teluk batik 2012 (versi penginapan)

Cuti sekolah yang lepas, kami sefamili mengambil peluang berkumpul, maklumlah, mak aku, adik aku & isteri golongan cikgu-cikgi, adik aku yang last skolah lagi, tinggal aku, hubby n adik aku yg no 3 je bukan cikgu, jadi bila nak berjalan ni, kene tunggu time cikgu & budak sekolah ni cuti la, baru leh dapat kumpul ramai-ramai. 

So 1hb june tu aku pun amiklah cuti, bertolaklah kami ke Lumut..mak aku ni teringin nak pegi Teluk Senangin sebenarnya, tapi aku tak tau nak stay kat mana kat Teluk Senangin tu, aku survey kat internet macam tak berapa menarik je, aku takut tak selesa...

Sampai around pukul 4ptg, check in kat homestay di Apartment Bukit Permata. Famili aku ni, tak pernah bila bercuti stay kat homestay, (yang mak aku tau book hotel/chalet je) hahaha so bila aku bawak stay kat homestay ni, mak aku macam suke pulak, senang die buat macam rumah sendiri je kan...adik aku and wife die pulak aku lantik jadi AJK makanan, kui3, sebab die rajin masak. So bab-bab makan, diorang settlekan.


Ni la rupa homestay kami di Lumut tu..kalau berminat boleh la hubungi Iwan Homestay. Kawasan apartment ni memang banyak homestay. Tapi terus-terang aku cakap, rumah yang aku duduk ni panas, mungkin facing rumah ni tak sesuai kot, memang terasa bahang, malam memang tak lena lah tido. Master bedroom ade air-cond, aku bagi mak aku tido situ, die share dgn adik aku no 3, so selesa la..Tapi bilik lain memang kami kepanasan. Before ni pernah jugak in-law family bercuti stay kat apartment kawasan ni tapi umah lain, rumah tu ok je kami tido tak panas pun..hmm, aku assume facing bangunan ni la yang menyebabkan pengudaraan tak bagus, jadi panas..Owh lagi satu, rumah ni tak de Astro, tv je ada 2, x dapat tengok superspontan final malam tu..=(


0 Response to "teluk batik 2012 (versi penginapan)"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme