Sticker hijau pada buku merah 😭

Huhu..pregnant kali ni, rekod aku bersih, berat naik tak mendadak, so tak kena minum air gula, tak kena kencing kotor. tapi, satu benda yang aku paling tak boleh adalah makan iron tablet. Dan itu menyebabkan HB aku low. Especially masa bulan ke-7 ari tu, HB aku hanya 9.5, sob3, tak pasal sticker pun bertukar dari putih ke hijau..
Bukan aku tak mau makan iron tablet tu, tapi bila aku makan mesti aku muntah..huhu konon2 orang kata makan time nak tido..alahai, pas makan, bergelodak perut aku, tgh2 malam muntah2.
So ari tu aku terjumpa sorang ni kata dia makan iron tablet tu dengan air kordial (air manis) so aku pun cuba praktik kan. Alhamdulillah last week cek up, HB aku dah naik jd 11.0, lega..
Dah start cek up weekly ni, malas satu hal nak tunggu turn sebab cek up kat sini kat klinik kesihatan bukan kat klinik ibu & anak, jadinya patients bercampur, dari orang tua, orang pregnant sampai la ke baby kuning..huhu kalau tak 2 jam tak sah la.



posted from Bloggeroid

0 Response to "Sticker hijau pada buku merah 😭"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme