child emotion
8:44 PM
(^_-)V
, Posted in
Nur Alisya
,
0 Comments
Salam Jumuah..ketika aku menulis ni, Alisya sedang lena tido die sebelah..lama rasenye tak menulis, nak jenguk blog pun dah tak sempat..banyak sangat workload yang perlu diselesaikan..
Minggu ni pulak, macam-macam jadi pada aku dan Alisya..
Alkisahnya macam ni, dah lama bos aku maklumkan yang selasa 12/11 ni aku kena ke Putrajaya..so lepas dah discuss dengan hubby, kami fikir elok kiranya tinggalkan Alisya di Ipoh..sebab takut awal2 pagi aku dah nak gerak ke putrajaya dan balik pun pasti hari dah gelap..
So hari Isnin lepas aku pun tinggalkan Alisya di rumah ibuku...memang bukan mudah..rasenye 2 jam sekali mesti aku telefon nak bercakap dengan Alisya..malam tu pun aku buat video call nampak Alisya happy je..aku pun terubat sikit rindu, tapi ambil masa juga nak tido..maklumlah dari hati bersalinkan die, mana pernah berpisah..huhu
Selasa pagi, aku pun bergerak ke putrajaya..Selesai urusan di putrajaya, malam sekitar jam 7.30 aku smpi di rumah..Aku telefon Alisya...Tapi aku dengar suaranya menangis macam nak ceritakan sesuatu..Terus aku siap balik Ipoh malam tu jugak..Sampai di Ipoh around 9.30 malam, aku pegang badan Alisya dah panas..mak aku kata lepas aku called tu die nangis-nangis dan badannya mula panas..Malam tu aku tido di Ipoh, dan esok pagi bergegas balik semula ke Behrang, bersama Alisya..
Nampak mukanya suka, sebab aku bawak die sekali..Pagi tu terus aku hantar die ke taska, tengah hari pegi jenguk sekejap, rasa badannya masih panas..So aku pun kesian, ambil la die, aku bawak ke office..
Malam tu gembira je die bermain-main..Kesian aku tengok die..
Lepas ni aku akan fikir bukan setakat 2 3 kali kalau nak tinggalkan Alisya..malah beratus-ratus kali..asalkan die x berpisah tido dengan aku..huhu
Sampai ke hari ni, nampak die fobia lagi kalau aku pegi mana-mana walaupun ke dapur pun mesti nak ikut...huhu kesian Alisya..
Published with Blogger-droid v2.0.10
0 Response to "child emotion"
Post a Comment