem of us

i'm not as pretty as Megan Fox,
sexiness also much far far away to be compared,
my hubby is not Brian Austin Green,
but he is caring as him,
paparazzi won't bother to take our photo as them,
but we share the same feeling in going through this moment,
this moment will fill your life with full of love..
my dear hubb this is the confession that u will hear from me,
everyday, now, then and forever,
I ♥ U ;)


source : ohbulan.com

tukar uniform

starting next week nampaknya uniform keje dah kene tukar...my mom pun dah bising jangan pakai ketat-ketat, pakai pakaian loose je..ye lah, ye lah mama oii, bukan tak nak beli tapi beli sikit-sikit la kan, nak beli sekali sedozen baju tak mampu mak...so dah gaji ni boleh la bershopping uniform baru...bulan ni beli la dalam 2 - 3 helai..hehehee excitednye rase...=) nanti next month beli lagi 2 -3 helai, oopss tapi next month tu merangkap skali preparation nak raya tu..adoiiii..raya nak kene banyak baju, nak berjalan raya, nak makan banyak, yummy, sedapnye..kui3..

Ade jugak ushar2 blog-blog yang menjual baju2 online ni..supaya nanti tau la kan bajet berapa banyak duit yang akan dileburkan dilaburkan...hehe sambil-sambil cuci mata..

tengok jessica alba ni pakai leopard printed maxi dress ni, alahai comelnye...sukeee!!! nak cari gak la macam ni..hehehe, pakai la inner tangan lengan panjang kan..like3!!!

dari dulu aku suke maxi dress color hijau lumut si angelina jolie ni, fabulous!!!
nak cari jugak warna ni, kalau jumpa la kan..warna ni susah nak cari ni, rare..

jubah macam bienda ni, time raya ok gak nak pakai, nice...=) tapi masalahnya sekarang ni raya tahun ni, side aku dah setkan tema apple green/hijau pucuk pisang, jenuh la aku nak mencari kaler tu pulak, rare jugak jubah kaler tu, kalau pink, merah, biru tu kaler2 yang senang nak cari..adehhh...

lagi satu fesyen yang berkenan pulak mata melihat..overall maxi ni..hehehe macam nak cari la satu..hik3..



untuk uniform keje yang nak pakai seharian tu, cari je la yang murah-murah and sesuai dengan etika kerja..gi keje je pun, bukan nak melawa yang penting asalkan kemas...silap2 aku beli design sama, warna je lain2 macam gambar kat bawah ni..hehehehe



tak pun nak gi keje, aku pakai long skirt yang sememangnya aku dah ada 2 - 3 helai...so aku just tukar tops/blouse nye je kan, blouse ni pun aku dah ada..so x yah la nak beli...gud idea kan3!!! =)











wordless wednesday 27062012


kerna teringin aku turutkan..;p

mata mengidam stroller/carrier/car seat

macam tajuk entri..
sekarang mata aku dah mula mengidam tengok stroller/carrier/car seat..hahaha 
adeh, rambang mata, tapi alah...sekadar cuci mata petang-petang hari  ni kan...comelness sangat tengok barang-barang ni...
alahai, cantiknye..
aku prefer stroller yang boleh buat carrier/car seat skali..senang nak hantar anak gi nursery and jimat sikit kan, kalau beli asing-asing mak aih, tak mampu den...Dan seperti biasa, yang warna merah akan membuatkan aku teruja lebih..
meh nak share gambar-gambar stroller/carrier/car seat yang mengujakan neuron-neuron aku dipetang hari ni...

QUINNY ZAPP 
(stroller+carrier+car seat)
price : RM 800+-



QUINNY BUZZ
(stroller+carrier+car seat)
price : RM1900+- 
(yang ni tak mampu, mahal sangat, tak berbaloi rasenya...;p)

SCR 6 & SCR 7 
(stroller+carrier+car seat)
price : RM610+-

ESPRIT SUN PLUS 11
(stroller+carrier+car seat)
price : RM700+-

HALFROD ZUZZ
(stroller+carrier+car seat)
price : RM930+-

ok dah la, jam pun dah nak pukul 5, selesai cuci-cuci mata aku..hahaha saje suke-sukekan, belinya belum tentu...


inspiring words 22062012


very inspiring kan..

especially untuk bosses yang buntu nak assign tugas kat anak buah..gunalah kata-kata Bill Gates ni..;) 
So tak de la orang rajin je yang asyik kene buat keje..;p

wordless wednesday 20062012




suamiiiii.......nak durian, teringin.....................;)

kenangan satay

Last week hari bapa, dikesempatan ni aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia ni, hmm...walaupun bapa ku dah meninggal 8 tahun lepas, tapi bila hati tanpa sedar merindunya aku akan bermimpi tentangnya, orang kata kalau kita bermimpi kan seseorang tapi dia senyap tak bercakap so betullah kita berjumpa dengannya, kalau yang bercakap tu syaitan katanya..wallahualam..Semasa hayatnya, aku megaku lebih rapat dengannya berbanding mamaku...


Aku sekadar nak mengimbau kenangan pekerjaan bapakku...

INTRO 

Bapakku bekerja sebagai peniaga, berniaga satay..Perniagaan turun-temurun keluarganya sejak dari zaman Jepun katanya..Perniagaan yang membuatkan anak-beranak keturunan ini tidak bekerja makan gaji, kebanyakkannya berniaga..Tapi sampai ke generasi keluarga ku, semuanya makan gaji, tiada seorang pun yang berniaga, hanya anak-anak mak cik ku yang masih meneruskan perniagaan satay ni, boleh lah kalian yang berminat nak merasa, berkunjung ke Satay Wak Rose di Ipoh, ada lah 2 3 cawangan kecil, saudara-mara aku lah tu yang mengusahakan..

PROSES 
Perniagaan yang diusahakan keluarga ini, memanglah menghasilkan makanan yang mudah, tapi proses penyediaannya mengambil masa seharian, apatah lagi bagi menghasilkan 2 3 ribu cucuk satay sehari, ditambah penghasilan kuah kacangnya lagi...Aku yang dari kecil bergelumang dengan dunia pembikinan satay ini mungkin menyebabkan aku berminat untuk berniaga, tapi bukan mengusahakan satay..hahaha kalaupun nak berniaga satay, aku akan subkan kerja-kerja menyucuk dan memproses ke pekerja-pekerja bawahan, dalam erti kata lain, modal kena banyak lah kan..;p

Seingat aku dizaman aku sedang membesar, setiap pagi lori daging akan sampai di rumah nenekku, dan lebih kurang jam 8 pagi, semua ahli keluarga akan berkumpul dan menghiris daging ayam/lembu menjadi hirisan kecil, kemudian apabila zaman beredar ke permodenan, mula ada mesin menghiris daging jadi kerja itu menjadi lebih mudah. Lepas menghiris, daging-daging di gaul dengan rencahnya, dan di perap. Sambil itu, kami yang kanak-kanak, sepupu-sepapat ditugaskan memesin kacang untuk dibuat kuah kacang, satu kerja yang seronok pada mulanya, tapi bagi menghabiskan seguni kacang, lama-kelamaan akan menjadi bosan..hehehe

Nasi impit juga tak lupa disediakan dan penuhlah meja dengan nasi-nasi impit yang kami sepupu-sepapat bungkuskan berasnya malam semalam. Selepas siap membungkus beras nasi impit,diteruskan pulak dengan upacara mengira lidi satay untuk diikat seratus-seratus, supaya bila menyucuk satay nanti senang proses mengiranya..masa ni memang kami berlumba siapa yang mengira cepat..semua aktiviti kami tu diselia nenekku..Selepas siap semua kerja-kerja kami, upah yang selalu kami dapat ialah beli jajan bila mamak tenteng(mamak yang jual roti & jajan naik motor tu) datang, memang ambik tak ingat dunia, sorang 2 3 jajan.. memang memori yang indah bila dikenangkan semula..kui3

Kuah kacang seperiuk besar seperti orang menyediakan masakan kawah kenduri sudah menjadi mainan keluarga ku setiap hari, kalau keluarga biasa mungkin jarang bertemu dengan periuk kawah, tapi kami, setiap hari kene bergilir mengacau kuah kacang didalamnya, takut hangit jika dibiarkan..

Selepas cukup jam daging diperap, mula pula proses menyucuk satay, 2 3 talam bersaiz talam hidangan nasi ambang di hidangkan di hadapan kami yang isinya adalah daging ayam / lembu yang telah diperap siap untuk dicucuk..semua ahli keluarga yang cukup umur (7 tahun keatas biasanya), mesti tahu menyucuk satay..jadi masing-masing duduklah menghadap talam tersebut, hinggalah habis semua daging dicucuk..Cucuk juga ada caranya, kalau salah caranya, nenekku tahu, dia boleh mengagak sekilo daging berapa cucuk satay yang boleh diperolehi, jadi jika kurang cucuk satay yang terhasil, maksudnya pasti ada yang salah menyucuk..hehehe

Semasa kami semua, sepupu-sepapat masih kecil, memang nenek ada mengupah pekerja untuk membantu membuat kerja-kerja, tapi bila kami semua pun dah besar, tak perlu rasanya mengupah mereka lagi. Tapi keluarga mak cik ku anak-beranak memang mengabdikan diri sepenuhnya dengan dunia satay. Bagi keluarga ku, bapakku tak begitu menggalakkan kami melibatkan diri, kami hanya membantu bila hari cuti..

Selepas tengah hari kebiasaannya, adalah masa untuk berehat, dan bila petang semua bersiap, bapakku, makcikku & suaminya, mengangkat bahagian masing-masing, satay, kuah, nasi impit, timun, bawang dll untuk di bawa ke kedai..Dan cerita dikedai nanti, lain pulak...

Bulan paling bahagia, adalah semasa di bulan puasa, kami akan bercuti sebulan, dimana, sebulan kami tidak berniaga, tapi penyediaan satay tetap perlu untuk tempahan hari raya, peti ais besar di rumah akan dipenuhi dengan satay-satay yang telah siap dicucuk, hanya menunggu masa di bakar di pagi raya..kami turut menjual ketupat, jadi memang ahli keluarga juga perlu pandai menganyam ketupat..

CERITA PAGI RAYA

Di pagi raya bagi keluarga peniaga satay, tidak sama seperti keluarga lain, bapakku, datukku, pakcik ku semua ber t-shirt buruk seawal pagi sebelum subuh sudah membasah keringat membakar satay tempahan pembeli...Berhenti sebentar untuk solat hari raya dan bersambung semula selepas itu. Kami anak-anak yang dah siap tak sabar nak beraya ni kadang-kadang terpaksa menunggu sambil melayan pembeli yang datang kerumah yang ingin membuat tempahan, atau membeli kuah kacang..Belum lagi dikira nenek yang mengambil tempahan untuk VIP(datuk-datuk) yang hidangan hari rayanya pun keluarga kami yang sediakan, pemalas sungguh kan mereka..huhuhu sehingga ke tengah hari baru dapat bersalam-salaman, kemudian menziarah saudara mara terdedat. Itu pun kemudiannya, sambung balik membakar satay..hehehe

PENUTUP

Begitulah rutin harian keluarga peniaga satay..Untung memang banyak, tapi badan pun penat...Bukan aku tak bangga dengan pekerjaan bapakku, aku bangga, tapi pengalaman orang disekeliling aku tu menyebabkan aku menjadi diri aku yang sekarang, aku decide biar pun aku tak pakai kereta mewah macam saudara-saudara ku yang berniaga sekarang ni dan rumah pun tak besar, tapi hidup aku tenang, aku boleh cuti bila aku penat, 8 - 5 pegi kerja, malam relaks spend time dengan family, ape lagi mau..=)

p/s : Al-fatihah untuk dua insan yang aku tersangat sayang dalam entri ni,  nenek aku (yang aku panggil embah) & bapak ku, kedua-duanya pergi pada tahun yang sama, 2004 (kesedihan besar pada tahun tu)....

wordless wednesday 13062012



p/s : berhati-hati & jaga diri wahai kaum wanita

tembikai susu


Semalam officemate aku bagi buah ni...die bagi aku saiznya lebih kurang suku dari sebiji buah aku dapat, kebetulan housemate aku balik kampung, so memang tinggal sorang kat umah...pagi tadi aku potong la separuh dari yang aku dapat tu, bawak bekal ke office...
Dari pagi tadi sampai ke petang ni aku mengunyap benda alah ni...
Lepas makan dah tinggal 2 3 potong tu terdetik pulak, alamak elok ke aku makan buah ni, huhu mane la tau kan..kot ade effect pulak nanti..
Tapi bila search kat internet, legaaaa..
Bagus rupanya buah ni, and memang di galakkan makan saat-saat macam ni..hehehe fuhhhh....

antara khasiatnya boleh baca di sini :

1.  cempakamelati.blogspot.com

2. sumysya.blogspot.com

teluk batik 2012 (versi pagi 02062012)

Pagi tu kami breakfast ala kadar je di homestay, mak aku sponsor ayam KFC, beli malam semalamnya, so pagi tu kami makan ayam KFC, rendang(mak aku bawak dari rumah), and nasi impit(adik ipar aku rebus semalam)..hehehe  

Lepas dah mandi-mandi pagi tu, diorang plan nak terjun laut la kat teluk batik, hahaha tapi aku malas (kalau air sungai aku suke, laut ni leceh pasir-pasir tu), tanya encik hubby, ingatkan die nak mandi laut, rupenya die pun malas, adik-adik aku je yang mandi laut..memang dari homestay diorang tak mandi, kui3..


Sambil adik-adik aku mandi tu...hubby ajak aku jalan sepanjang pantai tu, hehehe seronok, selalu gi time petang,panas...jalan time pagi-pagi ni syok je..teringat masa gi penang dengan kawan-kawan matriks dulu, ni yang terasa nak ajak hubby gi stay kat penang ni, nak stay kat chalet tepi pantai, bangun-bangun tido keluar je chalet leh terus jejak pasir pantai..bestnyeeee...

Selesai aktiviti mandi-manda ni, kami balik semula ke homestay, siap-siap kemas barang, nak balik...lepas tu terus pegi memborong hasil makanan laut..=) 

-tamatlah kisah cuti teluk batik 2012-

teluk batik 2012 (versi dinner & jalan-jalan malam 01062012))

Aktiviti ni lah yang paling ditunggu-tunggu oleh aku, kui3..nak makan kerang bakar!!!!!hehehe excited betul rasanya..

Awal-awal lagi aku dah survey tempat makan yang best kat Lumut ni, aku tengok kat internet, bloggers ramai yang suggest Ikan Bakar Lumut, tapi bila cuba search map, macam takut tak jumpa kan, so aku set dalam mind, tak kisah la makan kat mana pun, asalkan aku dapat makan kerang bakar..hehe
Tapi rupanya senang je nak jumpa Ikan Bakar Lumut ni, lepas je simpang empat arca siput tu, menghala ke jetty Lumut, sebelah kanan tu lah dia Ikan Bakar Lumut..=)


Memang ramai sangat orang makan kat sini, jadi memang memerlukan kesabaran yang tinggi..makanan memang ok la sedap, tapi nasi di bagi sikit sangat, tak cukup rasanye, masa order dah cakap dah nasi 7 pinggan, dia bagi nasi sepinggan lebar tu je, memang kalau dibahagi-bahagi jadi sikit la..kami pulak order macam nak makan 10 orang je rasanya, ikan siakap dua ekor, masak stim & sweet sour, sotong celup tepung, udang butter, kailan goreng, kerang bakar, tomyam, ade lagi ke?ntah aku pun dah lupa, kui3..lepas tu makanan pulak datang runcit-runcit memang potong selera la nak tangkap gambar bagai, perut dah lapar...gambar kerang bakar je yang sempat snap..;p 


Lepas makan, jalan-jalan kejap kat area jetty lumut...ramai juga orang, may be sebab cuti sekolah and esoknya weekend kan..payah la nak cari parking..adik aku & wife die dah memborong hasil laut bagai, sebab esok diorang nak terus shoot ke majlis kahwin kawan katanya..

teluk batik 2012 (versi jalan-jalan petang 01062012)

Lepas dah puas rehat, makan-makan apa yang patut kat homestay, around pukul 6 kami jalan-jalan menjenguk kawasan, aku yang taunya pantai teluk batik je la kan, tapi encik hubby bawak kitorang ke jetty complex marina island, aku pun tak pernah sampai area tu..

Kawasan cantik, sesuai lah untuk berphoto shoot, masa tu pun ade pasangan baru lepas nikah kot, berphoto shoot kat situ..

Kami pun berphoto shoot je kat sini, masing-masing cari gaya masing-masing snap pakai camera masing-masing, kui3 

mak aku melaram pakai topi pink aku, kui3


Lepas dah puas bergambar, konon-konon nak basahkan tekak sambil nak lepas ngidam minum cendol, tengok2, cendol kat Mr Cendol ni sume HABIS...kecewa betul aku..=( tapi adik aku cakap (tak tau la die nak sedapkan hati aku ke ape, dia kata ala x sedap pun cendolnya, sebab kat Batu Gajah ada cawangannya) so aku terubat sikit la, perasaan tu..hehehe (tapi Alhamdulillah, Ahad tu, ada kenduri kawan hubby, diorang ade hidangkan cendol, kui3, dapat aku makan...)

Kami singgah basahkan tekak kat gerai tepi laut(gambar pondok dalam collage yang aku buat kat atas tu). Yang paling kelakar, menu punya la panjang berjela konon sume ade, tapi bila order sume habis, haddoiiii...Petang tu aku order laksa & lai chee kang, hahaha tak pernah-pernah aku order laksa tetibe je..yang lain tak order makan pun, just minum je, sebab diorang dah makan kat homestay tadi..

teluk batik 2012 (versi penginapan)

Cuti sekolah yang lepas, kami sefamili mengambil peluang berkumpul, maklumlah, mak aku, adik aku & isteri golongan cikgu-cikgi, adik aku yang last skolah lagi, tinggal aku, hubby n adik aku yg no 3 je bukan cikgu, jadi bila nak berjalan ni, kene tunggu time cikgu & budak sekolah ni cuti la, baru leh dapat kumpul ramai-ramai. 

So 1hb june tu aku pun amiklah cuti, bertolaklah kami ke Lumut..mak aku ni teringin nak pegi Teluk Senangin sebenarnya, tapi aku tak tau nak stay kat mana kat Teluk Senangin tu, aku survey kat internet macam tak berapa menarik je, aku takut tak selesa...

Sampai around pukul 4ptg, check in kat homestay di Apartment Bukit Permata. Famili aku ni, tak pernah bila bercuti stay kat homestay, (yang mak aku tau book hotel/chalet je) hahaha so bila aku bawak stay kat homestay ni, mak aku macam suke pulak, senang die buat macam rumah sendiri je kan...adik aku and wife die pulak aku lantik jadi AJK makanan, kui3, sebab die rajin masak. So bab-bab makan, diorang settlekan.


Ni la rupa homestay kami di Lumut tu..kalau berminat boleh la hubungi Iwan Homestay. Kawasan apartment ni memang banyak homestay. Tapi terus-terang aku cakap, rumah yang aku duduk ni panas, mungkin facing rumah ni tak sesuai kot, memang terasa bahang, malam memang tak lena lah tido. Master bedroom ade air-cond, aku bagi mak aku tido situ, die share dgn adik aku no 3, so selesa la..Tapi bilik lain memang kami kepanasan. Before ni pernah jugak in-law family bercuti stay kat apartment kawasan ni tapi umah lain, rumah tu ok je kami tido tak panas pun..hmm, aku assume facing bangunan ni la yang menyebabkan pengudaraan tak bagus, jadi panas..Owh lagi satu, rumah ni tak de Astro, tv je ada 2, x dapat tengok superspontan final malam tu..=(


mengantuk

huuargghhhhhh....

menguap, mata kuyu, kepala berat..huhu simptom di petang hari yang menghantui diri semenjak seminggu dua ni..apa nak buat??macam mana nak selesaikan masalah ni??

mengantuk yang bukan dibuat-buat, sampai kan nak ke toilet pun aku boleh menguap, jalan pun macam orang mamai, aduhhh, nasib la bilik aku ni tersorok sikit, kalau tak segan jugak dengan kawan-kawan, and students kalau ternampak keadaan aku di petang hari, macam dah tak terurus je..

Bila baca artikel dalam internet, memang di sarankan untuk tidur 15 mins +- tapi, masalahnya, aku ni bukan jenis macam tu, lepas sekali dulu aku cuba, aish..bukan lagi lena, lagi sakit kepala jadinya..

Aku ni berkira sikit, bagi aku kalau tido maksudnya baring elok-elok di tempat yang selamat, kecuali kalau dalam kereta la especially masa hubby drive hehehe, orang lain drive aku tak tido sebab kurang percaya sket, walaupun kawan-kawan.. kalau kat dalam opis ke, surau ke, mana-mana open area ke, jangan harap aku boleh tido, aku rasa tak selamat..nak balik kejap tido kat umah?? alahhaiii...umah dah la tingkat 4, buat penat aku je menapak naik tangga banyak-banyak dalam keadaan macam ni, buat bahaya je..


Menaip entri ni pun sebab aku nak elak rasa mengantuk yang membuak-buak tu..huhu ni pun gelong gak ni, kepala berat je rasanye..=(  seronoknya kalau dapat tido..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme