Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Magnet Diri

Venue : Dewan Kuliah Utama
Date : 24/5/2012
Time : 8.30 am - 4.30 pm
Course Title : Magnet Diri Untuk Eksekutif



"Apa khabar semua???" ayat pertama yang keluar dari mulut penceramah ni semalam, 3 kali dia ulang soalan yang sama, and jawapan kami pun sama, "Baikk...", Tapi lepas ni dia suruh ubah, kalau orang tanya kali pertama, kita kena jawab "Baikkk..", kali kedua, kita kena jawab, "Hebattt..", kali ketiga "Dasyattt.." and kali keempat, kita perlu jawab, "Tak paham, paham ke..???" hahahaha tu la intro sesi kursus yang aku hadiri semalam, kursus menarik macam ni, free pulak tu, rugi la sapa tak pegi kan...:)

Mula-mula aku pun tak kenal, sape la mamat ni, muka macam penah tengok, then baru teringat, pengacara tv Al-Hijrah, rancangan Assalamualaikum, aku rajin jugak tengok rancangan ni pagi-pagi weekend, selain dari NLKO, hehehe aku tukar-tukar la channel, kejap Assalamualaikum, kejap NLKO, partner die dalam rancangan tu Irma Hasmie, kui3, tapi dia cakap, Irma suka cakap dia tinggi lampai, padahal dia ni, Amin Idris ni kecik je orangnya, rendah je..kui3..

Semalam dia muncul dengan kemeja light purple, and necktie pink, and suit hitam..hmm..menarik, dia kata sekarang dia tengah tulis buku and partner penulisnya Heliza Helmi AF, diorang tengah tulis buku pasal personaliti & pemakaian, macam nak kena beli je, hehehe, penting kita yang berkerjaya ni jaga personaliti, esok kalau students panggil kita mak cik, hah masa tu jangan baru nak hangin satu badan..kui3..

Nampak muda dia ni, tapi dah kahwin dah, cuba la korang search kat google tu ade la gambar kahwin die, anak pun dah 2, isterinya cikgu katanye..Ada la jugak dia bercerita kisah sekolah isteri dia, and macam-macam lagi la. Dia ni memang pandai cakap, knowledge pun banyak(memang pun kalau masa rancangan Assalamualaikum tu, nampak la dia ni knowledgable, compare to Irma) memang tak sia-sia la dia bukak syarikat training consultant ni, sepanjang kursus 8 jam tu aku rasa macam sekejap je dah habis.

Aku sebenarnya adore orang-orang yang ada company sendiri, aku rasa wowww superb la korang ni. Korang boleh uruskan company, kerja korang turun naik flight, tour 1 Malaysia, lepas tu jumpa macam-macam orang. Amin Idris ni kalau korang nak tau, dia blaja dulu tak pandai pun, dia kata masa Degree dia cuma dapat 2.00 je CGPA, kalau 2.00 tu bagi aku macam ko tak blaja langsung tu, hehehe but then dia sambung jugak Master, masa tu dia dapat 3.78 la CGPA, so pointnya kat sini, yang penting diri kita sendiri kan. Bak kata dia, "kita yang pilih jalan hidup kita"

Dalam kursus ni, pengisiannya adalah macam mana nak jadikan diri kita ni orang yang berpengaruh, macam mana teknik menegur, bila kita tegur tu orang boleh terima teguran kita..Semua pengisian tu diselitkan dengan ayat-ayat Al-Quran, dan cerita-cerita yang bermotivasi, so aku suka la, aku rasa penyampaian yang tak sia-sia, tak de la cakap semberono je kan, semua cakap tu ada fakta, ada dalil, tu yang aku suka (sebab tu aku tak suka baca novel, aku suka baca buku-buku fakta)

Kadang-kadang aku rasa kalau aku ada 1 kepakaran, contoh la macam bidang aku ni IT, then aku kerja dalam Maths, mungkin aku boleh combine dua-dua tu, lepas tu sekarang ni lecturer kan kena buat research macam-macam, aku nak cipta 1 kaedah mungkin la kan, bukan la aku kata confirm aku nak buat, kaedah mudah nak faham pecahan, contoh je tu, (sekarang ni kan macam-macam kaedah Maths kan, EasyMaths la, macam-macam) so aku nak buat kaedah tu sampai berjaya, then aku nak bukak 1 company yang memperkenalkan kaedah tu kat semua pelajar fokus aku mesti kat budak sekolah dulu, tapi memang kena uji gila-gila untuk make sure kaedah tu berjaya, hahahaha gila berangan, cumanya kalau aku ni supermom la kan, hahaha, takkan sambil aku nak gi perkenalkan kaedah tu, bercakap kat depan orang, sambil gendong anak pulak, adoi letih macam tu...Tu la impian tu ada, tapi bila nak realisasi pun tak tak tau, orang kata tak salah kita berangan, tak kena bayar pun kan...:)

p/s : Amin Idris kata, dia nak bgtau pasal program kitorang ni kat rancangan Assalamualaikum, hari Ahad ni, hehehe kena tengok ni..;)



2 Response to "Magnet Diri"

  1. mr icham says:

    alahai...taktik lapokkkk intro dia...kami di Prudential, itu pun soalan pertama...dah pakai dari dulu lagi...malah kami akan jawab dalam 4 jenis bahasa, MELAYU, INGGERIS, MANDARIN dan TAMIL...baik, sangat baik, amat baik, oh yesss...good, very good, excellent, oh yesss...ha ha ha...

    (^_-)V says:

    haha, taktik nak tarik perhatian la tu kan..ke die pun join prudential jugak..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme