The 2nd princess

Alhamdulillah syukur, dah selamat melahirkan zuriat yang kedua pada 17hb Jun, sehari sebelum seluruh umat Islam berpuasa. Means that baby baru ni lahir 30 Syaaban 😃

Pengalaman bersalin yang berbeza dari pengalaman melahirkan anak pertama.
Antaranya:

1. Bersalin kali ni, labour room dipenuhi dengan nurses yang sama-sama memberi sokongan. Tapi to be frank aku rasa serabut bila dah ramai-ramai kat dalam tu, bila semua nak bagi nasihat, bila semua nak bercakap, sudahnya aku teran dah kelaut, koyak pun banyak..huhuhu jawabnya memang kena jahit banyak la kan. Tapi walau apapun terima kasih juga pada certain nurse yang betul-betul membantu aku, bagi air minum, urut badan aku time sakit contraction.

2. Al-kisah wad bersalin penuh, wad kelas 1, penuh, kelas 2 penuh, so aku dimasukkan ke wad kelas 3. Aku tak kisah lah, yang penting dah selamat melahirkan. Baby keluar jam 6.27 pagi, and since ni anak kedua, so pemantauan baby hanya 12 jam, that means jam 6.30 petang aku dah boleh keluar wad if baby and ibu ok semuanya. Alhamdulillah aku boleh check out jam 6.30 petang hari yang sama. So xde la aku kena bermalam kat wad lagi, sebab malam sebelumnya sementara tunggu jalan buka untuk melahirkan aku dah bermalam kat wad.

3. Masuk hari ke-2, bila nurse cek baby kat rumah, dia detect baby nampak kuning. So dia suh refer ke KK untuk amik bacaan darah (LSB). Dan bacaan kuningnya memang tinggi. Doc suh bawak ke hospital duk bawah lampu phototherapy..hukhuk sedih dah aku, dah la baru lepas melahirkan, badan tak sihat lagi. Bermalamlah aku di hospital semalaman dengan gigihnya meletakkan anak aku bawah lampu tu, dan aktif bf kan baby, supaya bacaan kuningnya cepat turun. Dengan harapan tak mau dok hospital lama-lama. Alhamdulillah doc bagi keluar and dia mintak esok amik bacaan LSB di KK je. Legaaa...

ok tu je la yang aku rasa nak berkongsi sekarang ni, nanti cerita lagi ye, sekarang nak pantang betul-betul sebab nak pasang badan, hahaha

posted from Bloggeroid

0 Response to "The 2nd princess"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme