Bekerja semula

Dah seminggu aku mula bekerja, hehe fuhh puas cuti kali ni, sebab masa bersalin Alisya dulu, tak de pengalaman lagi kan, so agak neves, aku amik cuti awal dua minggu before due, agak rugi la, Alisya tak sampai umur 3 bulan dah kena start keje.
So time Sofea ni, aku amik cuti ngam-ngam dekat dengan due date, sempat balik kampung, so hasilnya dapat la bercuti lama.
Agak kelam kabut lagi awal-awal ni nak menguruskan dua anak sekaligus setiap pagi nak di hantar ke taska & bersiap gi kerja.
Bayangkan aku setiap pagi dengan beg galas, beg bahu, beg silang, sebelah tangan dukung baby fea, sebelah tangan pegang tangan Alisya turun tangga, umah tingkat 2, haha..memang hilang keayuan la sekarang ni. Tudung pun dah penuh dengan air liur sofea, dia dah mula main air liur..kui3
Nasib lah encik suami memahami, rajin balik 2 3 hari sekali membantu aku uruskan anak-anak, walaupun aku tau jauh jugak kalau nak berulang selalu, huhu. Bertabahalahkan, Insyaallah ada la hikmah disebalik semua ni. Orang kata bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Hopefully dikemudian hari senanglah hidup kami, tak lagi perlu pjj.
Tapi walau macam mana pun, dah dua anak ni aku dah jadi macam alah bisa tegal biasa. May be sebab dah makin tabah, cewahh. Tak la rasa stress macam anak pertama dulu. Aku lebih relaks dan just follow the flow. Ye lah macam lagu awie rafael tu hadapi dengan senyuman 😁, nak stress buat kan, hadap je la, buat dengan ikhlas Insyaallah ada keberkatan.


posted from Bloggeroid

0 Response to "Bekerja semula"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme