Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Alisya goes to school


Pagi tadi mak aku dah bgtau nak buat makan sikit bagi kat budak tabika, sempena hari lahir arwah bapak aku semalam, so aku pun x kisah lah, dah biasa..mak aku kata tak payah masak ari ni, ok pun ok kan aje.
Dalam pukul 9 pagi mak aku call, die tertinggal kad manila, die mintak tolong hantar, tapi die lupe nak cakap datang pukul 12 lepas budak dah balik, die sms je pulak, tak sempat aku nak baca sms tu.
Aku terus je la siap nak hantarkan kad manila tu..alang-alang tu, ajak adik aku yang bongsu tu, nak suruh die praktis biasekan drive kete arwah bapak aku tu (dah faraid, dapat kat adik ke-2 aku tapi die tinggal je kat umah mak aku, bagi adik-adik aku yang lain pakai) al-kisah adik bongsu aku ni baru je dapat lesen isnin ari tu.
Sampai je tabika, ape lagi budak-budak tabika tu kerumun la si Alisya ni, perangai anak aku ni, die bukan suke orang tak kenal kerumun die, nanti die buat tak tau je, buat muka pelik, mencebik..haha aku dah nak balik masa tu, tengok Alisya kena kerumun, kesian pulak die..
Tapi mak aku suruh tunggu dah alang-alang sampai, mak aku kate die suh datang lewat tu sebab die ade order pizza untuk umah and nak bagi budak tadika (owh aku ingat buat makan-makan biase je, ade pizza rupenye). Tunggu jugak la kejap, sebabnya nanti lepas sekolah mak aku terus nak pegi batu gajah, baliknye confirm petang, nanti lapar pulak aku and adik aku kat umah..hehehe
Rezeki ari ni, papa john pizza la nampaknye..Alhamdulillah..Papa john pizza ni kalau nak dibandingkan dengan domino and pizza hut, domino terletak no 1 la dalam fav pizza aku, pizza hut no 2, then baru la papa john..:)
Published with Blogger-droid v2.0.10

0 Response to "Alisya goes to school"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme