Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

teluk batik 2012 (versi dinner & jalan-jalan malam 01062012))

Aktiviti ni lah yang paling ditunggu-tunggu oleh aku, kui3..nak makan kerang bakar!!!!!hehehe excited betul rasanya..

Awal-awal lagi aku dah survey tempat makan yang best kat Lumut ni, aku tengok kat internet, bloggers ramai yang suggest Ikan Bakar Lumut, tapi bila cuba search map, macam takut tak jumpa kan, so aku set dalam mind, tak kisah la makan kat mana pun, asalkan aku dapat makan kerang bakar..hehe
Tapi rupanya senang je nak jumpa Ikan Bakar Lumut ni, lepas je simpang empat arca siput tu, menghala ke jetty Lumut, sebelah kanan tu lah dia Ikan Bakar Lumut..=)


Memang ramai sangat orang makan kat sini, jadi memang memerlukan kesabaran yang tinggi..makanan memang ok la sedap, tapi nasi di bagi sikit sangat, tak cukup rasanye, masa order dah cakap dah nasi 7 pinggan, dia bagi nasi sepinggan lebar tu je, memang kalau dibahagi-bahagi jadi sikit la..kami pulak order macam nak makan 10 orang je rasanya, ikan siakap dua ekor, masak stim & sweet sour, sotong celup tepung, udang butter, kailan goreng, kerang bakar, tomyam, ade lagi ke?ntah aku pun dah lupa, kui3..lepas tu makanan pulak datang runcit-runcit memang potong selera la nak tangkap gambar bagai, perut dah lapar...gambar kerang bakar je yang sempat snap..;p 


Lepas makan, jalan-jalan kejap kat area jetty lumut...ramai juga orang, may be sebab cuti sekolah and esoknya weekend kan..payah la nak cari parking..adik aku & wife die dah memborong hasil laut bagai, sebab esok diorang nak terus shoot ke majlis kahwin kawan katanya..

0 Response to "teluk batik 2012 (versi dinner & jalan-jalan malam 01062012))"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme