the expecting me ~the chronology;preface
Pada mulanya, macam-macam perasaan wujud dalam hati ni, yang pertama-tamanya tak lupa diucapkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa, atas kurniaan ini..Alhamdulillah di atas tanggungjawab yang Dia berikan ini, dan dengan izin-Nya jua, hambu Mu ini akan berusaha sebaik mungkin menjaga amanah Mu ni Ya Allah..
Bukan mudah menceritakan semua ini, kalau boleh hendak di simpan sahaja di dalam hati menjadi memori yang indah buat kami suami isteri. Tetapi naluri keibuan ini begitu kuat ingin menceritakan, ingin berkongsi perasaan yang tersangat indah untuk di gambarkan. Setelah beberapa bulan entri ni terperap sebagai draft, dan setelah si kecil ni pun dah semakin kuat, barulah dapat keberanian untuk berkongsi pengalaman yang tersangat indah ini.
Bak kata orang tua, kalau boleh jangan terlalu seronok dahulu, sebab 3 bulan pertama kandungan masih lagi 'fragile', kene sangat berhati-hati, so diri ni memang tak ada kekuatan, kalau orang kata jangan tu, memang akurlah, tak berani nak melawan..Lagipun setiap minggu travelkan, risau juga jika terjadi sesuatu yang tidak diingini..Dan pada masa yang sama turut nak menjaga hati kawan-kawan yang masih lagi berusaha untuk mengandung, tak nak lah bila tahu kita mengandung, sedangkan mereka dah lama berkahwin masih belum lagi berpeluang, akan ada yang bersedih hati, kita dapat rasa apa yang mereka rasa. Insyaallah, ada bahagian dan rezeki masing-masing kan..Zaman sekarang, ini merupakan situasi biasa kawan-kawan sekerja kita, bukan seorang dua yang masih belum hamil, tapi ramai, jadi memang saya agak berhati-hati dalam memutuskan untuk berkongsi cerita gembira ini dengan semua..Tapi sebenarnya hati memang meronta-ronta nak khabarkan pada semua, hehehe..
Rakan-rakan sepejabat memang tak tahu yang saya ni pregnant..Alhamdulillah juga sebab alahan tak teruk, so boleh berlagak biasa je..:) Masuk bulan ke-2 baru lah bercerita dengan kawan-kawan rapat, itupun sebabnya, ada seorang kawan yang mimpi saya ni pregnant..kui3, so berterus-terang je lah kan..:) Kawan-kawan rapat pun sangat setia, tak bercerita pun dengan kawan-kawan ofis yang lain. Kandungan dah masuk 3 bulan dan bila sampai masa nak buat timetable untuk semester baru ni, barulah rahsia terbongkar, hehehe sebab ibu mengandung dapat specialty, akan dapat kelas yang dekat-dekat..:)
Doakanlah kami ibu & anak ini sentiasa dalam keadaan selamat mengharungi detik-detik indah ini..Amin..♥
Pregnant kali pertama memang excited giler.Zaman along dulu kalau sape yang baru kawen memang org akan expect bunting pelamin. So sape yang baru kawen terus lekat tu yang teruja nak bagitau tu..hehehe
jagalah sebaiknya, seperti mana kita menjaga diri kita sendiri...excited giler tue dah semestinya, sebab pengalaman pertama...macam-macam nak disediakan, dari sekecil-kecil barang sampai sebesar-besar barang...yang penting, kena rasional la...fikir dulu sebelum buat keputusan...we're waiting for that kid, and along punya sekali la (yang tue reserve tahun depan...ha ha ha)...so, gambar raya tahun depan (insyaAllah kalau masih ada raya untuk kita), supposely ahli keluarga semakin meriah...can't wait for it...
Along : memang excited kan, kat opis ni pulak yang pregnantnye due berturut2 setiap bulan dari bln 6 thn ni sampai ke tahun depan kui3..
Angah : hehehe meriah raya tahun depan, Insyaallah..