Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

cameron highlands mac 2013 - day 2

Baru sempat nak update cerita pasal Cameron, hehehe kirenya entri separa basi jugak la nih..

Day 2 di Cameron..
Plannye nak keluar pagi-pagi supaya boleh berjalan banyak tempat, yang tak sempat nak pegi semalamnya. Lepas dah breakfast, kami check out dari apartment around pukul 9 pagi..

Destinasi pertama kami, adalah Sungei Palas BOH Tea Plantation, nak amik feel Ombak Rindu katekan..hehehe Mencabar gak jalan nak masuk ke tempat ni..Kalau tengok dalam gambar tu macam berdating berdua je, sebabnye mak aku malas nak turun, so die nak duk dalam kereta je dengan Alisya. 
Mak aku malas tu sebab ape tau, nak kene parking kereta jauh, then kene jalan melalui ladang-ladang teh tu, untuk ke BOH Tea Centre tu, ala-ala macam jalan nak naik cable car kat Langkawi (masa tahun 2005 yang aku pegi la, sekarang mungkin dah elok kot, ntah la)

Sampai je kami masuk kat BOH Tea Centre ni, hujan pun turun (nasib Alisya tak ikut sekali, kalau tak kesian kene hujan)
Rakyat pun dah ramai kat atas ni, ramai yang breakfast..Kami dah breakfast, so tak lapar pun..
Kami just jalan-jalan tengok kawasan..Memang cantik la BOH buat tempat ni..
Ade muzium BOH, diorang tunjuk sejarah ladang teh BOH ni, dan siap ade kilang & bilik tayangan kalau nak tengok macam mana proses buat teh BOH..
Kami just beli barang sebungkus dua produk BOH ni buat mak & mak mertua..

Destinasi terakhir kami ni di suggestkan oleh adik ipar, so kami pun singgah je la..Tapi setakat duk kat depan tu je bergambar..kui3, malas nak masuk, Alisya pun tido je..
Tanya adik aku n wife die, kalau-kalau diorang nak masuk tak pe la, kitorang tunggu kat luar je, tapi diorang pun tak mau masuk, sebab sekali masuk RM 5 untuk tengok lavender..hahaha ntah la, bagi aku yang tak minat flora & fauna ni memang tak berbaloi pun..
Lepas dah puas bergambar, kami pun pulang..Adik aku & wife die singgah ke Avant Chcolate. Kami tak singgah, dah biasa sangat pegi situ..

1 Response to "cameron highlands mac 2013 - day 2"

  1. Anonymous says:

    owh ombak rindu dikala hujan turun...hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme