Majlis aqiqah untuk Nur Sofea & sambutan hari lahir Nur Alisya

Lama dah nak buat aqiqah untuk si Sofea, tapi baru minggu lepas tercapai hajat, sebabnya, almaklumlah, cuti bersalin hari tu memanglah lama, tapi dah berjauhan dengan daddy, 3 beranak kat Ipoh, daddy keje kat Johor, so paling ideal buat hujung tahun ni, alang-alang dah balik kampung ni kan.


Bergambar dengan kambing Nur Sofea, moga amalan ini diterima.

Jemputan macam biasa, ahli keluarga terdekat and kawan-kawan. Bajet dalam 80-100 orang, sebab kambing tu pun anggaran cukup untuk bilangan tu.
Seronok juga, sesekali berkumpul ramai-ramai, lama dah tak jumpa family sendiri. Kawan-kawan rapat pun ada yang datang, rasa seronok walaupun dapat berjumpa walau sekejap.
Buat majlis simple je, ade kambing, ade hidangan makanan untuk tetamu, ada kek untuk anak aku potong, dah.


Candy buffet ni adik aku yang nak hiaskan, maklumlah orang-orang seni ni lain sikit feel dia bila buat event..layankan..

Aku lemas sebenarnya kalau nak ikut adat ni, tapi kadang2 orang tua nak jugak marhaban la ape la, tu pun aku tegaskan anak-anak aku tak de nak buai2 bagai, budak pun dah pandai merangkak, nak buai mendanya..haha so buat simple-simple je, asalkan aqiqah tu dah buat.

Baju pun kalau tengok, kita recycle je baju raya ari tu, ko bukan retis bajet tamo pakai baju recycle kan..ade aku kesah, yang penting aku tak berhutang. Cuma baju Sofea aku buatkan baju baru, sebab masa raya dia baby lagi, mana muat dah baju tu..hehe


Princess wannabe bergambar dengan familynya, beserta opah & embah. Siap bercrown bagai anak aku tu sekarang, tak pa la kalau kaya macam dato' vida sok mummy tumpang happy..😜
posted from Bloggeroid

0 Response to "Majlis aqiqah untuk Nur Sofea & sambutan hari lahir Nur Alisya"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme