Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

Majlis Aqiqah Nur Alisya

Selepas dah 16 hari berlalu, baru ada mood nak bercerita pasal Majlis Aqiqah Puteri sulungku, Nur Alisya. Bukan sebab tak de mood ape, sebab nak upload gambar tu malas. Majlis simple je kami buat, merangkap sekali majlis doa selamat atas semua perkara yang dah kami lalui, selamat pindah rumah, selamat bersalin, dan semuanya yang selamat lah :) 


Seawal pagi kami dah buat persiapan akhir, susun-susun makanan, susun kerusi meja...
Alisya mandi awal, lepas tu barulah mummy daddynye bersiap.


Lebih kurang pukul 9.00 pagi, ahli-ahli marhaban dah mula sampai. Hidangkan sarapan pagi untuk diorang dulu, sebelum diorang mula bermarhaban.

Alisya pun macam tau-tau je majlis nak mula, dia pun tido letakkan die dalam katil. Elok je dia lena.


Alisya tak cukur jambul ye, dah siap cukur lepas 7 hari dilahirkan.

Family in-law sampai around pukul 11.00 pagi. 

Lepas sesi marhaban tamat sekitar pukul 11.30 pagi, makanan dari caterer pun dah sampai. Bacaan doa oleh ayah mertuaku. Jiran-jiran dekat pun hadir, amacam 1 Malaysia tak jiran kami, hehehe Chinese and Indian je yang banyak duduk area ni, yang ada Melayu tu rumah tutup, ade la tu aktiviti lain bersama keluarga, cuti panjangkan..Sedara-mara side aku, sampai lewat, cameraman pun dah tak larat nak usung camera, so tak de la gambar diorang..hehehe nasib lah ye..
 Sekian terima kasih pada yang sudi hadir ke Majlis kami, kalau ada kekurangan kat mana-mana harap dimaafkan..
Tahun depan dan tahun seterusnya belum tentu dapat balik selalu ke teratak kami ni, huk3..
sedih pulak rasenye..

2 Response to "Majlis Aqiqah Nur Alisya"

  1. Anonymous says:

    dah ada tukang citer...xyah citer lagi...hehehe...

    (^_-)V says:

    Edit gambo buat collage punye la lame, heehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme