Drive Carefully


Ajal, maut, jodoh, pertemuan, tak pernah lewat walau sedetik. 
Itu memang tak dinafikan.

Kadang-kadang aku makin takut dengan sikap pemandu sekarang, tapi sebenarnye bukan sekarang je, dulu pun sama, it's just sekarang dah makin ramai orang yang ada lesen dan punya kenderaan, jadi jalan raya dah makin banyak kenderaan. 

6 tahun lepas, aku ulang alik guna highway, memang lengang je, jarang nak jumpa situasi highway jam, unless cuti perayaan. Tapi sekarang 2 tahun kebelakangan ni, pantang hujung minggu kereta dah mula memenuhi highway, tambah-tambah kalau musim cuti sekolah, lagilah, banyak kenderaan atas highway.

Sekarang ni lagilah, bertambah seorang penumpang cilik dalam kereta tu tiap kali berulang alik, aku selalu cakap kat Alisya, kita nak balik jauh, duk diam-diam, jangan merengek, kalau ngantuk tido, rehat, mummy nak drive, nanti dah sampai mummy dukung. Ada masa memang dia merengek juga, kebosanan mungkin. Lagilah mencabar pemanduan aku, emosi memang kena jaga, yelah bukan senang nak tenangkan baby utk long distance journey yang hanya ada kita & dia je dalam kereta. huhuh Alhamdulillah, Allah sentiasa melindungi kami, selamat sampai ke destinasi yang dituju.

2 minggu lepas, sedang memandu pulang, aku berselisih dengan pelajar dari institusi tempat aku bekerja di highway, pelajar tu siap buat aksi superman atas motor!!!!fuhhh memang memalukan betul!!!aku kenal la budak tu sebab pakai beg insitusi tempat aku bekerja. haihh memang naik darah aku dibuatnya...

Lepas ni kalaupun korang dah pernah tengok video ni, ataupun video lain yang seumpamanya..ambillah iktibar, memandulah secara berhemah. Ingat orang yang tersayang, ingat pemandu lain, ingat tanggungjawab, ingat beban yang harus ditanggung bila kita dah tiada nanti, jangan susahkan orang. 

Bagi aku dalam hidup aku  ni senang je, aku tak suka nak susahkan orang, so aku harap orang tak susahkan hidup aku.

0 Response to "Drive Carefully"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme