3 bags

Masa hari pertama hantar Alisya ke taska baru ni, aku bekalkan dia pakaian macam kat taska yang sebelum ni..baju 3 pasang, diapers 5 keping, towel 1.Aku bawakkan beg besar jugak la, beg saiz orang dewasa. Ye lah aku risau jugak, kalau die cirit birit ke, ade la diapers nak salin, bawakkan baju extra kalau terkena kotor, boleh salin baju kan..

Masa nak ambil Alisya balik, cikgu dia pesan bawakkan baju 2 pasang je, pampers pun bwk 3 je, towel seminggu sehelai je bawak masa permulaan minggu. Sebabnya nanti diorang nak train kanak-kanak ni ambil baju sendiri dalam beg.

Pas tu aku tengok kawan dia semua bawak beg kecik-kecik. Aku pun tukarkan la beg Alisya ni kepada beg pink (hadiah dari mak long masa birthday setahun). Aku rasa elok dah beg tu dengan dia..Tapi bila die pakai, sampai ke ponggong, kui3..susah la die nak berjalan, kesian pulak..

Then aku riki ade lagi 2 beg kat umah tu, 1 dapat free dari drypers, lagi 1 hadiah dari paman dia masa birthday setahun. Setelah di riki-riki beg drypers tu yg aku bagi dia pakai, sebab beg drypers tu besar sikit dari beg paman dia bagi tu. So sedang elok la dia nak pakai & isi baju die setiap hari..

Dah pakai beg sendiri anak aku pegi taska..hehe nampak macam dah besar je..hai, sekejap je masa berlalu kakak oi, lagi 2 tahun pegi tadika plak..

posted from Bloggeroid

1 Response to "3 bags"

  1. alo comelnya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme