Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

pengalaman bersalin di HRPB


Lepas baca satu wallpost kat satu group dalam fb aku, terdetik hati nak berkongsi pengalaman berurusan dengan nurses di HRPB. Alhamdulillah syukur sangat pada yang Atas  sebab sepanjang menjejakkan kaki di wad bersalin sehinggalah hari meninggalkan wad bersalin tu, semua nurse baik-baik je.

Cek CTG
Berurusan dengan nurse yg dah tahap sister, tua dah pun, memang baik, peramah sangat, die la yang bgtau aku ni kuat tahan sakit, sebab aku tak tau baby mengeras tu pun salah satu contraction..die jugak yang marah doc pelatih sebab terhegeh2 amik data rekod pesakit..


Dalam wad ABC
first nurse tu siap risau tgk aku, sbb muka aku dah pucat sangat masa tu, die tanya nak ape2 ke, aku cakap aku nak minum, nak pegi amik air kat husband..
Then lagi sorang nurse tu yang cucuk ubat tahan sakit kat aku tu pun baik jugak, macam-macam tips die bagi, suh aku baring mengiring nak kurang sakit, kalau contraction datang, die suruh aku tarik nafas..
Kemudian shift bertukar, nurse yang ke-3 pulak, die ni baru je kejap masuk shift aku dah panggil die, aku cakap aku nak buang air kecil, tapi aku nak gi toilet, aku x nak guna tiub, die risau, tapi last2 die bagi gak, die temankan aku gi toilet, pas tu x lama aku rase nak meneran aku panggil die lagi, die cek bukaan, then terus carikan lr kosong, and tolong aku naik wheelchair and sorong aku ke lr..huhu terharu..


Dalam labour room
Nurse ni agak berusia, mula-mula aku tengok die macam garang je..aku dah pasrah lantak la, aku dah sakit sangat masa tu..tapi masa nak bersalin tu die, aku n hubby je yg ade dalam lr tu, die banyak membantu la, aku rase die memang jenis org tak banyak cakap..and masa menjahit tu la baru die banyak sembang dengan aku, may be tak nak bagi aku tido kan..tapi macam2 info la aku dapat masa sembang-sembang dengan die..


Dalam wad
Semua nurse pun cakap elok and layan aku baik je..ade yang kate sebab perbezaan wad,  yang ni aku x nak komen lebih-lebih la, sebab itu ape layanan yang aku trime, aku trime layanan ok, so aku cakap la ok..

Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan aku semasa di HRPB tempoh hari..
Published with Blogger-droid v2.0.10

1 Response to "pengalaman bersalin di HRPB"

  1. Anonymous says:

    alhamdulillah...senang semua urusan...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme