Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

my favorite "kunyah-kunyah" snacks

Mulut ni asyik nak mengunyah je sekarang ni, gaji bulan-bulan pun abes kat makan, kui3..nasib la hadap je la kan, hehehe orang kata benda-benda makan ni tak baik nak ungkit, so kita redha je lah, kite makan kite jugak yang kenyang kan..:) 

Dulu aku ni sangat tak mengamalkan makan snacks, jaga badan katakan, memang dah terbiasa masa makan aku adalah fix, pagi, lunch and malam, tak de nya aku nak beli snacks kudap-kudap makan kat opis, tak nak biasakan, lagi sekali sebab apa...."jaga badan katekannnn.." hahaha. 

Tapi, tu lah, orang kata, jangan cakap tak nak, sekarang tengok, dah jadi habit (harap-harap masa ni je lah kan, lepas ni harap dapat jaga badan balik..;)), meja opis, and kat umah aku dah ada macam-macam snacks, gula-gula, choc bar, air jus, kacang putih, haihhh macam-macam lah, hahaha aku pun kadang-kadang pelik dengan diri aku, nak tergelak sorang-sorang je rasanya..

Antara snacks yang menjadi favorite aku sekarang ni adalah :

Maruku Ikan


Dulu makan jugak, tapi setakat setahun sekali, sekarang ni siap ada stok kat opis maruku ikan ni..huhu maruku ikan ni, kalau beli jenama yang ciplak memang lain rasanya, tak sesedap dari yang company original ni.

Keropok Bantal


Ni pun ada gak dalam stok simpanan, sama la macam maruku ikan, dulu takat makan setahun sekali, sekarang ni, dah jadi suke pulak, huhu tapi tak elok sangat makan keropok bantal and maruku ikan ni, processed food kan, tapi buat simpanan je la, kot-kot terasa nak mengunyah. Jenama femes Tam Tam lah kan, tapi sekarang AEON Station 18 dah ade Country's Tid-Bits & Candies Cottage, so aku dapatkan stok keropok bantal kat situ je..:)

Nuts
Snacks yang macam ni mahal la sket kan, tapi bila baca review kat internet, makan kekacang ni bagus di amalkan, tapi kekacang yang macam dalam cocktail snack tu la, bukan yang cikai-cikai banyak garam, rasa masin je lebih tu, yang tu boleh membahayakan kesihatan pulak. Sedap mengunyah benda ni, jenama Tong Garden ni yang memenuhi kriteria sebab dalam tu ada buah tin, raisin, almond, hazel, pistachio, gajus, memang sedap la kunyah, sume tu mengikut kriteria dan selera perut..hehehe balik ni nak kene singgah petrol station, kat situ je senang nak dapat stok ni, dah abes dalam simpanan..:)




0 Response to "my favorite "kunyah-kunyah" snacks"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme