cameron highlands mac 2013 - day 1

Assalamualaikum readers, sedar tak sedar cuti bersalin pun berbaki beberapa hari je lagi..
Minggu lepas dah tercapai hajat nak bawak familiku bercuti, ye lah sepanjang 3 bulan menjaga aku dari sebelum bersalin sampai dah selamat bersalin, so aku berhajat nak bawak diorang gi jalan-jalan, especially suami, mak, and adik aku yang bongsu, diorang yang banyak tolong jaga aku..hehehe lagipun mak aku, kalau bukan anak-anak bawak jalan, sape lagi..
Dekat je percutian kali ni, tak lain tak bukan, sama macam tajuk entri ni, dah semestinya Cameron Highlands..hehe ye lah nak bawak anak kecik berjalan, pegi tempat yang dekat dulu kan, nanti die dah besar sket baru gi tempat jauh..
Around pukul 8 pagi (hari Sabtu) kami bertolak ke Cameron, itupun ikut perancangan pukul 7 pagi nak bertolak, tapi biasa lah, menunggu orang ni siap, orang tu siap, pukul 8 pagi jugak mula gerak..
Alisya sepanjang jalan tido je, baring kat seat belakang duduk dengan embah die..

Owner apartment sms bgtau boleh cek in awal, Alhamdulillah..kami singgah apartment dulu, hantar barang, rehat-rehat kejap..Owh ye, kali ni kami stay di Prima Villa apartment di area Tanah Rata, minggu ni memang banyak apartment yang fully booked, jenuh bertanya, akhirnya dapat jugak..
Apartmentnya agak spacious, luas, tapi heater shower kat rumah ni sengal sket, kejap sejuk kejap panas airnya..hehehe Kalau nak book boleh jenguk blog owner ni afhomestay.wordpress.com

Lepas dah agak-agak hilang penat, kami keluar dari apartment pegi Bharat Tea Plantation, tempat yang boleh dikatakan kami mesti singgah, kalau sampai Cameron ni..hehe 
Masa sampai tu, Alisya berjaga lagi, so excited nak berjalan dengan die, sekali masuk je dalam carrier, boleh pulak die terlelap..hehehe memang masa tido die la pagi-pagi ni..

Tak larat nak berjalan sampai ke bawah, kami duduk di atas je..Alisya pun tido, mak aku kesian die tido dalam carrier tu, die pun amik dodoi dalam pelukan die..Dalam pada tu, kami sebenarnye menunggu adik aku dari KL, tak sampai-sampai, bertolak pun lambat dari KL, jenuh menunggu..

 Sambil-sambil menunggu tu kami lepak minum kat cafe Bharat ni, dari tengok ladang teh, sampai dah boring mula la nak menengok orang, masing-masing datang bawak tab sorang seketul, yang 10 inci, yang 7 inci, hahaha dah rope ape je, pegang papan sorang satu, nak tergelak je rase, tambah-tambah kalau tengok orang tu tengah merakam pemandangan kat ladang teh tu, abis sume orang die langgar, sebok nengok tab je, tapi memang ramai orang hari ni..Adik aku belum sampai-sampai lagi, ok lah gerak ke destinasi seterusnya..Ciao..

bersambung...

0 Response to "cameron highlands mac 2013 - day 1"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme