Kakak to be

Balik kampung ari tu, Alisya sempat jumpa dengan semua sepupunya, dua-dua side aku and husband. Sejak umur dah 2 tahun lebih ni, dia dah tak takut-takut macam masa kecik dulu, tak de la nak berkepit je. Dia pulak yang peramah, pandai bawak diri main dengan sepupu-sepupu.
Yang paling geli hati, bila tengok dia main dengan baby-baby. Tahun lepas aku dapat ramai anak buah, so makin bertambah meriah especially rumah mak mertua aku, cucu dah nak masuk 10 😁, mak aku cucu baru nak masuk 4.
Alisya kalau main dengan baby, kejap-kejap ada masa dia usap kepala, pas tu die pegang-pegang pipi. Ecece, macam kakak-kakak sangat kan, kikiki. Tengah practice la tu kononnye nanti nak jaga & main dengan adik.
Sedang elok la pun umurnya tahun ni 3 tahun, bosan dah die tak de adik beradik, haha tak de kawan nak main.
Dia pernah tengok adik dia menendang dalam perut, dia yang excited," mummy ha tu adik tendang.." pas tu die gelak-gelak, hehe. Ada masa die datang cium perut, " sayang adik.." katanya..haha anak aku ni memang petah, ada je benda dia nak cakap. 😃 Agaknya aku selalu cakap dengan dia, maklumlah, aku nak cakap dengan sapa lagi kalau time aku pjj dengan en suami. Dia je la aku ada kawan nak bercakap. 😊

posted from Bloggeroid

0 Response to "Kakak to be"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme