Daisypath Anniversary tickers
CafeMom Tickers

1st jan 2013

Assalamualaikum, baru berkesempatan nak mengjenguk blog sempena hari pertama tahun baru ni..Alisya tengah tido, dari pukul 8 am tadi die berjaga, agaknya die paham, tadi mummy bgtau nurse nak datang cek, so die pun tak tido, main-main, lepas nurse dah check bagi die mandi, minum susu, ni baru die tido..
Alhamdulillah hari ni anak mummy dah 10 hari, tadi timbang die dah 3.6 kg, moga anak mummy membesar dengan sihat dan sempurna, amin...
Sempena tahun baru ni, hanya berharap, dipermudahkan & dilancarkan segala urusan kami sekeluarga, dan kami sentiasa dalam lindungan Mu Ya Allah, macam maksud nama Alisya tu sendiri, yang bermaksud sentiasa dalam lindungan-Nya..
Alisya pun dah selamat dicukurkan kepala oleh daddynye, mula-mula mintak makcik yang berurut tu untuk cukurkan, tapi penyudahnya, daddy yang buat, mak cik tu macam x confident je..Nanti mummy bile ribbon kepala bunga2 ye, bagi cantik anak mummy ni..hehe
Bile tengok muka anak tido ni, tenang je rase, macam-macam dalam fikiran mummy, tentang masa depan die, tentang hidup yang bakal die and kami sekeluarga tempuh..harap-harap semoga semuanya sukses..:)
p/s: Bila dah ada anak baru la terasa kuat naluri keibuan ni, geram sangat tengok kes-kes buang bayi, apelah dosa baby tu..
Published with Blogger-droid v2.0.9

2 Response to "1st jan 2013"

  1. SYANI says:

    Dah ada baby, asyik nak tengok muka baby je..

    mr icham says:

    baru tau penangannya!!!he he he...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
powered by Blogger | WordPress by Newwpthemes | Converted by BloggerTheme