teman makan & jangan tolak permintaan
1:41 PM
(^_-)V
, Posted in
~dunia peace~
,
0 Comments
lately aku selalu jugak menjengah blog Kereta Mayat..Mungkin minat aku sekarang lebih kepada philosophy/falsafah kehidupan, awwww macam dah tua pulak rasanya..Kalau dulu, blog gossip artis ni tersemadi di bookmarks tab, tapi sekarang mungkin aku kena ubah bookmarks tab aku..
Aku tertarik dengan satu entri dari Kereta Mayat ni, Isteri Cantik Pun Kena Cerai. Hehehe contoh-contoh insan-insan yang diberikan tu pun membuatkan aku terpikir jugak, macam AC Mizal, Akhil Hayy & Awie..hehehe betul jugakkan, and memang betul la isteri cantik bukan kayu ukuran bertahannya rumah tangga seseorang tu. Bak kata sorang mak cik ni pada aku dulu masa tu aku pun tak kahwin lagi, aku still ingat sampai sekarang,
"isteri/suami tu amanah kepada kita, macam mana pun rupa paras dia, perangai dia, yang penting diri kita ni, kita buat tak tanggungjawab yang sepatutnya kita buat pada dia."
Pendapat Kereta Mayat ni mungkin simple, dia ada nyatakan 2 pendapat kenapa perkara ni berlaku iaitu
Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!
Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!
Pada aku, aku bersetuju dengan pendapat dia..hehehe
Tapi aku faham, pendapat ni atas masing-masing la kan.
Bagi aku tak de apa yang negatif pendapat dia tu, and kenapa aku menyokong pendapat dia :
Pendapat Pertama
Memang bagus la kalau isteri teman suami makan, dapat pahala lagi..Aku pun memang akan ambil peluang ni bila bersama dengan encik hubby. Walaupun aku tak makan, aku akan temankan jugak die makan, sebab seronok tengok suami makan tau, rasa macam berselera je..hehehe Kadang-kadang aku sedih jugak, sebab bila weekdays ntah makan ape la suami aku tu. Walaupun aku ni masak tak pandai, tapi walau macam mana pun, kalau duduk dekat aku akan make sure dia makan, tak lapar..
Pendapat Kedua
Hah, yang ni paham-paham sendiri la. Tu kan tanggungjawab, jadi tak payah la nak ulas panjang lebar..Lagipun bukan suami nak dera kita, dia nak bagi nafkah tu..
Pahala tau..
Kalau nak baca panjang lebar bolehlah ke blog Kereta Mayat, hehehe
Aku ni tak pandai nal elaborate panjang-panjang..
Sekadar nak mengulas pendek pendapat sendiri je..
Oklah aku nak sambung baca entri dia yang lain pulak..
CIAO
0 Response to "teman makan & jangan tolak permintaan"
Post a Comment