Kesihatan yang baik untuk Afia Rania

Awal minggu ni kami sekeluarga dikejutkan oleh result monthly cek up anak buah aku yang baru berumur 3 bulan, Afia Rania(anak adik ku no 2).

Doktor mengatakan perlu cek susulan ke HRPB sebab lepas di cek kuku tangan nampak seakan-akan biru macam ade masalah jantung.

So keesokannya diorang suami isteri pun ke HRPB untuk buat cek up susulan tu, then setelah diperiksa dan di scan, memang nampak ada bahagian jantung yang berlubang. Doktor minta ke IJN pula untuk rawatan lanjut.

Pagi ni Afia Rania, pihak hospital akan bawa dengan menaiki van hospital bersama ibunya. So adik aku drive sendiri, bawa mak aku n anak sulung dia,ikut ke IJN.

Bila dapat tau berkenaan hal ni, dalam hati sedih juga, kesian kat baby yang masih kecil tak tau apa-apa. Yang si kakaknya pun baru setahun 5 bulan. Mak aku pun kesian jugak, susah hati je lah tu.

Aku mendoakan keselamatan dan kesejahteraan diorang dari jauh je lah. Nak balik pun macam keadaan tak mengizinkan plus diorang semua pun ke IJN, bukan tempat suka-suka, tak sesuai untuk budak-budak. Moga-moga Afia Rania kembali sihat seperti sedia kala.




posted from Bloggeroid

0 Response to "Kesihatan yang baik untuk Afia Rania"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme