mengantuk

huuargghhhhhh....

menguap, mata kuyu, kepala berat..huhu simptom di petang hari yang menghantui diri semenjak seminggu dua ni..apa nak buat??macam mana nak selesaikan masalah ni??

mengantuk yang bukan dibuat-buat, sampai kan nak ke toilet pun aku boleh menguap, jalan pun macam orang mamai, aduhhh, nasib la bilik aku ni tersorok sikit, kalau tak segan jugak dengan kawan-kawan, and students kalau ternampak keadaan aku di petang hari, macam dah tak terurus je..

Bila baca artikel dalam internet, memang di sarankan untuk tidur 15 mins +- tapi, masalahnya, aku ni bukan jenis macam tu, lepas sekali dulu aku cuba, aish..bukan lagi lena, lagi sakit kepala jadinya..

Aku ni berkira sikit, bagi aku kalau tido maksudnya baring elok-elok di tempat yang selamat, kecuali kalau dalam kereta la especially masa hubby drive hehehe, orang lain drive aku tak tido sebab kurang percaya sket, walaupun kawan-kawan.. kalau kat dalam opis ke, surau ke, mana-mana open area ke, jangan harap aku boleh tido, aku rasa tak selamat..nak balik kejap tido kat umah?? alahhaiii...umah dah la tingkat 4, buat penat aku je menapak naik tangga banyak-banyak dalam keadaan macam ni, buat bahaya je..


Menaip entri ni pun sebab aku nak elak rasa mengantuk yang membuak-buak tu..huhu ni pun gelong gak ni, kepala berat je rasanye..=(  seronoknya kalau dapat tido..

0 Response to "mengantuk"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme