bz bee weekend

What a busy weekend we had last week..hoho 
rasa macam tak cukup nafas, especially hubby la kot..kita ni duk sebelah je, die yang penat drive ke sana sini...Tapi walaupun duk je, terasa penat gak, sampaikan tido tersengguk-sengguk dalam kete..kui3, maklumlah mak buyung katakan, daya tahan badan tak sekuat masa slim melim dulu, eceh..;p

Jom kita recap ape la yang dibusykan sangat dua orang laki bini ni weekend yang lepas..

15 sept 2012 pagi : 
Bergegas ke Penang sebab nak pegi amik jubah konvo hubby, yeayyy Alhamdulillah hubby dah berjaya menamatkan pengajian Masterji nya..hehehe excited pulak tengok orang pakai jubah konvo, terasa nak pakai lagi sekali, tapi nanti la Insyaallah kalau ade kekuatan nak sambung belajar balik, kui3..
I just wish 1 day I could see my hubby pakai doctoral tam plak..hehehe diri sendiri ntah bile, tak pe la bagi support kat hubby..:)  

15 sept 2012 malam :
 Attending hubby's reunion dengan secondary schoolmates die..Die pulak tu yang organize, so kami kene sampai awal la kan di tempat kejadian, nak set up ape yang patut, kita ikut ni je, meneman je, hehehe Die la yang tak kenyang makan, ke sana ke sini, kita duduk makan je..Makanan banyak pulak tu, and sedap, memang dapat merasa la semua yang dihidang..Sape-sape yang duk area Ipoh, Tower Regency is one of the best place for food, 2 kali attended majlis kat hotel ni, memang dua-dua makanan sedap..So sape-sape nak organize majlis boleh la cuba buat kat Tower Regency..:) 


16 sept 2012 :
Balik dari event reunion tu around pukul 12 pagi..hoho terus solat n tido...pagi-pagi lepas subuh16 sept bergegas ke Kajang untuk attend wedding sepupu belah hubby, Ain..Mula-mula tu kitorang dah sesat barat ntah kemana, adoi, sebabnya ingatkan tak de la dapat kad jemputan (ye lah dalam kad kan ade peta senang la nak cari), tapi rupenya ade, my MIL pegang, kui3, hubby muka dah moody, I dah diam je tak nak sesakkan fikiran die nak cari jalan, lagipun I dah lapar, pinggang pun dah lenguh, baby pun dah tak reti duk diam dalam perut ni..Hubby moody  tu bukan ape sebab dah penat kan, ye lah kawan tu tido tak cukup, petang semalam lepas sampai dari Penang, melayan kawan-kawan dulu sebelum majlis reunion malam tu mula, tambah lagi cari jalan pulak tak jumpa-jumpa, memang moody la kawan tu, hehehe (tapi takpe i dah ngorat sket die, dah ok dah, tak moody dah..;)) I pulak semalam sampai je dari Penang, terus tido, so kira tak lah penat sangatkan hehehe...Tapi Alhamdulillah akhirnya sampai gak kat tempat majlis berlangsung, lepas dah makan-makan, stay kejap meramaikan majlis, petang around 5 pm baru sampai Ipoh..

17 sept 2012 :
Hari beristirehat....:) 

0 Response to "bz bee weekend"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme