Ipoh Kinta River Walk
2:23 PM
(^_-)V
, Posted in
~dunia peace~
,
0 Comments
1st time menjejakkan kaki berjalan-jalan kat area Kinta River Walk last week. Encik suami nak bawak anak daranya tengok-tengok lampu katenye.
Area Kinta River Walk ni memang banyak pokok lampu-lampu ala-ala i-City. So warga Ipoh, dah tak payah ke Shah Alam pun boleh bergambar dengan pkok lampu-lampu..hahaha
Dulu area ni malam-malam sunyi je..dulu kat sini la kampung aku (umah opah belah mak aku), tapak rumah betul-betul sebelah sekolah poi lam, sampai zaman aku kat universiti jugaklah rasenye baru gomen amik balik tanah tu, dan opah aku pun dah berpindah. Malam-malam nak tido sunyi je, takut woo, dengar bunyi macam-macam terasa macam duk kat hutan (belakang umah opah aku masa tu memang ade semak samun kecik siap ada pokok durian, so memang boleh consider kampung dalam bandar la, hehehe)
Ok back to topic, al-kisah daddynye ajak gi situ sebab nak dinner, masing-masing baru sampaikan, maklumlah hari Jumaat, so dia kesian la kat wife dia ni nak masak-masak. So aku pun ok la, tak pernah pegi lagi kan, kira ON je la.. Kami sampai dalam pukul 8 malam, orang pun tak ramai lagi, tapi terasa happening la, warga Ipoh makin membanjiri tempat tu, ade yang datang nak makan, ade yang nak main beskal, ade yang setakat nak jalan-jalan tengok lampu.
Kami mencuba makan di Dubliner's Cafe, tengok menu, ntah blurr kejap nak order ape, aku cari perkataan "rice"..haha maklumlah anak aku suka makan nasi, so menu aku kene la ade nasi..Dah siap order kami pun tengok-tengok la kawasan, amik-amik gambo sementara menunggu makanan sampai..Puas hati gak la dengan food di situ, sebab dengan RM 16 (set nasi, ayam ala chicken chop, telur goreng, dan coleslaw + appetizer + dessert + air juice) kenyang kami makan, nasi tu memang banyak..
Antara kedai-kedai makan yang ada kat situ macam, 21 Grilled, Haagen Dasz(cafe ice cream,kalo ibu mengandung tingin nak makan eskrem haagen dasz, leh la encik suami rush datang ke sini, masa aku pregnant x penah lagi ngidam eskem-tetibe teringat cite projek memikat suami, peti ais dah penuh eskem, tapi si ema maembong nak eskem brand lain plak, lagi 1 cite hindustan ape ntah tajuk aku lupa yang pretty zinta pregnant nak eskem mahai, saif ali khan siap bawak pi hotel makan eskem, kui3). Ade jugak Palong Tin Museum, buka sampai pukul 10 malam. Boleh jugak sewa beskal, ade yang boleh naik sorang, 2 org & 3 org, availble sampai pukul 11 malam.
Tu la rope basikal yang boleh disewa, siap ade bumbung lagi..:)
So kalau singgah ke Ipoh, boleh la berjalan-jalan area Kinta River Walk. :)
0 Response to "Ipoh Kinta River Walk"
Post a Comment