Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

kenangan satay

Last week hari bapa, dikesempatan ni aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa di dunia ni, hmm...walaupun bapa ku dah meninggal 8 tahun lepas, tapi bila hati tanpa sedar merindunya aku akan bermimpi tentangnya, orang kata kalau kita bermimpi kan seseorang tapi dia senyap tak bercakap so betullah kita berjumpa dengannya, kalau yang bercakap tu syaitan katanya..wallahualam..Semasa hayatnya, aku megaku lebih rapat dengannya berbanding mamaku...


Aku sekadar nak mengimbau kenangan pekerjaan bapakku...

INTRO 

Bapakku bekerja sebagai peniaga, berniaga satay..Perniagaan turun-temurun keluarganya sejak dari zaman Jepun katanya..Perniagaan yang membuatkan anak-beranak keturunan ini tidak bekerja makan gaji, kebanyakkannya berniaga..Tapi sampai ke generasi keluarga ku, semuanya makan gaji, tiada seorang pun yang berniaga, hanya anak-anak mak cik ku yang masih meneruskan perniagaan satay ni, boleh lah kalian yang berminat nak merasa, berkunjung ke Satay Wak Rose di Ipoh, ada lah 2 3 cawangan kecil, saudara-mara aku lah tu yang mengusahakan..

PROSES 
Perniagaan yang diusahakan keluarga ini, memanglah menghasilkan makanan yang mudah, tapi proses penyediaannya mengambil masa seharian, apatah lagi bagi menghasilkan 2 3 ribu cucuk satay sehari, ditambah penghasilan kuah kacangnya lagi...Aku yang dari kecil bergelumang dengan dunia pembikinan satay ini mungkin menyebabkan aku berminat untuk berniaga, tapi bukan mengusahakan satay..hahaha kalaupun nak berniaga satay, aku akan subkan kerja-kerja menyucuk dan memproses ke pekerja-pekerja bawahan, dalam erti kata lain, modal kena banyak lah kan..;p

Seingat aku dizaman aku sedang membesar, setiap pagi lori daging akan sampai di rumah nenekku, dan lebih kurang jam 8 pagi, semua ahli keluarga akan berkumpul dan menghiris daging ayam/lembu menjadi hirisan kecil, kemudian apabila zaman beredar ke permodenan, mula ada mesin menghiris daging jadi kerja itu menjadi lebih mudah. Lepas menghiris, daging-daging di gaul dengan rencahnya, dan di perap. Sambil itu, kami yang kanak-kanak, sepupu-sepapat ditugaskan memesin kacang untuk dibuat kuah kacang, satu kerja yang seronok pada mulanya, tapi bagi menghabiskan seguni kacang, lama-kelamaan akan menjadi bosan..hehehe

Nasi impit juga tak lupa disediakan dan penuhlah meja dengan nasi-nasi impit yang kami sepupu-sepapat bungkuskan berasnya malam semalam. Selepas siap membungkus beras nasi impit,diteruskan pulak dengan upacara mengira lidi satay untuk diikat seratus-seratus, supaya bila menyucuk satay nanti senang proses mengiranya..masa ni memang kami berlumba siapa yang mengira cepat..semua aktiviti kami tu diselia nenekku..Selepas siap semua kerja-kerja kami, upah yang selalu kami dapat ialah beli jajan bila mamak tenteng(mamak yang jual roti & jajan naik motor tu) datang, memang ambik tak ingat dunia, sorang 2 3 jajan.. memang memori yang indah bila dikenangkan semula..kui3

Kuah kacang seperiuk besar seperti orang menyediakan masakan kawah kenduri sudah menjadi mainan keluarga ku setiap hari, kalau keluarga biasa mungkin jarang bertemu dengan periuk kawah, tapi kami, setiap hari kene bergilir mengacau kuah kacang didalamnya, takut hangit jika dibiarkan..

Selepas cukup jam daging diperap, mula pula proses menyucuk satay, 2 3 talam bersaiz talam hidangan nasi ambang di hidangkan di hadapan kami yang isinya adalah daging ayam / lembu yang telah diperap siap untuk dicucuk..semua ahli keluarga yang cukup umur (7 tahun keatas biasanya), mesti tahu menyucuk satay..jadi masing-masing duduklah menghadap talam tersebut, hinggalah habis semua daging dicucuk..Cucuk juga ada caranya, kalau salah caranya, nenekku tahu, dia boleh mengagak sekilo daging berapa cucuk satay yang boleh diperolehi, jadi jika kurang cucuk satay yang terhasil, maksudnya pasti ada yang salah menyucuk..hehehe

Semasa kami semua, sepupu-sepapat masih kecil, memang nenek ada mengupah pekerja untuk membantu membuat kerja-kerja, tapi bila kami semua pun dah besar, tak perlu rasanya mengupah mereka lagi. Tapi keluarga mak cik ku anak-beranak memang mengabdikan diri sepenuhnya dengan dunia satay. Bagi keluarga ku, bapakku tak begitu menggalakkan kami melibatkan diri, kami hanya membantu bila hari cuti..

Selepas tengah hari kebiasaannya, adalah masa untuk berehat, dan bila petang semua bersiap, bapakku, makcikku & suaminya, mengangkat bahagian masing-masing, satay, kuah, nasi impit, timun, bawang dll untuk di bawa ke kedai..Dan cerita dikedai nanti, lain pulak...

Bulan paling bahagia, adalah semasa di bulan puasa, kami akan bercuti sebulan, dimana, sebulan kami tidak berniaga, tapi penyediaan satay tetap perlu untuk tempahan hari raya, peti ais besar di rumah akan dipenuhi dengan satay-satay yang telah siap dicucuk, hanya menunggu masa di bakar di pagi raya..kami turut menjual ketupat, jadi memang ahli keluarga juga perlu pandai menganyam ketupat..

CERITA PAGI RAYA

Di pagi raya bagi keluarga peniaga satay, tidak sama seperti keluarga lain, bapakku, datukku, pakcik ku semua ber t-shirt buruk seawal pagi sebelum subuh sudah membasah keringat membakar satay tempahan pembeli...Berhenti sebentar untuk solat hari raya dan bersambung semula selepas itu. Kami anak-anak yang dah siap tak sabar nak beraya ni kadang-kadang terpaksa menunggu sambil melayan pembeli yang datang kerumah yang ingin membuat tempahan, atau membeli kuah kacang..Belum lagi dikira nenek yang mengambil tempahan untuk VIP(datuk-datuk) yang hidangan hari rayanya pun keluarga kami yang sediakan, pemalas sungguh kan mereka..huhuhu sehingga ke tengah hari baru dapat bersalam-salaman, kemudian menziarah saudara mara terdedat. Itu pun kemudiannya, sambung balik membakar satay..hehehe

PENUTUP

Begitulah rutin harian keluarga peniaga satay..Untung memang banyak, tapi badan pun penat...Bukan aku tak bangga dengan pekerjaan bapakku, aku bangga, tapi pengalaman orang disekeliling aku tu menyebabkan aku menjadi diri aku yang sekarang, aku decide biar pun aku tak pakai kereta mewah macam saudara-saudara ku yang berniaga sekarang ni dan rumah pun tak besar, tapi hidup aku tenang, aku boleh cuti bila aku penat, 8 - 5 pegi kerja, malam relaks spend time dengan family, ape lagi mau..=)

p/s : Al-fatihah untuk dua insan yang aku tersangat sayang dalam entri ni,  nenek aku (yang aku panggil embah) & bapak ku, kedua-duanya pergi pada tahun yang sama, 2004 (kesedihan besar pada tahun tu)....

1 Response to "kenangan satay"

  1. Unknown says:

    makcik stil meniaga sampai skrg?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme