Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Alisya 1st fever

Mata hari ni terasa sangat kuyu sebab semalam memang langsung tak tidur..macam ni lah agaknye yang dirasai oleh semua ibu bapa kat dunia ni, bila anak diorang demam/sakit..Kalau ikutkan hati nak EL je hari ni, tapi memandangkan ade urusan yang perlu di selesaikan, terpaksa jugaklah datang kerja dan mengangkut anakku yang demam tu sekali pagi-pagi subuh tadi..Alhamdulillah selamat sampai, gelong je aku drive pagi tadi, tampar muka, minum air, mengaji, menyanyi, makan gula-gula..memang bahaya drive dalam keadaan mengantuk yang teramat, tapi nak buat macam mana, tuntutan kerja..:(

Al-kisah, buah hati pengarang jantung mummy demam. Masa ambil dia dari taska Jumaat lepas dah perasan yang ade tahi mata kat mata die, buangkan then terus drive balik Ipoh..Dalam kereta pun die ok je, sampai je rumah, malam tu Alisya aktif lagi main-main dengan daddy die..Tapi mata dia keluarkan lagi tahi mata..Risau punye pasal, terus daddy ajak bawak pegi klinik..

tido elok je, tersangat behave, masa sambut birthday daddy semalam

Doc check memang die demam, suspek berjangkit dengan kawan-kawan kat taska, huhu (ni yang aku paling risau kalau hantar anak kat taska, tapi mummy tak de pilihan, huhu). Doc bagi ubat demam, ubat titik kat hidung, and ubat titik kat mata..
main-main dengan daddy sampai meleleh air liur..;p

So weekend kami, hanyalah bersama Alisya, semua aktiviti terpaksa di batalkan..Malam semalam paling sedih, demam dah baik, tapi sebab hingus die dah mula memekat, so die susah la nak bernafas, memang tak lena tidur anakku..Daddy pun siap cari petua hilangkan selsema baby (ambil bawang putih, lumatkan dengan minyak masak, sapu pada dada baby) Kita yang dewasa ni pun kalau selsema terseksa, inikan baby 2 bulan..

 petang semalam, monyok je, tido terganggu, dek kerana hidung tersumbat

Pagi ni terpaksa jugak hantar Alisya ke taska, dengan harapan die ok, mummy nak kene settlekan kerja sekejap..Pukul 10.30 tadi pegi jenguk kejap, die baru bangun tido..Nampak mummy, senyum-senyum die, alahai kesiannya anak mummy, tapi tengok hidung dah kering..tengok malam ni macam mana, hopefully dah sihat la Alisya..Kalau tak ok, esok terpaksalah EL, kuarantin die kat umah kejap, dari bergaul dengan budak-budak taska tu..

Nanti petang mummy ambik Alisya ye, luv u sayang..

0 Response to "Alisya 1st fever"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme